‘Mereka tidak perlu meminta-minta jika suami ada’

“Ini anggaran yuran anak-anak.Ana harap dengan bantuan kak, dapatlah Ana bayar dengan segera.Syukran.Nursery RM100,Tadika RM280,Tahun 2 RM 510, Tahun 3 RM400 dan Tahun 4, RM400…”

Inilah pesanan ringkas yang saya terima di telefon bimbit saya.Saya terkedu sebentar dengan permintaan ini Puan D ini. Beliau mempunyai lima orang anak berusia 3 hingga 10 tahun.

Pendapatan beliau sebagai pembantu Tadika, pastinya jauh dari mencukupi bagi memulakan sessi persekolahan 2009 nanti.Sepatutnya bagi seorang isteri Tahanan ISA yang mempunyai 5 orang anak seperti beliau, saya dan Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah peruntukkan RM1500.00 untuk beliau .

Saya faham, jika tidak kerana terpaksa, tak mungkin beliau sanggup meminta lebih dari peruntukkan yang sepatutnya. Tetapi, inilah yang dikatakan kisah benar dalam kehidupan. Perasaan segan terpaksa di korbankan demi mendapat bantuan mencukupi buat anak-anak yang sedang membesar.

Berikut adalah jumlah yang kami fikirkan paling sesuai diagihkan pada semua keluarga yang sedang dianiaya ini.
1. Ibu berpendapatan kurang dari RM1,000, anak 7-10 ? GMI beri RM2,000 2. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 4 -6 – RM1,500 3. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 3 – RM800.00 4. Ibu mempunyai 2 anak – RM600.00 5. Ibu dengan seorang anak – RM300.00

Jumlah ini bagaimanapun tidaklah ?fix? kerana biasanya kami ambil kira pendapatan sampingan isteri yang diperolehi samada dari Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yang jelasnya, semua bantuan itu memang jauh dari mencukupi untuk penghidupan mereka.Sekiranya suami mereka tidak ditahan dibawah ISA, sudah tentu suami mereka dboleh bekerja dan memperolehi pendapatan yang lebih besar dari jumlah itu.Dan yang paling penting, mereka tidak perlu meminta-minta pada sesiapa!!!

Sewaktu membuat pembahagian itu, saya membayangkan suasana rumah dan keperluan anak-anak. Syukur, saya mengenali hampir 90peratus dari isteri-isteri ini dan mengetahui sejauh mana tahap kemiskinan dan kesukaran hidup mereka.Saya telah tiga kali melawat keluarga ISA di Sabah. Dan saya juga biasa menziarahi keluarga ISA di Semenanjung, baik yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, Johor hinggalah ke Kedah.

Pastinya, tahap kehidupan memang tidak sama. Contohnya, seorang isteri di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM1.k setiap bulan, yang mempunyai 3 orang anak, memang terpaksa mengikat perut untuk melayakkan mereka menyewa rumah Bandaraya berharga RM300 dan memakai kereta berusia 20 tahun. Itu belum lagi termasuk perbelanjaan mereka ke Kem Kamunting!!

Kini, masih ada lebih 40 tahanan ISA di Kem Kamunting..Ketika sessi sekolah dibuka kelak, Pengetua Sekolah, penjual buku dan unifom serta pemilik bas sekolah, tidak akan bertanya samada mereka ini anak tahanan ISA atau tidak. Semua anak-anak yang dizalimi ini terpaksa membayar semua urusan yang berkaitan dengan persekolahan.

Bapa-bapa yang sepatutnya menjadi kepala keluarga, menjadi orang yang mencari nafkah untuk anak-anak, dikurung tanpa sebarang kerja dalam blok-blok usang di Kem Kamunting.

Anak-anak masih kecil dan kurang memahami kenapa bapa mereka masih terus menerus di kurung di Pekan Kamunting sana..Hanya si ibulah yang pening kepala, memikirkan bagaimanakah hendak mencukupkan wang yang sedikit, bagi memenuhi keperluan yang begitu banyak??

Siapakah yang perihatin dan simpati dengan nasib mereka???

Jangan lupa beri sokongan dan hadir beramai-ramai di Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA pada Isnin depan 29 Disember 2008.- azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s