Ayuh meriahkan kempen ‘JOM SERTAI PAS’ hari ini!

SHAH ALAM, 27 Dis (Hrkh) – Orang ramai khususnya pencinta, pendokong dan penyokong perjuangan Islam dialu-alukan dan dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi kempen ‘JOM SERTAI PAS’ yang diadakan hari ini.

Kempen tersebut diadakan di Dataran Shah Alam, dekat sini manakala Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen ‘JOM SERTAI PAS’ itu pada jam 3 petang di tempat yang sama.

Sebelum ini Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat tersebut.- azm _

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s