Karpal Singh failkan permohonan terhadap Razak Baginda

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) – Teka-teki pembebasan pendakwaan terhadap penganalisa politik, Abdul Razak Baginda masih berlegar dan menjadikan pihak keluarga Altantuya Shaariibuu tidak berpuas hati.

Peguam Karpal Singh, bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, telah memfailkan satu permohonan di mahkamah tinggi yang mendesak pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda.

Karpal juga memfailkan satu lagi permohonan bagi lanjutan masa untuk membolehkan pihak pendakwa membuat rayuan tersebut.

Karpal memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran keputusan pihak pendakwa untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin membebaskan Abdul Razak pada 31 Oktober lalu atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes terhadapnya.

Abdul Razak dituduh bersubahat dengan dua anggota polis dalam pembunuhan bekas kekasihnya, Altantuya pada 2006, di mana mayat wanita Mongolia itu ditemui diletupkan di sebuah kawasan hutan.

Dua lagi tertuduh – cif inspektor Azilah Hadri, 32, dan koperal sirul Azhar Umar, 37 – dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang menyediakan kawalan keselamatan untuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bagaimanapun diperintahkan membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya.-azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s