Islam Hadhari penuh dengan ciri kezaliman

Islam yang pernah menguasai wilayah yang begitu besar dan luas dari bekas jajahan takluk dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi, begitu juga wilayah lain, telah memerintah dengan adil sehingga Islam dikira menjadi penyelamat dan pembebas bangsa yang dijajah.

Sebelum kedatangan Islam, mereka telah diperintah dengan begitu zalim oleh kerajaan sebelumnya. Kerajaan Islam telah diterima oleh penduduk dengan penuh sukarela dalam keadaan mereka tidak dipaksa menganut Islam.

Mereka telah berpegang dan beramal dengan agama asal masing-masing. Mereka juga dibenarkan bekerja dan memiliki harta. Kerajaan Islam diwajibkan berlaku adil terhadap mereka. Ini adalah perintah agama Islam yang sentiasa mengambil kira perhitungan dosa dan pahala di hadapan Allah, bukan kerana maslahah duniawiyyah.

Sikap ini telah menyebabkan penduduk di wilayah yang diperintah telah menerima sistem Islam secara rela hati. Sehingga hari ini masih terdapat keturunan asal warga bukan Islam yang terus menganut agama mereka dan juga masih terdapat rumah-rumah ibadat mereka yang dibina sejak ribuan tahun yang lalu tanpa diroboh dan diganggu-gagat oleh kerajaan Islam.

Suasana ini masih terdapat di Mesir, Yaman, Parsi (Iran), India dan lian-lain. Selepas pembukaan wilayah baru Islam, hanya segelintir pegawai Islam ditinggalkan menjadi pemimpin dan pentadbir di tengah-tengah majoriti besar masyarakat bukan Islam.

Warga bukan Islam di wilayah-wilayah baru ini lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam, dan akhirnya menganut Islam.

Bangsa-bangsa yang menganut Islam, begitu juga yang kekal dengan agama asal telah memberi sumbangan besar kepada Hadrah Islamiyah dalam segenap bidang.

Terdapat di kalangan keturunan mereka yang menganut Islam telah menjadi ulama terbilang seperti imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Al-Ghazali dan lain-lain. Selain menjadi tokoh dalam bidang ilmu agama, ramai dari mereka yang menjadi tokoh ilmu duniawi seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarazmi.

Mereka ini bukan dari kalangan berbangsa Arab, tetapi turut sama memberi sumbangan yang besar menyalurkan ilmu ke dalam bahasa Arab ikut melahirkan Hadrah Islamiyah.

Islam Hadhari ciptaan Umno mundur ke belakang

Buku-buku dalam bahasa asing telah diterjemah ke dalam bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar ke dalam bahasa Arab. Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana zaman penjajahan, dengan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris.

Bahkan mereka bertindak lebih daripada penjajah seperti melaksanakan strategi bagi mematikan penggunaan huruf jawi. Cara yang mereka lakukan ini begitu membahayakan akidah dan budaya. Melalui perdagangan ilmu, mereka telah menjual maruah bangsa dan bahasa sendiri.

Sesungguhnya Islam telah berjaya mengumpulkan ilmu yang diambil daripada pelbagai bangsa dan bahsa. Is ditajdidkan semula dengan disadurkan prinsip dan sifat Islam.

Selain dari itu, ilmu-ilmu tadi telah diterjemah ke dalam bahasa Islam (Arab) oleh para ilmuan Islam terbilang, yang akhirnya telah berjaya melahirkan Hadrah Islamiyah yang berbeza dengan tamadun yang lain.

Bertolak daripada keadilannya yang menguasai hati manusia yang bersirikan Islam, maka bangsa dan negeri yang menganut Islam telah menjadi penyumbang kepada Hadrah Islamiyah.

Sementara Islam Hadhari ciptaan Umno, sebenarnya penuh dengan ciri-ciri kezaliman. Undang-undang yang digubal melalui akta-akta sebenarnya tidak bersifat Hadharah (tamadun). Undang-undang yang digubal lebih bermatlamat untuk menjaga kedudukan dan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Selain dari itu ianya bertujuan untuk mengongkong kebebasan ilmu, melalui akta universiti yang menekan para pensyarah dan pelajar. Mereka membelenggu media, menutup penyelewengan mereka di atas nama menjaga rahsia rasmi (OSA), tetapi sebenarnya menjaga dan melindung tokoh-tokoh yang tidak bermaruah.

Mereka akan bertindak ke atas sesiapa sahaja kalau dikritik dengan tajam, walaupun is benar. Tindakan yang dilakukan adalah di atas nama keselamatan dalam negeri (ISA) dan lain-lain.

Semuanya ini adalah langkah yang membantut perkembangan intelektual dan kebijaksanaan rakyat bagi melahirkan hadrah (tamadun). Kalaupun Islam Hadahri ini berjaya mencapai kemajuan kebendaan, ia hanya akan membakar diri sendiri senasib dengan tamadun jahiliayj pada zaman silam.

Peristiwa kehakiman yang menimpa mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah lembaran sejarah jahiliyah moden yang menconteng kemurnian badan kehakiman yang sepautnya wajib dipertahan dan dipelihara.

Lebih malang lagi apabila maruah sudah tidak adalam dalam kehidupan. Semua pihak yang tidak peka dengan peristiwa seperti ini wajar ditanya ke mana perginya iman seperti yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Tiadalah seorang Nabi yang telah dibangkit oleh Allah sebelumku, melainkan Allah mengadakan baginya di kalangan umatnya para pengikut yang setia dan para sahabat yang mengambil ajarannya dan mengikut perintahnya, kemudian tinggallah selepas mereka (setelah Nabi tu wafat), pengikut yang menyeleweng, mereka berkata apa yang tidak dilakukan (dalam keadaan ada kemampuan) dan melakukan apa yang tidak diperintah (oleh agama).

Maka sesiapa yang berjihad menentang (kemungkaran) dengan tangannya, maka dia beriman, yang berjihad dengan lidahnya dia beriman dan yang berjihad dengan hatinya juga dia beriman, tidak ada lagi iman selepas itu walaupun sebenar biji yang paling halus.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Seterusnya amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila kamu melihat umatku merasa kegerunan (tidak ada yang berani) berkata kepada si zalim : Wahai si zalim! Maka diucap selamat tinggal kepada mereka. Mengikut riwayat yang lain, perut bumi lebih baik dari permukaannya (lebih baik ditimbus ke dalam kubur.” Hadis riwayat Imam Ahmad. – azm

(Daripada buku : Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari, muka surat 103-107)-azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s