1000 ahli Kelab Penyokong PAS ke Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Dis (Hrkh) – Menurut Buletin Online kurang-kurangnya 1000 orang ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina dan India akan menyertai perarakan pada hari penamaan calun 6 Januari depan.

   
   
   

Pada malam sebelumnya, 5 Januari, 2009, satu Majlis Makan Besar akan diadakan sempena Perasmian Gerak Kerja Kelab Penyokong PAS yang akan dijadualkan berlangsung di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Ketua Kelab Penyokong PAS dan NGO, Jentera Pilihanraya PAS Terengganu bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Hanafiah Mat berkata demikian ketika ditemui Buletin Online di Kuala Ibai semalam.

“Kita (PAS) akan membuka satu markaz besar bagi ahli-ahli Kelab Penyokong PAS di jalan Banggol Kuala Terengganu,

“majlis perasmian akan disempurnakan pada 5 Januari, jam 7.30 malam oleh Yang Berhormat Dr. Mujahid Yusof Rawa,”ujarnya

Beliau berkata seramai 100 orang petugas Kelab Penyokong akan berkempen setiap hari ke seluruh pelusuk kawasan parlimen Kuala Terengganu dengan penumpuan kepada DUN Bandar dan DUN Ladang.

Katanya, antara kempen yang akan digerakkan oleh ahli-ahli Kelab ialah menziarahi pengundi dari rumah ke rumah, menziarahi pesakit dan mereka yang tidak bernasib baik selain mengadakan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma.

Apabila ditanya, bagaimanakah sambutan masyarakat Cina Kuala Terengganu ketika ini terhadap PAS, Hanafiah berkata ianya sangat positif.

“Mereka yang saya temui masih ingat dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS yang telah melupuskan cukai pintu gerbang yang terdapat di kampung Cina.

“Mereka juga amat menghargai dan menyanjung tinggi tindakan kerajaan PAS mengubah semula nama Jalan Kampung Cina, yang telah di tukar sebelum itu oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional di bawah pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar,”kata Hanafiah yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Beliau memaklumkan para pengundi setempat di Kuala Terengganu boleh membuat semakan daftar pemilih di markaz besar Kelab Penyokong PAS Jalan Banggol setiap hari bermula 5 Januari depan.-azm _

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s