Nik Aziz kecewa pemimpin PAS teruskan tabiat merokok

PENGKALAN CHEPA, 18 Dis (Hrkh) – Menteri Besar Kelantan mengingatkan wakil rakyat dan penghulu di negeri ini supaya menghentikan tabiat merokok kerana mereka merupakan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh.

Biar pun sudah berulang kali mengingatkan perkara itu, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pemimpin PAS yang tidak meninggalkan amalan buruk itu.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang paling hampir dengan rakyat, mereka tidak seharusnya meneruskan amalan yang boleh merosakkan diri sendiri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Penghulu negeri Kelantan bagi peringkat Parlimen Kota Bharu dan Pengkalan Chepa di Perdana Resort, hari ini.

Seramai 70 penghulu menghadiri program sehari tersebut yang dianjurkan bersama Urusetia Penasihat Penghulu Kelantan.Image

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai mewakili Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob.

Menteri Besar berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat mereka seharusnya mempamerkan imej yang baik kepada orang ramai. (ikuti berita lanjut dalam Harakah cetak edisi akan datang). – mj_ Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s