KERANA PAS RAMAI NON-MUSLIM MASUK ISLAM

Assalamualaikum,

Saya berkesempatan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh YB Ustaz Taib Azzamuddin, Ahli Parlimen PAS Baling, Kedah yang juga merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara. Banyak info yang saya perolehi sepanjang kuliah selama sejam lebih itu.

DAP dan bukan Islam mula dekati Islam

Menurut Ustaz Taib Azzamuddin yang pernah dua penggal duduk di kerusi Parlimen Baling, parti DAP yang memang dikenali dengan sikap anti Islam sejak dulu lagi telah menunjukkan perubahan sejak penubuhan Pakatan Rakyat.

Semasa dulu, ahli-ahli Parlimen DAP berselisih dengan ahli-ahli Parlimen PAS pun mereka tak mahu, tapi sekarang ramai kalangan ahli Parlimen DAP yang mula berkawan dengan PAS dan berminat mengetahui tentang Islam dengan lebih mendalam. Termasuk juga kalangan bukan Islam daripada PKR.

Malahan, semasa Ustaz Taib Azzamuddin memberi ceramah Maulid Nabi di Sungai Petani, Kedah ada kalangan ahli DAP yang hadir mendengar penuh minat ceramah beliau termasuk Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Kedah, YB Arumugam Vengatarakoo turut mendengar ceramah tersebut dengan penuh minat sehingga habis.

Malahan selepas kuliah tersebut, Exco Kedah berkenaan berjumpa dengan Ustaz Taib Azzamuddin menyatakan rasa gembira beliau dapat mendengar ceramah tentang Nabi Muhammad SAW yang memberi info yang berguna kepada beliau dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.

Ramai ahli Kelab Penyokong Bukan Islam PAS telah masuk Islam !

Semasa PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS bagi penyokong-penyokong bukan Islam (kafir), ramai juga yang mencemuh dan menuduh PAS bukan lagi sebuah parti jemaah Islam tulen kerana sudah ada ahli penyokong bukan Islam.

Sedangkan mereka lupa bahawa bukan senang bagi sebuah Jemaah Pejuang Islam seperti PAS untuk mendapat sokongan daripada kalangan orang-orang kafir. Maka, penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah salah satu usaha dakwah kepada mereka.

PAS tidak memaksa mereka untuk masuk Islam, tetapi cukup sekadar mereka memahami bahawa Islam adalah agama perpaduan, harmoni dan kesejahteraan BUKAN agama pengganas dan ekstrimis seperti yang diwar-warkan oleh pihak Barat.

Namun, menurut Ustaz Taib Azzamuddin, hampir separuh ahli Kelab Penyokong PAS telah terbuka hati dengan sukarela untuk masuk Islam yang menjadi Mukmin sejati. Ini adalah satu perkembangan yang sangat sihat dan menarik. Alhamdulilah.

PAS Pejuang Islam Sejati

Jelaslah bahawa PAS adalah sebuah jemaah pejuang Islam yang sejati di bumi Malaysia ini. Marilah kita sama-sama menyokong perjuangan Islam PAS untuk mendaulatkan Daulah Islamiyyah di bumi Malaysia.

Sebab itu PAS disertai sebegitu ramai Ulama Mu’tabar di Malaysia ini antaranya Tuan Guru Nik Aziz (Mursyidul Am), Tuan Guru Hadi Awang (Presiden), Ustaz Harun Din (Timbalan Mursyidul Am), Ustaz Taib Azzamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak), Ustaz Ismail Kamus (Dewan Ulama PAS Selangor), Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat) dan ramai lagi di dalam Dewan Ulama PAS Pusat dan PAS Negeri-Negeri.

Sesiapa yang tidak mahu bersama berjuang dengan PAS, maka secara tidak langsung dia telah lari daripada jemaah dan lari daripada jemaah adalah satu perbuatan berdosa. Wallahualam

Laksamana
Prebet

Sumber KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s