Harakah sumbangkan RM40 ribu pada mangsa ISA

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) – Biarpun beberapa tahanan ISA sudah dibebaskan baru-baru ini, Harakah masih terus memyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan yang masih meringkuk di Kemta.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, menyerahkan cek bernilai RM 40,000.00 kepada GMI, hasil sumbangan pembaca Harakah dan Harakahdaily yang tidak putus-putus memberi bantuan.

Sumbangan tersebut diserahkan Lutfi kepada wakil isteri tahanan ISA, Norlaila Othman dan Bendahari GMI, Nashita Mohd Noor, di Pejabat Editorial Harakah,baru-baru ini.

Menurut Lutfi, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang musim persekolahan dibuka, yang dilihat akan memerlukan kewangan yang banyak.

“Saya menyerahkan kepada GMI untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan, khususnya menjelang buka sekolah ini. Sudah tentu, keluarga tahanan ini memerlukan sejumlah wang bagi melunaskan yuran sekolah serta keperluan-keperluan lain seperti baju, buku dan sebagainya,” kata beliau.

Tambah beliau, menyedari tentang kesukaran keluarga berkorban masa dan tenaga untuk mencari nafkah setelah kehilangan tempat bergantung, Harakah sentiasa komited dalam menyantuni segala kesusahan dan keperitan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA dengan terus memberikan sumbangan kepada Harakah untuk disalurkan kepada keluarga mangsa ISA.

Katanya, sumbangan daripada para pembaca Harakah dan Harakahdaily yang prihatin inilah yang berjaya merealisasikan impian untuk melihat keluarga tahanan akta zalim ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Sementara itu, GMI yang terharu dengan penerimaan sumbangan berkenaan berkata pihaknya turut merakamkan rasa penghargaan kepada para penyumbang yang prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA.

“Kami benar-benar terharu dengan sumbangan yang diberikan pembaca Harakah dan Harakahdaily. Begitu juga dengan sikap prihatin Harakah yang komited dengan menubuhkan tabung ini. Sumbangan ini memberi erti yang sangat besar kepada kami yang dinafikan hak kasih-sayang dan kehidupan angkara ISA ini,” kata Norlaila.

Sementara itu, Norlaila berkata sehingga kini terdapat empat tahanan ISA yang sudah melebihi enam tahun yang masih ditahan di Kamunting, termasuk suaminya, Mohd Sah Satray.

Beliau yang digelar sesetengah pihak sebagai ‘wanita besi’, berkata beliau tidak akan berhenti berjuang dan mendidik rakyat berkenaan kezaliman ISA yang seharusnya sudah dikuburkan. – mks._ Anis Nazri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s