Pulau Pinang Pun Tak Mahu Proton – malaysiakini

Kedah

Mohammad Nizar ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Kedah, berkata keputusan membeli kenderaan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri membuat kajian lebih empat tahun mengenai penggunaan serta kos membaiki kereta proton Perdana terdahulu.

Katanya dalam tempoh itu, kos untuk membaiki kereta Perdana telah mencecah lebih RM1 juta.

“Jadi apa guna kita ikut balik sejarah lama, kita kena buat perubahan untuk menjimatkan wang rakyat,” kata beliau.

Perak
Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.
 
 
 

 

Beliau berkata, keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata, keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada.

“Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.

Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.

Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk berbelanja secara berhemah.

Pulau Pinang
“Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana).”
 
 
 

 

Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry.

Bagaimanapun pihaknya akan menukar kereta sedia ada apabila tiba masa untuk berbuat demikian.

Ketua Menteri berkata, pihaknya ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat.

“Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik,” kata beliau sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.

Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s