Kilang tutup: 200 hilang punca pendapatan

PONTIAN, 13 Dis (Hrkh) – Kira-kira 200 pekerja kilang nanas milik Syarikat Kumpulan FIMA, di Pekan Nanas, di sini, bakal hilang punca pendapatan apabila kilang tersebut menamatkan operasinya akhir bulan ini.

Kesemua pekerja kilang tersebut sudah menerima notis berhubung penamatan operasi kilang berkenaan sejak awal bulan ini.

Difahamkan kilang yang beroperasi sejak 1964 ini memberikan alasan peningkatan kos yang begitu tinggi sebagai punca kilang ini ditutup.

Sebagai bantahan terhadap tindakan pemilik kilang menamatkan operasi kilang ini, pekerja terbabit telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang tersebut, baru-baru ini.

Jurucakap pekerja terbabit, Mohd Fauzi Salman, 48, ketika ditemui memberitahu, kilang milik Syarikat Kumpulan FIMA terbahagi kepada dua iaitu, kilang mengetin nanas (PCM) dan satu lagi kilang, Instanco, yang menjalankan operasi pembungkusan bahan-bahan seperti gula, creamer, garam, lada sulah, bagi keperluan hotel-hotel dan juga pihak-pihak lain.

“Setakat ini operasi kilang Instanco berjalan seperti biasa tetapi PCM akan ditutup akhir bulan ini, tindakan FIMA menutup PCM sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi kami,” katanya.

Katanya, kebanyakan pekerja kilang ini sudah bekerja lebih 30 tahun lamanya, ada yang bekerja sejak dari muda hingga bercucu, seratus peratus tenaga kerjanya adalah orang Melayu bahkan FIMA itu sendiri dimiliki orang Melayu.

“Sekiranya kilang ini ditutup, bukan saja kami akan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga malah, kilang nanas nombor dua terbesar milik orang Melayu di negara ini yang boleh dibanggakan selama ini akan hanya tinggal sejarah sahaja,” jelasnya.

Katanya, walaupun pihak kilang berjanji untuk memberi pampasan kepada pekerja namun pampasan yang bakal diterima ini tidak mungkin dapat menjamin masa depan pekerja. Image

“Pihak kilang berjanji akan memberi pampasan berdasarkan tempoh bekerja dan gaji terakhir yang diterima, sebagai contoh, saya sudah bekerja selama 30 tahun dan gaji terakhir saya lebihkurang RM1,000 sebulan, ini bermakna saya akan mendapat sekitar RM30,000.

“Bagaimana pula halnya pekerja yang berkhidmat dalam tempoh yang singkat dan menerima gaji kurang daripada RM1,000 sebulan, sudah tentu pampasan yang bakal mereka dapat juga sedikit.

“Dalam keadaan ekonomi hari ini adakah jumlah wang sebanyak ini mampu membiayai masa depan kami, ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat apakah kami mampu mendapatkan kerja lain untuk meneruskan hidup,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kerajaan campur tangan bagi mengelakkan kilang ini ditutup.

“Kerajaan mesti melakukan sesuatu bagi mengelak kilang ini ditutup dan jika perlu kerajaan melalui agensi-agensi yang ada, mengambil-alih semula kilang ini, jika kilang ini ditutup bukan saja kami akan hilang punca pendapatan bahkan kesannya juga akan turut dirasai penanam nanas di kampung-kampung yang kebanyakannya juga terdiri dari orang Melayu,” ujarnya lagi. – mns_ Salman Hussin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s