PAS bertanding di Kuala Terengganu

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) –Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa hari ini mengesahkan parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Nasharuddin, pemilihan calon akan melalui proses biasa iaitu berdasarkan cadangan daripada peringkat cawangan, diperhalusi di peringkat bahagian sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat.

“Majlis mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat dijangka akan membuat keputusan akhir berhubung calon yang akan bertanding pada mesyuarat, 21 Disember ini,”katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Dato’ Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat lepas.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Razali mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Mohamad memperolehi 31,934 undi manakala Razali 32,562 undi dan calon Bebas, Maimun Yusof hanya 685 undi.

Ditanya sama ada PAS akan sekali lagi mempertaruhkan Mohamad Sabu sebagai calon di kawasan itu, Nasharuddin berkata ia bergantung kepada cadangan daripada peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, katanya rakan daripada Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan persetujuan mereka untuk menyokong calon yang diletakkan oleh PAS. – mks._ Mohd Khalil Abdullah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s