‘Azmi, mana laporan Eurocopter?’ – Kit Siang

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) – Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang sehingga kini belum lagi mengemukakan laporan skandal Eurocopter ke Parlimen seperti yang dijanjikan 11 November lalu.

Katanya, Azmi telah berjanji akan mengemukakan laporan siasatan RM1.6 bilion perjanjian pembelian Eurocopter dalam tempoh ‘dua atau tiga hari’.

“Bagaimana dua tiga hari telah menjangkau selama tiga minggu lebih…dan tiada tanda-tanda laporan itu akan dikemukakan sedangkan sudah hampir 50 hari laporan berkaitan Eurocopter tersebut masih belum dikemukakan?,” kata Kit Siang dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain Eurocopter, Azmi juga dilaporkan akan mengemukakan hasil siasatan berhubung ini skandal Bank International Indonesia (BII) dan perjanjian ‘High Speed broadband’ (HSBB).

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya diadakan satu siasatan terhadap PAC berhubung hasil siasatan jawatankuasa itu yang melibatkan skandal kewangan kerajaan di samping kelemahan dan sikap Azmi selaku Pengerusi PAC.

“Sewajarnya Azmi mengambil contoh sikap bertanggungjawab Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil yang meletak jawatan kerana insiden di Mumbai yang menyebabkan kematian kira-kira 180 orang,” kata Kit Siang yang mahu Azmi mengikut langkah yang sama.- mks.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s