Tak kan ISA pun nak dibela kut…

Berapa ramai orang Islam yang beramal dengan Yoga, dan berapa ramai pula yang beramal dengan mentera dan meditasi yang dilakukan didalam yoga tu. Tanyalah mereka yang setia menjadi penyunjung kelab yoga dan tanyalah mereka yang berminat mengkaji dan beramal dengan yoga ni.

Sebagai seorang Islam ana rasa kalau sembahyang itu kita lakukan dengan penuh kyusuk dan mengikut segala rukun dan aturannya, rasanya ia lebih memberikan kesihatan fizikal, mental dan spiritual kepada umat Islam dan tak perlulah kita memilih yang lain lagi.

Cuba lihat fakta dibawah ini,

Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardhu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 kali ruku’, 17 kali i’tidal, 68 kali sujud, 32 kali bersimpuh dan 10 kali paling muka ke kanan dan 10 kali paling muka ke kiri.

Kebanyakan alim ulamak akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah sebanyak 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardhu dan lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.

Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 kali ruku’, 50 kali i’tidal, 318 kali sujud 164 kali bersimpuh, 76 kali memalingkan muka ke kanan dan 76 kali lagi memalingkan muka ke kiri. Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ianya sudah lebh dari cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.

Ana tak berhajat nak memberi apa-apa komen tentang fatwa mufti tu, cuma ana rasa ada juga perkara lain yang perlu diberi perhatian juga oleh SS Tok Mufti yang kita hormati dan sanjung tinggi ilmu mereka ini demi untuk kesejahteraan ummah dan masyarakat amnya. Ana masih tertanya-tanya seorang diri apakah tidak ada pandangan daripada SS Tok Mufti kita pasal menangkap orang lepas tu kurong sampai tak tahu berapa lama tanpa beritahu apa kesalahan mereka didalam mahkamah atau luar mahkamah, pengabaian terhadap anak dan isteri sampai terpaksa memohon simpati orang lain kerana suami atau ayah entah bila akan pulang kepangkuan mereka.
Ana juga nak ucapkan syabas kepada Sahabat ana masa di Asrama Klnikal UKM dulu, Dato’ di PPIM yang begitu bersemangat membela agar ISA ini diteruskan dan berbagai lagi slogan perjuangan Melayu beliau. Buat demo polis tak sembur gas pemedih mata pula tuh, siap berarak pi balai polis pulak buat report polis.!

Ana masih ingat semasa bersama beliau didalam usrah Ust Rushdi dan didalam perjuangan amar makruf nahi mungkar semasa sama-sama berada dalam JK Asrama Klinikal dulu, harap beliau dapat teruskan perjuangan memperjuangkan apa yang sama-sama kita mulakan dulu dan pesanan ana hanya ‘tiada kelebihan bagi arab atau ajam , melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah’. Apa pun bangsa kita, walau segelap Bilal bin Rabah, atau seputeh Micheal Jackson dan Cat Steven, atau sesawo matang macam kita ini, yang akan menentukan kita dihadapan Allah samada syurga atau neraka adalah Taqwa kepada Allah atau tidak dengan ihsan dari Allah subhanahu wataala.

Laungan hidup bangsa itu dan hidup bangsa ini tidak akan membawa kita kemana, tetapi hidup dan amalkan Islam itu sajalah yang akan mempunyai nilai dihadapan Allah kelak. Ana harap segala usaha untuk melonjak naik keatas dengan memijak orang lain usahlah dijadikan agenda utama dalam hidup kita takut nanti kejatuhan kita akan lebih menyakitkan lagi.

Oleh Dr Mohd Hayati

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s