Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda PAS

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) – Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam.

Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.

Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

“Melalui kelab ini, kita akan mengadakan ‘roadshow’ di setiap negeri bagi Imagekempen mengumpulkan ahli menjelang 27 Nov ini, di mana kita mensasarkan sebanyak 100,000 ahli akan menyertai kelab ini,” kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kelab ini bersifat lebih muda, berbanding Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 lebih menekankan aspek politik.

Katanya, melalui kelab ini, pelbagai program akan diadakan bagi mendapatkan lebih ramai ahli muda, selain meningkatkan tahap pemahaman golongan itu terhadap PAS.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, yang merasmikan kelab itu pula menyatakan bahawa kelab ini bakal memberi sumbangan besar kepada PAS sebagai pemangkin masa depan PAS.

Image“PAS serius dengan golongan bukan Islam, di mana PAS akan terus berhadapan dan menyelesaikan permasalahan orang bukan Islam memandangkan Islam memberi hak kepada semua, tanpa mengira kaum,” tegas beliau.

Tambah beliau, penubuhan Kelab Penyokong Muda ini akan diberikan peranan sewajarnya di bawah Lajnah Perpaduan, selain PAS akan sentiasa bersama mereka di saat susah dan senang.

Sementara itu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Salahuddin, para tetamu yang menghadiri majlis itu disajikan dengan tarian singa dan paluan Urumi Melam, satu muzik tradisional klasik kaum India.

ImageSuasana meriah pada pelancaran itu menggamit minat dan menjadi tumpuan ramai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Raja Laut untuk berhenti merakamkan gambar serta menerima informasi mengenai kelab berkenaan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran kelab itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda, Azman Shapawi; Setiausaha, Sabky Yusof dan anggota exco Pemuda PAS Pusat dan ahli Kelab Penyokong PAS. – mns_

Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s