Miskin bukan untuk ditindas, kuasa bukan untuk menindas

Sedih, sedih, dan paling sedih….Itu saja yang dapat ana luahkan apabila didatangi oleh seorang yang tidak mempunyai rumah dan ada sedikit tanah untuk memohon perumahan mesra rakyat yang dibuat oleh SPNB dibawah Kementerian Luar Bandar , tetapi apa yang dikata kepada beliau..kena masuk jadi ahli UMNO dulu Pakcik.

 

Ceritanya begini, beliau telah mendengar khabar bahawa Kementerian Luar Bandar melaui SPNB ada mempunyai kemudahan ini dan pemohon terpaksa meletakkan geran mereka kepada PSNB dan khabarnya sekarang ini hanya fotokopi gern sahaja dan pembayaran adalah RM 100 sebulan sahaja. Beliau berminat dan apabila diberitahu borang boleh didapati di Pejabat UMNO Bangunan Tunku Alor Star, maka sewa teksi dan pergi ke Pejabat UMNO Jalan Tunku Ibrahim, bila masuk dan bertemu Pegawai bertugas maka beliau diminta Kad pengenalan dan setelah disemak didapati tidak menjadi ahli UMNO, maka beliau didesak supaya mengisi borang UMNO untuk mendapat borang. Oleh kerana mengetahui bahawa pemberian borang tidak memerlukan seseorang menjadi mana-mana ahli parti, maka beliau tak jadi nak ambil borang terus balik.

Ini salah satu dari rintihan penduduk yang bermasalah tidak berumah sekarang ini, nak dapat borang pun diminta jadi ahli UMNO dulu, padahal mereka bukan hendak dapat free, tetapi kena sandar geran dan kena bayar hutang, tak taulah kalau jadi ahli UMNO tak payah bayar hutang kut !

Begitu juga yang pernah ana bangkitkan dalam parlimen satu ketika dulu yang dijawab oleh Tim Menteri Dato Khamsiah Yob ketika itu, pasal TEKUN yang nak dapat pinjaman mesti jadi ahli UMNO dulu, tai beliau menafikan, cuma beliau tak nafikan bahawa pejabat TEKUN Pendang berada dalam Komplek UMNO Pendang. Katanya kerana sewa murah, tak ada tempat lain.
Tak faham ana sebuah agensi kerajaan yang nak bantu rakyat miskin tetapi berada dalam naungan parti politik tertentu, jadi sampai bila pun penghapusan kemiskinan tegar tak dapat nak dicapai kalau kaedah ini terus digunakan.

Begitu juga dengan rumah KEDA yang dibuat untuk rakyat , yang dua kali ana dah sentuh dalam persoalan dan perbahasan didalam Parlimen, menteri janji nak sisat tapi belum tahu jawapan nya lagi, hanya yang sokong UMNO sahaja nampaknya yang dapat , macam la dalam negara kita ni orang UMNO sahaja yang tak ada rumah, tetapi itulah hakikat yang kita lihat dan dibuat oleh Pegawai yang memegang amanah. Yang tak sokong UMNO kalau dah dipilih oleh Pegawai Penyiasat pun , ditolak atas alasan tertentu yang ana nampak hanya alasan politik sempit.

Kalau macam ni la, ana rasa sampai kiamat pun kita tak akan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar, macam tak berjayanya kita menghapuskan penagih dadah pada 2015 saperti janji PM . Sebab itulah pada PRU 12 lalu, rakyat sudah pun memberi jawapan diatas segala diskriminasi yang ditimpakan keatas mereka ini, dahlah tak bernasib baik, ditindas pula dengan berbagai alasan yang tak masuk akal.

Contohnya rumah disahabat ni, En Yaacob Husin, Kampong Kepala Bukit, Tobiar, anak tujuh dengan isteri 9 orang tinggal dalam rumah ni, dah berkali-kali pohon dan baru-baru ni baru beliau dapat khabar gembira bahawa beliau perlu sedia tapak untuk bantuan dari pejabat zakat nak buat rumah untuk beliau. Alhamdulillah.

Miskin bukan diminta, tetapi sekadar nak amanah dilaksanakan.
Harap perubahan dapat dilakukan.

Sumber Kedahlanie

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s