UMNO, NASI KANDAR DAN MSO

umnoseremban

Gambar yang dipetik dari akhbar tabloid ketika pergaduhan mesyuarat UMNO di Seremban ini menarik dalam gambar ini uncle yang pakai baju gelap paling depan, dan pakcik yang pakai songkok tinggi sedang cekak pinggang. Nampak serius dan bengkeng.  Mereka tentunya orang kuat UMNO tempatan – masakan berdiri di barisan depan. Tetapi muka dan kulitnya nampak macam toke nasi kandar atau atau tukang tebar roti canai. Mesyuarat yang dikatakan menjadi gelanggang tinju itu pula dilaporkan diperhati oleh Rahim TAMBY chik, tetapi anak TAMBY ini katanya tak mahu komen dan lari bila ditanya wartawan.


 
Akhbar hari ini melaporkan nasi kandar, roti canai dan teh tarik akan turun harga. Kata Menteri makanan harga barangan berkenaan jatuh bawah RM2.00.  Walaupun berita ini macam tak ada apa-apa. Tetapi sebenarnya ia mempunyai apa-apa kalau difikirkan. Adakah makanan berkenaan itu dikelaskan sebagai makanan kawalan kerajaan?

Apa perlunya menteri membuat pengumuman akan keputusan toke-toke nasi kandar, teh tarik dan roti canai itu?. Kalau makanan berkenaan dikelaskan sebagai kawalan, sesuailah menteri buat kenyataan dan dilapor melalui akhbar arus perdana. Adakah taraf nasi kandar, teh tarik dan roti canai itu lebih tinggi di sisi kerajaan berbanding nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang dan nasi-nasi lain yang banyak kedapatan di restoran melayu di seluruh Malaysia?

Muramatsu masih ingat ketika ekspo AICHI di Nagoya 3 tahun lepas, roti canai menjadi bahan utama di bawa ke pameran di ekspo yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu. Bukan itu saja, roti canai juga nak di bawa ke stesen angkasa lepas oleh ‘angkasawan’ Negara itu. Tetapi apabila keadaan agak kecoh waktu itu bantah roti canai, maka ia tak jadi di bawa ke stesen angkasalepas berkenaan.  Dibimbangi feel dan stail pihak tertentu yang suka mengambil peluang dan menggunakan kemudahan kerajaan Malaysia untuk kepentingan perniagaan segelintir pengusaha yang bersifat kronisme ini akan menjejaskan dasar-dasar yang dibuat kerajaan, termasuklah dasar ekonomi yang dikatakan gagal membantu’ bumiputra’.

Pergaduhan, roti canai, nasi kandar  dan teh tarik yang disebutkan di atas mungkin, mungkin mempunyai kaitan rapat dengan apa yang disebut oleh Merah Tinta (MSO) dalam blognya pada 07/11/2008 yang bertajuk Saya Mahu Cabar Orang Melayu iaitu “Mungkin pada perkiraan saya orang Melayu suka kepada perpecahan kerana hasil perpecahan itu beberapa kerat dari mereka mendapat keuntungan. Mereka yang untung itulah keturunan Mandaliar, Patih Karma Wijaya dan sejenis dengannya manakala yang bakal menanggung kerugian adalah anak cucu cicit sang Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kadok dan bangsa sejenis dengannya.

Oleh yang demikian, orang melayu yang mempunyau budaya, adat dan makanan tradisionalnya sendiri perlu sedar akan permainan pihak-pihak yang disebut oleh MSO sebagai Mandaliar dan Patih Karma Wijaya itu. Jangan mudah terpersona dengan kuch-kuch hotta hae Datuk Shah Rukh Khan saja tetapi adat, budaya dan bangsa tergadai.

Muramatsu
United Kingdom
Lama tak kelik Ma’che…

Sumber Laman M@rhaen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s