PELIHARA HAK MELAYU, BANTU HAK ORANG LAIN

Apabila terlalu kerap dan lantang kita memperkatakan tentang ketuanan Melayu, negara kita bukannya bertambah baik dan aman malahan bertambah haru biru jadinya.  Semua kaum dan kumpulan-kumpulan tertentu seperti di `provokasi’ untuk berbahas tentang isu ini.  Isu ketuanan Melayu bertambah serius sehinggakan ianya mendatangkan rasa tidak senang di pihak istana.  Sebenarnya, pada pandangan saya tiada satu kaum pun yang menuntut lebih dari yang sewajarnya mereka perolehi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.  Jadi, mengapa isu ini menjadi begitu hangat?


  
     Jika diteliti betul-betul, isu ini mula dipermainkan setelah kerajaan Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoritinya di Parlimen.  Apatah lagi beberapa negeri yang sebelum ini dikuasai oleh UMNO dan Gerakan telah berpindah kepada pembangkang.  Kebetulan pula, faktor besar yang mengakibatkan tsunami politik berlaku adalah kerana beralihnya sokongan kaum-kaum bukan-Melayu kepada parti pembangkang.  Namun demikian, ini bukan bermakna tamat sudah riwayat ketuanan Melayu di bumi Malaysia ini.  Contoh yang nyata seperti di Perak, di mana majoriti ADUN di Perak adalah dari DAP, tetapi atas semangat kesedaran dan tanggungjawab patriotik terhadap Perlembagaan, maka ADUN-ADUN DAP akur dan bersetuju di atas perlantikan MB Perak daripada wakil PAS.  Malahan tolak ansur dari DAP ini dituruti juga oleh PKR walaupun PKR mempunyai kerusi DUN yang melebihi dari PAS.  Sikap menghormati semangat Perlembagaan telah pun direalisasikan oleh pembangkang.
 
     Perlembagaan telah menetapkan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Agama Islam serta Raja-Raja, semuanya ini tidak pernah dipertikaikan secara radikal oleh parti pembangkang terutamanya dari DAP.  Sedikit rasa ketidak puasan hati yang diluahkan bukanlah bermakna mereka menentang hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan ini.  Mungkin terdapat beberapa perkara di dalam aspek perlaksanaan yang memberi gambaran seolah-olah hak kaum lain dipinggirkan.  Bukti jelas bahawa parti pembangkang yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP begitu menghormati Perlembagaan berkaitan hak-hak orang Melayu, Agama dan Rajanya apabila kesemua pemimpin parti pembangkang ini menandatangani persetujuan bersama untuk mematuhi Perlembagaan yang sedia ada.  Jadi jelas lah bahawa tuduhan menyatakan dengan adanya gabungan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar, negara ini mula akan kehilangan hak-hak keistimewaan orang Melayu, Agama dan Raja-Raja adalah satu tuduhan yang berniat jahat.
 
     Marilah kita sama-sama merenung kembali, selepas negara kita merdeka sehinggalah saat Kerajaan BN kini mulai rapuh, apakah orang-orang Melayu dan Agama Islam terancam?  Kita tidak perlu menjadi jaguh bagi orang-orang Melayu sekiranya kita sebagai orang Melayu beragama Islam berlaku tidak adil dan zalim kepada bangsa lain.  Bangsa Melayu dan Islam mesti dipertahankan, tetapi Islam juga menyuruh kita membantu bangsa-bangsa dan agama lain.  Bagaimana kita mampu untuk menjalankan dakwah kita agar menunjukkan bahawa agama kita yang terbaik sekiranya kita tidak ingin mengambil berat tentang permasalahan dan kepentingan bangsa dan agama selain dari kita.
 
     Mempertahankan bangsa sendiri amatlah dipuji tetapi jangan sampai melampau batas-batas agama kita.  Jika kita meletakkan agama Islam yang teratas, percayalah semua bangsa dan keturunan, hatta haiwan sekali pun akan terselamat dan merasai nikmatnya hidup di dunia ini. Negara kita amat unik sekali di mana Perlembagaan telah melindungi hak-hak kita sebagai orang Melayu.  Setelah hak kita dijamin oleh Perlembagaan, tiada apa yang perlu dirisaukan cuma kita seharusnya pula berfikir bagaimana pula untuk mengangkat hak-hak orang bukan Melayu yang menjadi sahabat, jiran serta masyarakat di dalam negara kita ini untuk sama-sama merasai apa yang telah kita rasai.
 
     Marilah kita sama-sama memperkuatkan semangat ukhwah sesama kita.  Jangan kerana terlalu berpolitik dan ingin menjadi juara atau ingin menidakkan kelemahan kita, maka kita mempermainkan isu ketuanan Melayu ini.  Harus diingat, Bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain itu adalah ciptaan Allah, bukan dicipta oleh sesiapa.  Sehubungan itu, jangan lah kita menghina bangsa-bangsa dan kaum yang dicipta oleh Allah.  Apalah ertinya Melayu jika Melayu itu sendiri menentang tuhannya.

W.FAUZDIN NS – Sumber Laman M@rhaen

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s