Najib biadap, ‘rakus’ langgari peraturan Parlimen

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak diselar kerana kebiadapannya secara ‘rakus’ dan ‘bulldoze’ melanggari peraturan Parlimen dengan tidak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Bajet) mengikut kelaziman yang dilakukan Menteri Kewangan sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata lebih parah, bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan ahli parlimen meminta penjelesan sekaligus melambangkan betapa penakutnya pemimpin yang didakwa bakal menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

“Bagaimana Najib boleh kemukakan fakta baru sedangkan kita membahaskan bajet 2009 yang telah dibawa ke Parlimen selama dua minggu. Kita tak boleh terima sikap dia yang tidak mahu menjawab soalan berbangkit,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily malam tadi bagi mengulas tindakan ‘boikot’ ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen petang hari yang sama.

Kata Mahfuz, sewajarnya Najib menunjukkan tauladan yang baik dengan memberi ruang kepada perbahasan supaya Pakatan Rakyat juga dapat memberi idea-idea dan membantu kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi yang menekan negara dan rakyat jelata.

“Ini tidak, kerajaan Barisan Nasional terus sombong menyatakan bajet 2009 tidak perlu berubah kerana ekonomi global yang meruncing tidak memberi kesan kepada negara tetapi dalam masa sama mengemukakan langkah-langkah dan fakta-fakta baru.

“Mana boleh kemukakan langkah dan fakta baru atas bajet yang telah lama di bahas dan esok Parlimen balik semula bincang bajet lama. Ini tidak pernah dibuat dan Najib sudah cipta sejarah yang dia langgari prosedur Parlimen,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya sepatutnya Najib menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009 sebaliknya secara sombong tidak mahu memberi penjelasan atas perkara terbabit.

“Ini contoh seorang bakal Perdana Menteri yang tidak bersedia bertanggungjawab dan penakut. Tidak ada wibawa langsung untuk memimpin negara jika Parlimen sendiri tidak dihormati,” katanya yang turut serta dalam sesi sidang dewan yang ‘kecoh’ akibat tindakan Najib itu. – mks. _ Azamin Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s