Kejatuhan harga sawit dan getah,petani terhimpit

TEMERLOH, 5 Nov (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan mahu kerajaan segera bertindak mengatasi masalah pekebun getah dan kelapa sawit yang menghadapi dilema kejatuhan harga ketika ini.

Menurutnya kesan kejatuhan harga komoditi itu akan menyebabkan golongan itu menderita kerana pada masa sama harga bahan keperluan harian masih tinggi ekoran pengurangan subsidi dan kenaikan minyak sejak Jun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak tetapi kenaikan dahulu masih belum dapat mengimbangan penurunan harga dan kesan daripada kenaikan dahulu telah menyebabkan harga barangan keperluan naik mendadak hingga belum dapat diturunkan kepada harga asal.

Menurut beliau, golongan pekebun getah dan kelapa sawit juga dibelenggu masalah kos pengurusan ladang apabila harga baja, racun dan sebagainya masih berada pada paras yang tinggi sedang harga getah dan sawit berada pada tahap terendah.

Beliau berharap kerajaan memberikan subsidi lebih tinggi kepada baja, racun dan sebagainya supaya kos pengurusan ladang dapat dikurangkan demi menjaga tahap produktiviti kedua?dua komoditi itu di samping bertindak mengawal kejatuhan harga komoditi itu.

“Jika kerajaan boleh memberi subsidi kepada pengusaha bas dan membenarkan mereka mengenakan surcaj kepada pengguna mengapa kerajaan tidak memberi subsidi kepada golongan petani juga,” katanya ketika ditemui pada program Ijtima PAS Kawasan Kuala Krau baru-baru ini.

Beliau berkata, teori harga komiditi akan meningkat menjelang pilihan raya dan merudum selepas pilihan raya terbukti sekali lagi kini dan sememangnya itulah yang dihadapi pekebun sejak dari dahulu lagi.

“Sejak bertahun-tahun lamanya itulah yang dihadapi oleh rakyat iaitu harga komoditi akan meningkat pada musim pilihan raya dan merudum pasca musim pilihan raya.

“walaupun ada yang mengatakan teori berkenaan tidak berasas dan fenomena kejatuhan harga disebabkan faktor pasaran, tetapi hakikatnya itu yang dialami oleh para pekebun,”ujarnya.

Jelas beliau, kejatuhan harga kedua-dua komoditi itu bukan sahaja akan menjadikan rakyat bertambah miskin tetapi juga akan meningkatkan kes jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan sebagainya. – mks._ Basiron Abdul Wahab

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s