Anwar sifatkan Najib tidak hormati Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) – Keengganan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayani perbahasan Belanjawan 2009 disifatkan tindakan tidak menghormati Dewan Rakyat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan.

“Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati,” kata beliau.

Beliau juga menyifatkan Najib membelakangkan kepentingan umum apabila enggan membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan ketika beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009 itu.

“Setelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Menteri Kewangan tetap berdegil dan enggan memberikan laluan,” kata Ketua Umum PKR itu.

“Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Najib sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat”.

Parlimen Malaysia, kata Anwar, merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya, katanya lagi.

“Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi”.

Oleh itu, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli dua dewan perundangan tersebut memastikan kepentingan rakyat dan negara menjadi pertimbangan utama, bukannya kepentingan politik kepartian.

Semalam, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan ketika Menteri Kewangan menggulung perbahasan belanjawan 2009.

“Tindakan ini terpaksa diambil kerana Menteri secara jelas bertindak di luar dari batasan semangat Parlimen Malaysia,” kata Anwar._ Abdul Aziz Mustafa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s