Anggota bertikam lidah, kecoh sidang Dewan ditangguh hingga petang

KUALA LUMPUR: ‘Panas’ Dewan Rakyat, yang tercetus petang semalam, berterusan hari ini sehingga memaksa Timbalan Speaker menangguhkan sidang sehingga petang ini.

 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan demkian kira-kira pukul 12.20 tengah hari ekoran pertikaman lidah hampir 45 minit membabitkan wakil Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

 

Kekecohan timbul apabila Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mempersoalkan pendekatan-pendekatan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam untuk menangani kesan krisis ekonomi.

 

Penasihat DAP itu meminta penjelasan sebelum bermulanya sesi perbahasan ke atas rang undang-undang perbekalan 2009 mengenai peruntukan RM7 bilion yang diluluskan semalam.

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan sama ada ucapan penggulungan semalam merupakan bajet baru ataupun Bajet 2009 yang dibentangkan Ogos lalu.

 

Semalam, barisan pembangkang memulaukan ucapan penggulungan sulung Najib mengenai perbahasan Bajet 2009 selepas beliau tidak memberi laluan di peringkat awal untuk mengemukakan soalan.

 

Mereka bertindak keluar dan tidak masuk semula sehingga Najib habis berucap.

 

Wakil-wakil pembangkang kembali ke Dewan Rakyat pagi ini.

 

Dalam pada itu, Wan Junaidi ketika ditemui pemberita berkata, tindakan beliau itu adalah di bawah bidang kuasa Speaker.

 

“Kalau kita berada dalam keadaan buntu kerana kekecohan yang berlaku dalam Dewan dan kita tidak dapat menenteramkan Dewan, maka kuasa ada pada Speaker untuk menangguhkan perbicangan lanjut dengan pihak-pihak tertentu,” katanya. Kekecohan dan pertikaman lidah bermula sebaik sahaja sesi soal jawab lisan berakhir pukul 11.40 pagi.

 

Dalam pada itu, Anwar pula berkata, tindakan Najib membentangkan ‘bajet baru’ semalam telah melanggar peraturan mesyuarat.”Peraturan itu telah dilanggar, langkah pertama Menteri Kewangan baru ialah melanggar peraturan serta undang-undang dalam isu belanjawan negara.

 

“Ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya.

 

Beliau berkata, mengikut peraturan mesyuarat notis dua hari perlu diberikan jika sebarang pindaan hendak dibuat dalam bajet yang dibentangkan sebelum ini.

 

“Ikut pengalaman saya perlu ada usul diedarkan untuk makluman ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Sumber Mstar online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s