Cukai tanah naik 500 peratus,usaha burukkan kerajaan Perak

IPOH, 4 Nov (Hrkh) – Isu cadangan menaikkan cukai tanah sebanyak 500 peratus oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini selesai setelah diadakan perbincangan khusus antara beberapa pemimpin Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) dengan kerajaan negeri.

Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri, hasil daripada perbincangan tersebut mendapati bahawa isu kenaikan cukai tanah itu hanya propaganda yang dimainkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaburi mata rakyat dengan menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak tidak bertanggungjawab dan menzalimi orang ramai.

“Kami telah berjumpa sendiri dengan wakil kerajaan negeri dan hasilnya kami dapati bahawa isu ini hanyalah gimik politik yang cuba dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.

“Kami juga kesal dengan tindakan beberapa media arus perdana di negara ini khususnya Utusan Malaysia yang membuat liputan yang tidak berasas dan membuat pembohongan kepada orang ramai. Justeru kami mendesak kepada mereka untuk memohon maaf segera atas pembohongan yang dilakukan” ujarnya lagi.

Bersatu Perak adalah merupakan sebuah NGO mahasiswa yang ditubuhkan oleh bekas mahasiswa bagi memperjuangkan isu mahasiswa serta masyarakat setempat khususnya di Perak. – mks._ Intan Abdullah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s