Mekanisma kerajaan tangani harga tidak berkesan – Cash

TAWAU, 31 Okt (Hrkh) – Mekanisme menangani kenaikan harga barangan pengguna yang digunakan kerajaan sekarang tidak berkesan, kata Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Dato’ Patrick Sindu.

Katanya, perkara itu terbukti melalui keengganan kebanyakan peniaga di semua peringkat mematuhi nasihat kerajaan supaya menurunkan harga barangan mereka dengan mengambil kira penurunan harga minyak.

“Alasan peniaga ialah pihak ejen, pengeluar dan pengilang juga tidak menurunkan harga barangan mereka,” katanya dipetik Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, Patrick mencadangkan kerajaan menubuhkan suruhanjaya perkhidmatan dan harga seperti di Britain bagi mengatasi masalah tersebut selain meletakkan bidang hal ehwal pengguna di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Katanya saban tahun isu harga dan perkhidmatan sering ditimbulkan pelbagai pihak dan usaha mengatasinya sering memakan masa sehingga menjejaskan kehidupan ramai pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata melalui suruhanjaya itu, kerajaan dan pengilang serta ejen mereka boleh berbincang kaedah penetapan harga barangan yang munasabah. – mks._

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s