Kes Altantuya – Tetap Mengikut Skrip Yang Dirancang

Sepertimana ramai telah maklum bahawa Razak Baginda kini telah dibebaskan oleh mahkamah. Dengan pembebasan ini maka benarlah jangkaan awal kebanyakan orang bahawa Razak Baginda akan dibebaskan dan Azilah bersama Sirul akan menjadi “scapegoat”.

Skrip untuk melepaskan mereka yang benar-benar bertanggung jawab, selepas terbongkar pembunuhan model dari Mongolia itu, semakin jelas dan berjalan baik.

Dikatakan terdapat banyak bahan-bahan bukti kes tidak dibawa kehadapan pembicaraan. Banyak mempersoalkan kenapa maklumat sms di antara orang-orang pentiing negara yang pernah dihebohkan sebelum ini dirahsiakan. Kenapa ianya tidak disiasat?

Dengan wajah kedua-dua Azilah dan Sirul yang masih dirahsiakan dari ditatapi umum dan tidak ada mana-mana media yang berani menyiarkannya (hatta gambar kedua-dua mereka diwaktu lain semasa bertugas dan gambar simpanan keluarga) semakin mengiyakan kesangsian orang ramai. Tidak mungkin, ahkbar-akhbar kita yang gemar isu-isu dan perkara sensasi tidak dapat mencari gambar wajah sebenar mereka untuk disiarkan. Mustahil!

Jika begini urutan skripnya, maka tidak mustahil pula setelah dijatuhkan kesalahan nanti, Azilah dan Sirul bakal mendapat ganjaran tertentu sebagai hadiah pengorbanan mereka.

Adalah MUSTAHIL untuk dua orang anggota polis dari unit yang dilatih khas ini memandai-mandai membunuh seorang model bangsa asing yang dikaitkan dengan seseorang ternama di Malaysia (Razak mengaku ada hubungan sulit – di dalam afidavitnya) tidak menerima arahan tertentu sebelum bertindak.

Apakah pula helah kedua-dua mereka dalam pembicaraan seterusnya nanti apabila ditanya berhubung motif pembunuhan?

Namun ini semua adalah mahkamah dunia. Pesalah yang sebenarnya pasti tidak dapat lari dari penghakiman yang Maha Adil dan Maha Bijaksana nanti. Pesalah itu bukan sahaja disiksa dengan kesalahan itu malah akan disiksa pula dengan penipuan dan pelbagai putar-belit lain yang dilakukan dalam usaha menyelamatkan dirinya.

Dan dikurang juga, mereka yang bersengkongkol dalam kekejaman ini akan turut menerima balasannya. Allah Azzawajalla boleh menangguhkan siksa itu pada hari kemudian dan Allah boleh juga menampakkan balasanNya di bumi ini nanti.

Ya Allah – lindungilah kami dari fitnah akhir zaman. Ameen.
 

Sekian, IB

Sumber Laman M@rhaen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s