Isu haji: MB Perak sanggah kenyataaan Zahid Hamidi

IPOH, 30 Okt (Hrkh) – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyanggah kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zahid Hamidi yang menyatakan beliau telah meluluskan permohonannya bersama rombongan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

“Saya tidak memohon menunaikan ibadat haji tahun ini, begitu juga isteri saya,” katanya.

Sambil menafikan laporan Zahid Hamidi seperti yang disiarkan akhbar bahawa beliau dan isteri akan ke tanah suci tahun ini, beliau meminta wartawan yang hadir bertanyakan hal itu pada Utusan Malaysia.

“Saya sudah tunaikan ibadat haji, jadi saya cuma menyokong permohonan mereka yang mahu menunaikan ibadat haji tahun ini,” kata beliau.

Dalam laporan Utusan Malaysia semalam Zahid dilaporkan berkata, haji bukan agenda politik, Saya mahu masyarakat tahu walaupun dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama.

Mohammad Nizar bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada Zahid kerana memberi kesempatan dan menerima baik permohonan 22 anggota rombongan dari pejabatnya dan berharap Zahid mengotakan kata-kata bahawa beliau akan sentiasa mengambil kira pertimbangan agama dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama.

“Saya dan isteri sudahpun menunaikan ibadat haji. yang memohon itu juga bukannya semua ahli Pas, ada dari Parti Keadilan Rakyat dan guru-guru pencen,” katanya,

Menurut beliau permohonan itu dikemukakan kerana difahamkan Menteri Besar diberi peruntukan kuota khusus atau kemudahan tertentu untuk menghantar bakal haji atau menunaikan haji.

Sehubungan laporan akhbar kelmarin, Pejabat Menteri Besar menerima beberapa panggilan daripada orang perseorangan yang bertanyakan kedudukan temu janji masing-masing yang telah ditetapkan sepanjang Disember 2008. – mns _ Johari Jaafar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s