Suatu Hari di Hari Raya

Bila berhari raya ramailah yang kita temui. Bermaaf-maafan dan bertanya khabar. Sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan ada ramai juga orang yang baru dikenali. Semasa bersama seorang kenalan baru yang saya jumpa pada hari Jumaat 3hb Oktober, saya telah tersentak dengan kata-kata beliau yang disampaikan dengan nada yang tegas kepada saya, “pemimpin PAS menipu!” katanya. Lalu saya membawa dia ke satu tempat yang jauh sikit dari orang lain utk berbincang dengannya supaya dapat lebih memahami latar belakang dan sebab musabab dia mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa.

Continue reading

Advertisements

Majoriti Melayu Muslim Asas Kerajaan Pakatan Rakyat (Siri I)

Islam ada pengalaman yang menarik dan elok jika dihimbau kembali dalam menghalusi kerumitan politik dewasa ini. Bagi Ibn Taimiyyah, adalah lebih penting pemimpin muslim yang zalim berbanding pemimpin kafir yang adil, asalkan shariat Islam maseh ditegakkan.

Continue reading

6 Perkara Allah sembunyikan

Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?”Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. “tidak”

 

Continue reading

Selepas Pemimpin.. Blogger pula bertelagah!

Di kala menjelang Syawal, saya yang sudah lama tidak menulis,bila saya menjenguk laman Tranungkite, terkejut dengan pertelingkahan Webmaster(songkokPutih) dan Tulang Besi! apa yang menjadi sebab pertelingkahan mereka saya tidak tahu, sehinggakan Songkok Putih menulis 4 siri hanya ditujukan kepada Tulang Besi. Terus terang saya tidak membaca langsung mana mana artikel dan pertelingkahan mereka kerana mengganggap waktunya tidak sesuai mana manapun ketika ummat Islam menyambut Syawal dan mengejar fadhilat akhir Ramadhan masih ada yang bercakar menjelang Syawal yang sepatutnya kita bermaafan. Bagi saya kedua mereka banyak membantu dalam kita menghadaapi pilihanraya ke 12 bulan Mac yang lalu, apa yang menjadi pertelingkahan mereka hanya berkisar kepada Mazhab Politik mereka walaupun keduanya dalam satu arus perjuangan .

Continue reading

ANTARA DEB, KEMISKINAN MELAYU DAN PAKATAN RAKYAT

Dasar Ekonomi Baru atau DEB adalah satu isu yang sudah lapuk,demikian kata calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat bila isu itu dimainkan oleh lawannya Datuk Chua Jui Meng dalam perebutan jawatan tertinggi MCA itu. Sebelum ini bila Ketua Umum Keadilan merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, menyatakan isu DEB sudah ketinggalan zaman, ramailah para pemimpin UMNO menyatakan DS Anwar dan Parti Keadilan tidak mengambil kira orang Melayu dalam dasar ekonominya. Namun nampaknya Ketua Pembangkang tetap dengan pendiriannya bahawa DEBlah sebenarnya yang memundurkan orang Melayu itu sendiri. Tidak ada siapa pun orang UMNO yang melenting bila Datuk Ong Tee Keat berkata demikian. Semuanya sunyi sepi. Hal ini mudak difahami kerana Ong Tee Keat sendiri adalah sebahagian dari BN itu sendiri yang diterajui UMNO.

Continue reading