Anwar Diancam Bunuh,Umno Kepanasan

Gempar satu Malaysia dengan khabar angin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang berlindung di Kedutaan Turki kerana bimbangkan keselamatannya termasuk kemungkinan dibunuh.

Khabar tentang Anwar diancam bunuh saya terima melalui panggilan telefon dari Ust Dr Md Ali Jamil selaku Timb Pesuruhjaya PAS Wilayah yang menghubungi saya semalam berhubung keadaan negara yang semakin panas dengan kontroversi politik dari semua pihak.

Gempar satu Malaysia dengan khabar angin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang berlindung di Kedutaan Turki kerana bimbangkan keselamatannya termasuk kemungkinan dibunuh.

Khabar tentang Anwar diancam bunuh saya terima melalui panggilan telefon dari Ust Dr Md Ali Jamil selaku Timb Pesuruhjaya PAS Wilayah yang menghubungi saya semalam berhubung keadaan negara yang semakin panas dengan kontroversi politik dari semua pihak.

Beliau menasihatkan supaya semua ahli dan penyokong parti PAS supaya jangan menggelabah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah supaya isu ini ditangani sebaik mungkin tanpa sebarang provokasi dan ancaman yang boleh membahayakan keselamatan negara dan imej parti PAS itu sendiri.

Pakatan Rakyat yang diterajui bersama oleh PAS, PKR dan DAP yang berjaya menawan 5 buah negeri dengan berjaya memperoleh 82 kerusi parlimen sekaligus mencipta sejarah menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional sejak 51 tahun negara kita merdeka dari British.

Umno dan Barisan Nasional kali ini benar-benar gelabah, dan saya menjangkakan puak-puak ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mampu untuk terus berkuasa sekaligus menindas suara rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat selama ini.

Persoalannya sekarang, siapa yang mengancam Anwar untuk dibunuh. UmnoBN boleh sahaja menafikan perkara ini tetapi tidak boleh menolak sekiranya polis ada bukti siapakah yang sebenarnya menjadi konspirator dalam isu ini.

Akhbar semalam melaporkan pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan 23 tahun mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit.

Paling biadap ialah kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin yang mengatakan ancaman bunuh Anwar ialah tidak masuk akal dan diambil semata-mata kerana Anwar mahu mengalih tumpuan, sama seperti yang dilakukannya ketika beliau dituduh satu masa dahulu.

Termasuklah anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin yang menuduh anwar seorang ahli politik yang ‘kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat dengan tuduhan tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai.

Biarlah kitaran politik itu berputar namun Pakatan Rakyat tetap utuh dengan agenda kebajikan dan kebaikan kepada rakyat sebagai alternatif kepada kerajaan BN yang sudah terlalu banyak menindas dan menzalimi rakyat selama lebih 50 tahun diberikan mandat oleh rakyat.

Yang pentingnya disini, siapapun yang menuduh liwat tidak akan terlepas dari mahkamah Allah di akhirat nanti kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang sangat berat dalam undang-undang syariah.

Tahun 2004 sendiri mahkamah telahpun memutuskan Anwar dibebaskan dan dibersihkan namanya dari tuduhan liwat, lihatlah apa yang terjadi kepada Azizan yang pernah menjadi pemandu peribadi beliau, sahabat saya menceritakan beliau kini seperti orang tidak siuman dan kelihatan merayau-rayau di Alor Gajah dan di Bandar Melaka.

Dalam hudud tuduhan zina atau liwat boleh menjatuhkan maruah seseorang dan tuduhan itu mestilah ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Semoga Allah selamatkan Anwar sekiranya beliau tidak bersalah dan kukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat dan mudah-mudahan Allah pecah belahkan perpaduan Umno Barisan Nasional yang tidak sudahnya dengan khianat…

Turun Protes Harga Minyak 04 dan 06 Julai nanti… AllahuAkbar

Sumber : Jundullah

PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s