DSAI Dituduh Liwat, Apa Kewajipan Kita?

Melihat kepada raut wajah dan riak air muka Pak Lah dalam Berita Buletin Utama TV3, sekejap tadi, SAH dan CONFIRM penglibatan pihak UMNO/BN dalam konspirasi kali ke-2 ini.

Itu adalah arahan siapa? Pak Lah? DS Najib? Hanya Tuhan yang maha mengetahuinya. Ini kita kena serahkan kepadaNya.

  • Perkara ini sudah terjadi. Apa yang boleh kita lakukan?
  • Berdiam diri sahaja?
  • Mengutuk dan memaki hamum UMNO/BN dan pimpinannya?
  • Berdemostrasi?
  • Membuat laporan polis?

dan sebagai-bagainya

Kalau diimbas kembali sejarah 2 September 1998 lalu, Almarhum Al Fadhil Ustaz Fadhil Noor, antara pimpinan Barisan Alternatif yang awal-awal menyatakan sokongan dan menolak, semua tuduhan liwat ke atas DSAI.

Dengan seruan Al marhum, rakyat bangun, memenuhi jalan raya di ibu kota, malah seluruh negara, meniupkan semangat dan slogan reformasi, bagi menjatuhkan TDM, pemerintah regim UMNO/BN masa itu.

Hari ini, perkara yang sama berulang. Walaupun dinafikan oleh Pak Lah sebentar tadi, iaitu beliau secara peribadi dan DS najib mahu pun UMNO dan BN tidak terlibat dalam tuduhan ini.

Bolehlah pernyataan dan persaksian Pak Lah dan seluruh pembesar UMNO boleh diperakui lagi? Ini boleh dijawab oleh alim ulamak yang jujur dan takut dengan Allah.

OLEH ITU, APAKAH KEWAJIPAN KITA RAKYAT TERBANYAK INI, YANG MENGHARAPKAN KEADILAN BUKAN SAJA KEPADA DSAI, TETAPI JUGA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH DIZALIMI SECARA BERTERUSAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN?

Beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan di sini ;-

1. Kenyataan Bersama dan sidang Media

i. Kenyataan Bersama dan sidang Media, oleh DSAI. Ini telah dibuat oleh DSAI. Alhamdulillah
 
ii. Kenyataan Bersama dan Sidang Media, oleh PKR. Ini telah dibuat oleh PKR dengan kehadhiran semua Pimpinan PKRiii. Kenytaaan Bersama dan Sidang Media, oleh Pimpinan PR. PAS, PKR dan DAP. Ini perlu dibuat dalam masa terdekat. Harus perlu menunjukkkan kesepaduan dan kesepakatan, bagi menghadapi kezaliman UMNO/BN dan pemimpin-pemimpinnya dengan memperalatkan Polis, yang diketui oleh Datuk Bakri Zinin, CID.

iv. Kenytaaan Bersama dan Sidang Media, oleh Negeri-Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor. Ini perlu dibuat dalam masa terdekat. Harus perlu menunjukkkan kesepaduan dan kesepakatan, bagi menghadapi kezaliman UMNO/BN dan pemimpin-pemimpinnya dengan memperalatkan Polis, yang diketui oleh Datuk Bakri Zinin, CID.

2. Lindungi DSAI

Ingat lagi, tahun 1998, hasrat untuk membunuh DSAI dalam lokap   Bukit Amam, oleh CPO Rahim Noor, tidak kesampaian. Mungkin ini  lah pulak giliran pembesar-pembesar UMNO untuk menghapuskan  DSAI. Alhamdulillah ini telah dilakukan.

3. Demostrasi

Jangan sekali-kali membenarkan sebarang perhimpunan di  tempat terbuka, seperti mana kemuncak reformasi 1998  dulu. Peluang ini  sebenarnya yang di tunggu-tunggu oleh  pihak polis atas arahan  UMNO/BN bagi menimbulkan kekacauan  , dan seterusnya  mengisytiharkan DARURAT/MAGERAN.

 Perhimpunan 6 Julai 2008, nanti Protes Satu Juta . terpulang kepada  Jawatankuasa Penganjur untuk membuat penilaian semula.

4. MUNAJAT, DOA DAN SEMBAHYANG HAJAT

i. Tuhan menunggu dan menantikan doa dari rakyat Malaysia

   Sebenarnya doa, munajat dan sembahyang hajat yang
   dilakukan dalam tuduhan pertama dulu, hampir ke
   semua agen-agen yang telah digunapakai oleh TDM,
   sudah dan sedang menerima pembalasan dari Tuhan, di
   dunia ini lagi. Kalau boleh disenaraikan di sini, TDM
   sendiri iaitu KEPALA KONSPIRATOR, Megat Junid,
   Rahim Noor, Dr Ristina Majid, Ummi Hafilda

   Mungkin sekarang yang masih tertinggal ialah, Musa
   Hassan dan Ghani Patail. Insyaallah gilirannya sedang
   menunggu

   Sehubungan dengan itu, adalah menjadi KEWAJIPAN,
   seluruh rakyat Malaysia, kecuali orang-orang UMNO,
   berdoa, bermunajat dan bersembahyang hajat, mulai
   sekarang hingga semua MUSUH RAKYAT MALAYSIA ini
   dan juga MUSUH TUHAN ini, menerima pembalasan,
   dengan kadar yang segera dan dalam masa terdekat

ii. Munajat, Doa dan Sembahyang Hajat

Adalah dicadangkan supaya, majlis-majlis doa, munajat dan sembahyang hajat dilakukan segera, mulai sekarang secara berjemaah, di mana-mana saja, masjid, surau, madrasah dan tanah lapang. Adalah dicadangkan juga, supaya ia diadakan secara berkala, setiap minggu, khususnya malam JUMAAT, hingga UMNO/BN jatuh atau pemimpn-pemimpinnya diberikan balasan secara CASH, di dunia ini dalam masa terdekat dan dengan kadar yang segera.

• Pulau Pinang  Stadium Batu Kawan
• Perak    Stadium Indera Mulia Ipoh
• Kedah   Stadium Darul Aman
• Selangor   Stadium Shah Alam
• Kelantan   Stadium Sultan Muhamad Ke-IV

Kita penuhkah stadium-stadium ini dengan dipimpin oleh alim ulamak kita. Penuhkan akitiviti malam, Qialmulail, baca Quran, zikir, sembahyang hajat, doa dan munajat, hingga ke diniharinya.

Harus perlu digerakkan sekarang.
Perlu bermula sekarang

iii. Selaraskan doa

Mohon alim ulamak, TGHH, TGNA dan lain-lain segera berbincang, dan mengeluarkan satu doa yang khusus, bagi menentang konspirasi jahat UMNO/BN dan pemimpin-pemimpinnya ini. Sebarkan ke seluruh  negara melalui internet, surau, masjid dan madrasah.

5. Kita tidak punya kuasa

Harus kita ingat, dengan seluruh kekuatan Polis dan Mahkamah terletak di bawah kuasa UMNO/BN, tidak mungkin rakyat Malaysia mampu melawan kezaliman pemimpin-pemimpinnya.

6. Siapa lebih bekuasa

• TDM atau TuhanSejarah 10 tahun lepas telah membuktikan, TDM sebenarnya tidaklah sehebat mana kuasa yang ada di tangannya. Tuhan juga yang lebih berkuasa. Di mana TDM sekarang? Manusia yang paling hina di Malaysia hari ini

• Pak Lah atau Tuhan

Begitu juga, sekarang ini, siapa yang lebih berkuasa, Pak Lah atau Tuhan? Nampaknya Pak Lah terkial-kial mengunakan segala akal yang sedikit lagi tinggal itu, untuk menipu rakyat Malaysia dan juga Tuhan yang menciptanya juga bininya, juga anak dan menantunya

Adakah Pak Lah sedang menguji kuasa Tuhan?

 
InsyaAllah !!!! InsyaAllah !!! InsyaAllah !!!!!!!! Doa,
Munajat dan Sembahyang Hajat kita seluruh rakyat Malaysia, kecuali orang-orang UMNO di makbulkan Tuhan.

Amin !!!!!!! Amin!!!!!!!!! Amin!!!!!!!!!

Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

Sumber Laman M@rhaen 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s