AMK Sokong Daftar Pemilih Diubah, Rashid Perlu Letak Jawatan Dahulu

 Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang positif langkah yang ingin diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggantikan daftar pemilih yang akan melibatkan pendaftaran semula pengundi.


Pun begitu, AMK berpandangan bahawa adalah lebih wajar bagi kerajaan untuk menggantikan kepimpinan SPR sedia ada agar sebarang langkah ke arah reformasi sistem pilihanraya yang hendak diambil tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.

Imej SPR telahpun tercalit dengan pelbagai masalah, termasuklah isu pengundi hantu, kesahihan daftar pemilih dan yang terbaru ialah pembatalan penggunaan dakwat kekal yang jelas menggambarkan kecederungan SPR menjadi salah satu komponen Barisan Nasional (BN) untuk memenangkan BN dalam pilihanraya umum.

Tidak ada sebarang masalah untuk menyokong apa jua langkah-langkah positif, malah AMK bersedia untuk menjadi pendukung kepada reformasi sistem yang hendak diambil. Tetapi reformasi sistem ini perlulah bermula dengan ‘pembersihan’ SPR daripada sebarang bentuk kepimpinan lemah dan dangkal yang tidak mampu menjamin sebarang impak positif daripada pendekatan-pendekatan yang diambil.

AMK tidak mahu pendekatan ini sekadar menjadi satu lagi ‘projek terbaru tajaan SPR dan BN’, yang akhirnya tinggal retorik murahan semata-mata.

Justeru, AMK berpendapat, untuk menggambarkan keikhlasan SPR untuk mendepani usaha membersihkan sistem pilihanraya Malaysia, ia wajar bermula dengan perletakan jawatan kepimpinan SPR, khususnya Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s