PAS MEMAHAMI HASRAT ISTANA

26 MAC 2008

 

 PAS sekali lagi menegaskan yang ia menerima dan menyokong penuh keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru.

Bagi PAS keputusan tersebut mencerminkan betapa pihak Istana berkehendakkan kepada pemimpin yang bersih dan tidak korap untuk menerajui negeri. Dan sudah pastilah hasrat Istana Terengganu itu seiringan dan selari dengan keinginan dan hasrat rakyat yang turut membenci amalan yang keji itu.

Berdasarkan perkembangan ini ternyata pihak Istana maklum bahawa pemimpin negeri yang lalu telah terjebak dengan amalan kotor ini sehingga merugi dan mengaibkan kerajaan, negeri dan rakyat Terengganu keseluruhannya. Oleh yang demikian PAS terus berikrar akan taat, patuh dan mempertahankan keputusan pihak Istana Terengganu itu dan menyeru rakyat agar bersama berbuat demikian demi kestabilan dan kesejahteraan negeri Terengganu.

26 Mac 2008
 

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI/ ANY INQUIRIES PLEASE CONTACT
Sdr Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir   (019 260 1033)
Setiausaha Akhbar kepada Presiden / Press Secretary to the President

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s