Pak Lah dan Khairy Menang Anugerah Pos Malaysia

Kuala Lumpur Mac 25hb, 2008 – Pos Malaysia Berhad mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Wakil Pos untok Pilihanraya 2008 kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri Malaysia dan Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau.

Anugerah ini yang pertama kali dilancar tahun ini memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Ini merupakan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pengguna di dalam suasana pasaran perkhidmatan yang lebih bersaing.
Abdullah merupakan pengguna perkhidmatan pos terbanyak semasa musim PRU12. Mengikut anggaran firma konsultan Etot Consulting, Abdullah telah menggunakan sekurang-kurangnya 10,096 undi perkhidmatan Pos Malaysia untuk menaikkan lebihan dari 1,150 ke paras lebih ketara 11,246 undi.

Perkhidmatan Pos Malaysia lebih bermakna untuk Khairy. Undi perkhidmatan pos menyelamatkan Khairy dari kalah sebanyak 83 undi untuk menang lebihan undi 5,746 undi. Etot Consulting menganggarkan penggunaan fasiliti undi pos yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 5,829 undi.

Menurut jurucakap Pos Malaysia, Cik Jenny Stamp, sebanyak 12,000 dan 6,000 orang anak Kepala Batas dan Rembau menyertai perkhidmatan keselamatan negara. Jumlah anggota askar dan polis negara adalah lebih kurang 180,000 orang.

Pos Malaysia mengalu-alukan sumbangan mereka kepada kemajuan syarikat. Pemenang-pemenang untuk tahun ini amat bermakna kerana perkhidmatan Pos dapat meletakkan wakil di Parlimen dan pucuk kepimpinan negara. Pos Malaysia menganggap mereka lebih merupakan Wakil Pos dari Wakil Rakyat.

Selain mendapat hadiah pertama mesin pencelik mata berkomputer dan sarung tangan menahan batal air sembahyang, Abdullah juga diberi tawaran untuk jawatan posmen sukarelawan apabila bersara. Khairy pula diberi tawaran jawatan posmen untuk Rembau apabila kerjaya politik yang dijangka menunggu masa untuk berakhir. Dia memenangi hadiah sangkar kera dan berok, dan alat solek lelaki, yang termasuk ubat pemutih muka dan clorox mulut.

Upacara penyampaian hadiah masih belum ditetapkan lagi memandangkan kedua-dua pemegang anugerah sedang sibuk bertengkar dengan Raja-Raja Melayu dan menguruskan perpindahan harta karun ke Perth, Australia.

Disamping rakan cemolot mereka yang tidak bertanding, Kalimullah dikatakan telah melarikan diri ke London. Pos Malaysia berharap dapat menawarkan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar salinan dokumen kerajaan dari Abdullah dan Khairy.

Agensi Husin Lempoyang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s