PAS tidak yakin dengan kabinet baru Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Continue reading

Advertisements

Pejabat MB Kedah Tinggal Perabot dan 1 Komputer

 aKerajaan Kedah akan meminta pandangan Penasihat Undangundang Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai “kehilangan” fail-fail penting kerajaan, kata Menteri Besar Azizan Abdul Razak.Beliau berkata, kerajaan kesal dengan kejadian itu dan perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu ini.

Continue reading

Mari kita bekerjasama

Walaupun PAS dan DAP sama-sama merupakan seteru politik BN namun ia sering berselisih jalan. Jarang-jarang dapat duduk semeja apalagi mengorak langkah bersama. Kalau pun ada yang terbaik adalah ketika zaman-zaman awal Barisan Alternatif dahulu. Pada PRU 1999, apabila PAS, DAP dan PKR sama-sama menganggotai BA, itulah ketikanya semua parti-parti politik alternatif terbesar dapat duduk sebumbung.

Continue reading

Azizan Umum Turun Cukai Tanah & tiket bola FREE

ALOR STAR, 17 Mac (Bernama) — Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang. “Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian”, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.

Continue reading