Fitnah terhadap kerajaan baru Perak – PAS minta polis ambil tindakan

IPOH, 17 Mac (Hrkh) – PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak.

<!–

Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut.

Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara.

Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

“Sebaran ini merupakan fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu dengan niat dan tujuan jahat serta ingin menimbulkan perasaan kurang senang dan gelisah sebahagian masyarakat di Perak,” katanya.

Menurut beliau dakwaan kononnya PAS yang memerintah Negeri Perak, dan kenyataan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak senang DAP, PKR dan penyokong-penyokongnya.

“PAS tidak memerintah negeri Perak, yang memerintah adalah Kerajaan Barisan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS,” ujar beliau.

“Sebaran ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan rakyat dari kalangan masyarakat Cina dan India khususnya,” katanya lagi. – mns/ mr

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s