Soal Jawab

Anda bertanya kami bersedia menjawab.

E-mailkan sebarang permasalahan kepada paslabuan@gmail.com

18 thoughts on “Soal Jawab

  1. betulkah di Labuan khas nya ada yg mengunakan Mykad/ic palsu atau yg tidak sah……..tolong bagi tau nama nya dan buktinya untuk meyakin kan kita bahwa kerajaan sekarang memang tidak adil dalam pilihan raya………tolong jawap

  2. Sdra Sham,
    1. 3000 orang pengundi daripada kampong Muslim. Mereka ini asal usulnya daripada Pilipina .
    – Bagaimana mereka mendapat Mykad?
    2. Terdapat ramai orang-orang “Pakistan / Bangla” yang waktu pilihanraya pergi mengundi. (Pakaian dan Pertuturan mereka pun masih jelas bukan asal tempatan ).
    – Bagaimana mereka memiliki Mykad?
    3. Pengalaman PAS WP Labuan di Pilihanraya 2004 antaranya di UPU SM Teknik seorang pengundi telah dibantah oleh Petugas PAS kerana memiliki nombor Kad Pengenalan dan nama yang sama dengan seorang Pengundi yang sudah mengundi di waktu pagi.
    PAS berjaya membantah tetapi pihak SPR dan Polis tidak mengambil sebarang tindakan sewajarnya.
    Kesimpulan nya memang wujud Mykad Palsu ini, Memang susah untuk kita mengambil tindakan terhadap mereka-mereka ini kerana ada tangan-tangan tersembunyi di belakang mereka. Kerana itu perlunya kerjasama rakyat terutama anak tempatan yang bertanggungjawab terhadap masa depan mereka untuk tampil kehadapan terutama di Pilihanraya akan datang ini untuk menghalang mereka ini daripada mengundi. Dan inilah juga salah satu permintaan “BERSIH” dalam memerondum nya kepada YDP Agong.

  3. ya betul kata tuan baru saya perasan……tetapi selain dari itu adakah lagi yg mykadnya ditukar atau palsu……terutamanya pemimpin utama khas nya diLabuan ini…..????

  4. Sdra Sham,
    Rujuk : 1. Daily Express 08.08.2007 – Kes Mahkamah antara MALAYAN BANKING dengan SARA EQUITY SDN. BHD. 2. STAR 14.01.2008 – Probe on MP – ACA investigates politician over forged papers for bank loans.
    Apa yang boleh kita lakukan ? Pilihanraya lah saja harapan kita walaupun susah kerana terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan yang di peralatkan. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. “Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairu Makirin” (Mereka merancang Allah juga merancang, perancangan Allah lah pasti menang).

  5. Saudara YDP PAS,

    Saya sentiasa memerhati perkembangan politik dan suasana di Labuan dari segi peluang kerja anak tempatan,perkara ekonomi dan sosial,serta hal ehwal masyarakat kitani LABUAN

    Memandangkan Calon BN adalah muka baru,(bukan dari mantan YB) akan memberi cabaran lebih kepada pihak tuan,Saya memerhati strategi kempen BN peringkat disini yang mana mereka menggunakan -tempur kampung2,poster banyak2,RTM dan Radio-nda payah cerita,escort sna sini,flyer cetak mahal.INI adalah CABARAN BERGANDA bagi anda.
    Bagaimana pihak PAS labuan kitani boleh menyampaikan maklumat dan menunaikan janji PAS jika berjaya menawan kerusi P166 Labuan,sedangkan seolah olah semua talian ,sumber,tenaga,rangkaian,di BLOK (umpama talian enggage diluar kawasan)

  6. Terima kasih sdr Zul atas pandangan, tidak di nafikan kalau melihat dari segi sebaran BN memang terkehadapan kerana mereka boleh guna apa saja media elektronik dan akbar begitu juga dari tenaga mereka boleh memperolehi nya dengan mudah…tapi untuk PAS di Labuan ini Radio jangan ceritalah totally nda ada chan, akbar…terhad…tenaga? Macam kalau main bola kena ikat tangan dan kaki durang free, refree pun menyebelahi durang. Rakyat di Malaysia ni tidak terkecuali d Labuan, terutama kakitangan kerajaan ditakutkan akan di mbil tindakan sementara masyrakat kampung pula ditakutkan dengan kononnya akan ditarik bantuan dan berbagai ugutan selain menakut-nakutkan kalau PAS memerintah akan huru-hara dan bangkrap…itulah demokrasi diMalaysia yang mengalahkan Komunis.Tujuan nya supaya rakyat tidak mendapat maklumat sebenar, yang didengar hanya yang baik-baik belaka, yang salah pembangkang dan rakyat. Rakyat terus ditipu dulu,kini dan selamanya kalau rakyat tidak mahu berubah. PAS insyaAllah sebagai parti yang memperjuangan Islam yakin dengan firman Allah yang bermaksud “mereka merancang dan Allah juga merancang, sesunggohnya perancangan Allah jua yang pasti menang”. Kita yakin Allah akan membantu jika kita berusaha oleh itu PAS telah mengatur beberapa program ceramah selain beberapa strateji untuk memastikan mesej sampai kepada masyarakat dan setakat ini Alhamdullillah ianya berjaya dilaksanakan. Menyentuh soalan jika PAS menang ? Pertama, jika PAS menang di Labuan dan bersama rakan-rakan Barisan Alternatif berjaya pula memerintah Malaysia maka insya Allah apa yang dikatakan dalam manifesto kami akan dilaksanakan dengan senang lagi begitu juga isu-isu tempatan. Jika menang di Labuan tapi BN masih memerintah Malaysia, tidak perlu di risaukan, di semananjung beberapa kawasan parlimen telah lama diwakili calon pembangkang seperti DAP, kemajuan di kawasan itu lebih baik dari yang diwakili oleh BN…ini kerana kita di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan, kedua untuk memujuk penduduk kawasan itu maka banyak lah projek akan dilaksanakan dan budget kepada rakyat kawasan itu pula lebih banyak iaitu dari pusat dan wakil parlimen.Juga yang pastinya masalah2 dan isu rakyat akan di bawah ke Parlimen….itu antaranya kalau wakil BN….minta maaf kena deham sikit susah kacut. So fikir-fikirlah sampaikan pada org ramai sesiapa yg memangkah calon BN dan BN menang di Labuan/Malaysia….Minyak naik..daripadanya segalanya naik.masalah yuran sekolah….pembaziran dan korupsi bertambah…jenayah pun meningkat…nah JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN TAPI KITA SENDIRI…kita yang memilih durang sedangkan diberi peluang untuk memprotes akan kezaliman BN dengan cara membangkah PAS untuk diLabuan ani. Dengan protes kita walau apa pun keputusannya kita sudah menjalankan hak kita sebagai rakyat…enough is enough….walllahu alam –WM

  7. Aslamkum….. Tahniha la sebab ada laman ni.. boleh jua kami tegok-tengok apa perkembangan terkini di Labuan …boleh tahukah macammana mahu jadi ahli PAS Labuan? Berapa sudah ahli sekrang di Labuan ?

  8. Is it possible in Malaysia we have a lady non-muslim prime minister? I m looking for that scenario as if we could achieve that – race, sex is not and issue and dont you think that that is the future of Malaysia???

  9. ASALAMUALAIKOM SAUDARA,

    SAYA INGIN BERTANYA,SEMASA PRU 12 BARU BARU INI BANYAK SUARA KELUAR DIAKHBAR DAILY EXPRESS,TETAPI KENAPA SEKARANG SENYAP,KAMI INGIN MEMBACA AKBAR YANG MANA ADA TERDAPAT APA-APA KOMEN DARI PAS WP.LABUAN BERKENAAN DENGAN PENTADBIRAN WP.LABUAN,DAN JUGA PERBADANAN WP.LABUAN APAKAH PAS LABUAN TIADA KOMEN UNTUK WP.LABUAN PADA HARI INI,KAMI BERHARAP AGAR PAS LABUAN AKTIF BERPERANAN UNTUK MEMBERI KOMEN YANG MEMBINA KEPADA PENTADBIR WP.LABUAN,UNTUK KESELISAAN RAKYAT LABUAN INSHA ALLAH LAIN KALI BERJUMPA LAGI .TAKBIR.

  10. Terima kasih atas keprihatinan Sdra, PAS Labuan Insya Allah akan mengeluarkan kenyatan dalam masa terdekat ini mengenai isu lesen menjualkan arak dikampong-kampong. Kami juga memerlukan kerjasama masyarakat tempatan agar sedia memberikan maklumat kepada kami untuk tindakan seterusnya-WM

  11. ALHAMDULILLAH KITA BERSUA KEMBELI DIDALAM HALAMAN SOAL JAWAB INI.
    YANG INGIN SAYA PERSOALKAN LAGI IA LAH BERKENAAN DENGAN PEKERJAAN DILABUAN INI YANG MANA KITA TAHU DIWP.LABUAN BANYAK TERDAPAT SYARIKAT OIL N GAS ,PERSOALANNYA SEGALA KEKOSONGAN YANG TERDAPAT DISYARIKAT TERSEBUT BANYAK YANG DIISI OLIH ORANG LUAR SEPERTI DARI SARAWAK,APAKAH PERKARA INI PAS WP.LABUAN TIDAK DAPAT MENYUARAKAN KEPADA KEPIMPINAN WP.LABUAN MELALUI AKHBAR2 TEMPATAN CONTOHNYA SEPERTI DAILY EXPRESS,KALAU PERKARA INI DIBIARKAN BEGITU SAJA MACAM MANA NASIB ANAK-ANAK LABUAN,KAMI BERHARAP PARTI PEMBANGKANG WP.LABUAN INI AGAR DAPAT MEMBUAT TEGURAN DALAM PERKARA INI. TK-WM.

  12. asskum…
    disini saya harapkan agar pihak Pas Labuan lakukan sesuatu terhadap tindakan Menteri dijabatan perdana menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yg isunya mahu pindahkan 366 pendatang tanpa izin dari pulau kuraman ke labuan di kiansam,masih tak cukupkan dengan PATI yg ada sekarang,kenapa pihak berkenan beria2 menbela PATI ini.Siapkan berikan IMM13 kepada mereka,Pulau yg damit ini pun dah penuh dengan PATI,semua peluang pekerjaan dibolot oleh PATI berkenan,bagaimana dengan Anak cuci kami nanti,diharap pihak PAS dapat bukakan mata yg buta tu.lakukan sesuatu.Pati yg ada dipusat penempatan dikainsam tu pun dah mencerminkan keadaan sebenar,ini nak ditambah lagi bilangannya.PAS LABUAN lakukan sesuatu yg positif…

  13. Dear George,

    Thank you very much for being one of our browser and hopefully be our supporter too.
    What is our concern of this country is to be a peace, harmony, equal and welfare to every single citizen with no discrimination to any race or religion follower, in another expression is any needy to be assisted accordingly and this practice has been proven worked well in Kelantan and was transformed on the ballot papers during 12th general election recently . By doing so we believe everyone will feel good and having a caring and sharing society. Responding to your question which related to the constitution of the Federation of Malaysia which I personally believe is not helping towards our manifestation and hopefully this will answer and satisfy you.

  14. Tahniah PAS Labuan, semoga terus maju ke hadapan dalam mendepani cabaran setempat mahupun nasional.

    Semoga perkembangan terbaru ini, mampu menjadi pendorong kepada shbt-shbt utk terus memperjuangkan keadilan di tanah Labuan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s