KELENTONG LAGI

TIPU JANGAN TAK TIPU

HARGA GAS ASLI DI MALAYSIA LEBIH MURAH BERBANDING JIRAN- meloya

PUTRAJAYA 30 Mei – Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding negara-negara jiran meskipun dengan kenaikan hari ini, kata Nor Mohamed Yakcop.

“Malah sebelum ataupun selepas kenaikan, harga Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70),” kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian selepas mengumumkan kenaikan harga gas asli daripada RM10.70 setiap juta unit termal British (MMBtu) kepada RM13.70 setiap MMBtu seiring dengan kenaikan harga tenaga global.

Beliau berkata, kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM133.45).

Nor Mohamed berkata, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menaikkan harga gas yang ia bekalkan kepada sektor elektrik dan perindustrian sebanyak RM3 seMMBtu setiap enam bulan mulai 1 Jun, 2011 sehingga Disember 2015.

Harga gas akan mengikut harga pasaran mulai 2016, kata beliau. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…ADA LAGI MALAON YANG BERI ALASAN INI… kah kah kah…

kah kah kah…GAS LEBIH MAHAL BERBANDING DENGAN SWEDEN… kah kah kah…

kah kah kah…GAS LEBIH MAHAL DI NORWAY… kah kah kah…

kah kah kah…MALAON INI MESTI BELUM BACA TUKAR TIUB… kah kah kah…

kah kah kah…KALAU DAH BACA JAMIN TAK AKAN BERANI BUAT HUJAH BODOH INI….. kah kah kah…

woit… BUAT LAH ALASAN LAIN…. kah kah kah…

kah kah kah..CARILAH IDEA BARU…kah kah kah..

woot… BILA NAK NAIKKAN HARGA MINYAK… kah kah kah…

kah kah kah..GUNAKAN BAHASA GERMAN BILA UMUM GAS NAIK HARGA…kah kah kah…

kah kah kah..ATAU GUNA BAHASA SWAHILI…kah kah kah..

woit…KENAPA TAK GUNA BAHASA ORANG BISU…kah kah kah…

kah kah kah…LAGI TAK ADA ORANG FAHAM…kah kah kah…

kah kah kah..BAGI ORANG KAMPOMNG TERPERANJAT…. kah kah kah…

kah kah kah… TETIBA SEMUA HARGA BARANGAN NAIK MENDADAK… kah kah kah…

Sumber Tukar Tiub 

kah kah kah… UNTUK SEDAPKAN CERITA..kah kah kah…

kah kah kah….. LEPAS HARGA BARANG NAIK BUAT PILIHANRAYA KE 13….kah kah kah…

kah kah kah…BARU TEST MARKET… kah kah kah…

kah kah kah… MANA YANG POPULAR …. kah kah kah…..

woit…..GEROMBOLAN POPULAR ATAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH TERUS…. kah kah kah..

Polis Gempur Majlis PR, Pukul, Tangkap Penyokong

Sambutan Konvensyen 2 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Seorang penyokong ditangkap manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain terpaksa menerima rawatan di hospital setelah di pukul oleh anggota polis bersenjatakan pistol, gas pemedih mata dan belatan.  

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis didalangi oleh Umno kerana takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat  yang masih kuat meskipun berhadapan dengan pelbagai taktik kotor Umno-BN.

“Mereka takut kepada kita dan oleh kerana itu mereka suruh polis untuk halang.” Anwar memberitahu ribuan penyokong di Kelab Sultan Sulaiman.     

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan beberapa orang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Anwar.

Terjahan polis itu dilakukan ketika Naib Presiden PKR Azmin Ali sedang berucap dan Anwar masih dalam perjalanan ke kelab itu.  

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,  Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, dan Naib Presiden Pas Mahfuz Omar.

“Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman,” laung seorang aktivis.

Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Tindakan samseng polis berlaku di ambang dua tahun genap Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor di samping mengekalkan Kelantan.

Gagasan itu juga merampas 82 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.

Sumber TV Selangor

Saya dicekik, dibelasah dan dipijak FRU – mangsa

KUALA LUMPUR : Saya dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan saya sukar bernafas.

Itu luahan Najib Mahfuz, 25 (gambar) salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Najib berkata, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atasa pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.

Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana,” katanya kepada erapakatan.com semalam.

Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.

Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Azmin Ali yang juga pengucap ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.

“Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

“Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat,” katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.

Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.

Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.

Sumber Era Pakatan