Melayu Pulau Pinang miskin sejak zaman BN lagi

KULIM, 29 Mei: Fakta dan kedudukan sebenar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh dipolitikkan kerana sememangnya orang Melayu adalah yang termiskin di negeri itu.

Namun begitu, ianya bukan masalah baru sejak diterajui oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu kerana telah berlarutan semasa BN menerajui kepimpinan negeri lagi.

Walau bagaimana pun sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, pelbagai usaha dilakukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar) berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena makan malam anjuran PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu malam tadi.

“Usaha bagi mengurangkan jumlah miskin tegar dilakukan oleh kerajaan negeri dengan mengunjurkan tambahan pendapatan supaya mereka yang berada dalam kategori ini mendapat pendapatan bulanan dari RM400 kepada RM500.

“Dalam tempoh setahun pembasmian ini telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010 yang lalu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi program ini,” ujarnya lagi.

Malah katanya, DAP tidak pernah mengamalkan sikap melampau atau cauvanis sepertimana yang didakwa oleh BN dan konco-konconya.

“Sempena cuti sekolah pada bulan Mei ini, DAP kawasan Komtar yang diterajui oleh saya sebagai wakli rakyatnya, turut menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai.

“Ini membuktikan bahawa persepsi yang cuba dibawa oleh Umno dan BN bagi menjebak kita sebagai parti perkauman dan rasis adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali,” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata, segala tohmahan dan serangan oleh Umno dan BN sebagai petanda bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Tindakan terdesak BN ini juga, katanya akan diteruskan selagi mereka tidak berjaya merampas kembali kedudukan kerusi yang telah hilang dalam pilihan raya 2008 yang lalu.

Sumber HarakahDaily - Fakhri Ali  

Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat – Mahfuz

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

“Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas,” katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

“Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut,” katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

“Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

“Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

“Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009,” kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

“Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009,” katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

“Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

“Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus,” katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.

Abdul Aziz Mustafa   - Harakahadaily

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama “PAS Beruk” mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??” adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri ‘tazkirah’ dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada ‘tazkirah’ bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.

Harakahdaily

Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

“Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

“Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja,” ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup.”

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

“Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

“Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja,” soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

“Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC,” katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Dzulfikar Mashoor   - Harakahdaily

Kalau masih nak sokong puak-puak ni baik ambil tukul dan palu kat kepala tu lah kerana tak berfingsi lagi – WM

Pakai seluar ‘katok’ dalam masjid darul Umno ?

Memang dah tahap sengal wal baghal. Sebut bangang..marah ! Strategi menyerang PAS oleh juak Umno jelas nampak terang bodohnya. Antara ‘tazkirah’ dan ‘ucapan biasa’ pun tak boleh nak beza. Tajuk itu pun dah jelas punya niat jahat. Fitnah yang NYATA ! (maklumat foto rujuk dibahagian akhir artikel)
Oleh kerana Utusan Meloya letak foto itu di muka utama, tak kan nak diam kot? Seronok sakan blogger pencacai Umno. Dan foto ini pasti akan jadi bahan kempen PRU kelak. Tunggu ajer lah…! walaupun dikalangan pembaca Media baru faham itu sebenarnya foto fitnah untuk pembangkang.
Tazkirah? Aku gelak guling bila baca tajuk. Wartawan mana yang bodoh bau jamban ni? Jika baca fitnah blogger Umno lain kisahnya, tajuk utusan pulak bagi lagi gempak. Gempak yang bodoh!
HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID
Soalan :
Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?
Jawapan :
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28.

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)
Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.
Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.
(Disesuaikan semula dari buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam)

Kesian UMNO, bila blogger dan media mereka sendiri lontarkan isu yang buat UMNO terus dihina oleh rakyat. 

 

(*) Silapnya dalam izin membenarkan beliau masuk ke ruang solat di surau itu hanyalah kerana beliau tidak menutup aurat dengan baik(merujuk kepada kepalanya yg tidak dilitupi apa-apa). Jika diberi apa-apa kain untuk menutup kepala, lebih bagus. Harap dimasa akan datang, alert lah dalam soal ini. Pencacai yang bangang tu mana faham pun, yg depa tahu terjah macam babi betina lapar laki ! 
FOTO UNTUK BLOGGER UMNO. Foto ini diambil di masjid besar negeri di sebuah negeri Darul takluk UMNO. Hangpa nak kata apa pulak? Harap Utusan boleh ambil foto ini esok letak muka depan, tulis tajuk Mat London sedang wirid pakai seluar ‘katok’ dalam masjid..! Ada berani ? 

 

Nak tunggu komen blogger UMNO nak kata apa tentang foto dalam ruang masjid di ibu negeri Darul UMNO ni pulak..!! Bodoh macam keldai….!!

Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

BACHOK, 8 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dakwaan kononnya Umno sebagai parti pembela Melayu hanya retorik setelah merasai semakin terhimpit.

“Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.

“Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.

“Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Besar itu mendakwa tuduhan kerajaan Islam tidak mampu membawa kemajuan sengaja dicetuskan oleh golongan sekular bagi mengancam kepada proses pengembangan Islam secara keseluruhan.

Beliau berkata, bahkan itulah juga antara punca menyebabkan orang bukan Islam terasa jauh dengan Islam.

“Apa tidaknya, apabila mereka cuba hendak rapat dengan Islam, dikatakan Islam mundur, Islam tidak dapat membawa kemajuan.

“Benda-benda begini telah menimbulkan masalah dalam masyarakat hasil daripada ajaran sesat golongan sekular terhadap Islam,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan tidak berminat untuk melayan mana-mana individu mencabarnya untuk berdebat dalam sesuatu isu khususnya tentang Islam kecuali ia membabitkan pemimpin dari kalangan Umno.

“Saya lawan umno. Saya tak lawan individu tertentu. Bukan kerja saya lawan budak-budak kampung,” katanya semasa ditemui selepas menyempurnakan akad nikah anak Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussien, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah yang mencabar berdebat sekiranya apa yang didakwanya adalah tidak benar.

Abdullah kerap mengkritik Mursyidul Am PAS itu kerana berpendapat telah mengeluarkan kenyataan yang seringkali menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengibaratkan tindakan Abdullah tidak ubah seperti individu yang hanya “menumpang semangkuk” dan tidak perlu dilayan.

“Ikut dialah, saya nak debat dengan Umno. Umno lawan saya.

“Ibarat kalau kata Joe Frazier nak lawan Muhammad Ali, dia (Muhammad Ali) akan terima, tapi kalau Muhammad Ali nak lawan orang macam saya dia akan kata menang awaklah.

“Begitulah juga saya, ambil ke dialah (Abdullah). Dia hanya nak tumpang semangkuk,” katanya.

Tuan guru Mursyidul Am menyempurnakan akad nikah anak kedua Huzaimi di Masjid Muhammadi Bachok yang turut dihadiri Yang Dipertua PAS kawasan, Datuk Omar Mohamed.

Hafiz Irwan – Harakahdaily

Umno bertahan dengan tentera upahan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos:

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana ‘tentera upahan’ yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.

Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sessi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat.

Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak.

36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak.

 “Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan,” kata Abdul Hadi.

Bagaimanapun, beliau yakin, masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya.

 “Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan,” katanya lagi.

Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ.

“Oleh itu, sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS,” kata beliau dalam pertemuan itu.

Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

“Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah itu.

Dalam pertemuan itu juga Abdul Hadi menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun.

“Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa.

“Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini,” kata Abdul Hadi.

Beliau juga berkata, kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit.

 “Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat,” kata beliau dalam pertemuan itu.

Zulkifli Sulong – Harakahdaily