Utusan Malaysia Dan Berita Harian Tak Siar Kerajaan Lulus Lesen Judi

Media Melayu Tutup Berita Lulus Lesen Judi

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh UMNO tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris the New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Tindakan Utusan dan Berita harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.

“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat, khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional, dan yang tinggal saki bakinya tinggal masyarakat Islam Melayu, jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan UMNO,jadi ini adalah usaha UMNO untuk tidak memberitahu kepada rakyat walaupun perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kabinet, ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.

“Sebahagian daripada ini, pulangan kepada tabung dana untuk UMNO menghadapi pilihanraya umum akan datang, dan termasuk, saya percaya bahawa inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil-wakil rakyat samada di peringkat DUN dan sebagainya, dan saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat-syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli adun-adun yang melompat atau ahli-ahli parlimen yang melompat untuk dibayar pada mereka”

Sumber Kelab Greenboc

Begitulah melayu akan terus di tipu dan lagi pun apa yang mereka takutkan apa pun mereka lakukan melayu tetap mengundi mereka dan memaafkan walaupun akan mengibatkan mereka merempat dibumi sendiri-WM

Jika masih tak tau apa itu 13 Mei 1969

Hari ini 13 Mei 2010. Pada tarikh ini tahun 1969 lalu, berlaku rusuhan antara kaum. Ramai yang tidak membaca sejarah peristiwa berdarah itu. Bagi yang masih tidak mempunyai maklumat tentang peristiwa 13 Mei 1969 yang tidak mahu kita lihat berlaku lagi, berikut ialah beberapa artikel yang saya jumpai dan saya salin untuk memberi kefahaman kepada yang tidak mempunyai maklumat mengenai peristiwa itu. Harap baca apa yang saya boldkan dalam kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff di bawah:

Ketika berucap pada Majlis Menyambut Kepulangan Lim Guan Eng di Bukit Mertajam 29 September 1999 di Dewan Moral Uplifting Society yang dirakam Pemuda Umno, Naib Presiden Keadilan ketika itu, Marina Yusoff dilaporkan berkata:

“Saya nak cakap pada orang Melayu, Cina, India, punca 13 Mei dimulakan oleh Umno. Masa itu dirancang oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Selangor diketuai oleh Datuk Harun (Idris).

“Jadi orang Cina jangan ingat dia sokong Barisan (Nasional) itu bagus kerana dulu orang Umno dalam Barisan yang membunuh orang Cina.”

Dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengkhianatinya (dikutip daripada prakata buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd – gambar di sebelah adalah buku asal terbitan Utusan).

Dalam bukunya May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969, Kuala Lumpur, Dr Kua Kia Soong mendakwa, rusuhan tersebut adalah satu pakatan yang dirancangkan oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpini Tunku. Beliau seterusnya mendakwa, gerakan yang mahu menjatuhkan kepimpinan Tunku diketuai oleh timbalannya, Tun Abdul Razak.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah Marina dan Dr Kua tidak dibicarakan habis-habisan serta dijatuhkan apa jua hukuman berikutan dakwaan mereka itu? Apakah yang dibimbangi oleh pihak yang mahu mendakwa? (Sila klik imej Utusan Malaysia di atas untuk besarkan)

Seterus baca di ..Penarik beca

Lesen Judi – Sah UMNO Pilih Untuk Murtad

 

Akhbar Harian Cina, Sin Chew Daily hari ini melaporkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Ini menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Kelulusan ini sekaligus menunjukkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan bantahan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam

Antara pimpinan yang lantang menegur cadangan kelulusan lesen judi ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Anthony Loke.

Mengikut laporan Sin Chew Daily, Berjaya Corporation dijangka amenggunakan lebih 200 kedai pertaruhannya, Toto, untuk menerima pertaruhan daripada kaki judi.

Pertaruhan secara berlesen ini dijangka bermula sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia ini bermula pada 11 Jun ini.

Mengikut laporan berkenaan, wujud kebimbangan kemungkinan rangkaian kedai serbaneka, 7-eleven yang dimiliki Kumpulan Berjaya akan digunakan untuk tujuan pertaruhan.

Kumpulan Berjaya pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ulasan GB

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Malah kita menjelaskan pesanan ulamak-ulamak bahawa murtadlah mereka yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Justeru, melesenkan perbuatan judi seumpama menghalalkannya dan dengan itu tidak syak lagi murtadlah UMNO dari agamanya.

Mana mufti yang bernama Harussani Zakaria, Mohd Noh Gadot dan lain-lain serta sekalian ulamak UMNO bernama Nakhaei, Mohd Jamil Khir Baharom dan seangkatannya? kenapa berdiam diri? Ada komisyen?