Mengapa agaknya , ya??

 
Gambar ini aku cilok daripada blog bro Isham, Tukar Tiub. Maklumat yang terpapar mengatakan 95% orang Melayu sudah hilang kepercyaan pada UMNO. UMNO ialah parti terbesar orang Melayu. Tetapi…. majoriti Melayu tidak percaya pada UMNO, mengapa??
UMNO tipu Melayu
UMNO kelentong Melayu
UMNO kencing Melayu
UMNO ‘makan’ Melayu
UMNO khianat Melayu
UMNO permainkan Melayu
UMNO menjajah Melayu
UMNO manipulate Melayu
UMNO kunta-kinte Melayu
UMNO perbodoh Melayu
UMNO hina Melayu
UMNO zalimi Melayu
UMNO mundurkan Melayu
UMNO rompak Melayu
UMNO ‘OKU’kan Melayu
UMNO malukan Melayu
Well…. you just name it. Apa yang UMNO tak buat pada Melayu sehingga Melayu layu?? Selama lebih 50 tahun UMNO memerintah…. Melayu terus terpinggir dan Melayu hilang daya saing.
Apa jadi pada saham Melayu yang bernilai berbilion-billion RM untuk membantu Melayu jadi Melayu yang berdaya saing dan dapat berdiri sama atau pun sekurang-kurangnya agak-agak sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain??
Lesap…!!!
Yang dapat adalah segelintir Melayu UMNO. Melayu lain nganga!!
Melayu UMNO yang dapat habuan mereka….. diam membisu, macam ular sawa kekenyangan. Tak berani bersuara….. malah banyak yang hanya berpura-pura dan bermuka-muka, kononyer memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Boleh blah!!
Malah…. ada juga Melayu ‘Otak Kurang Upaya’ yang masih tergila-gilakan UMNO, kerana masih menaruh harapan untuk mendapatkan sedikit habuan. Inilah jenis Melayu yang masih mengharapkan tongkat daripada UMNO. Melayu pincang…. Melayu tempang!!
Tetapi… rata-rata Melayu bukan bodoh lagi. Mereka sudah tahu hakikat sebenarnya apa yang UMNO telah buat pada Melayu. Buktinya…. 95% Melayu sudah tidak percaya pada UMNO!!!
Posted by A Mum Of Three Mohd

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat – Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, “menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.”

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-

 

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Sumber KedahLanie

GUAN ENG – Saya Bukan Anti Islam/Melayu, Saya Anti BN

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng berkata beliau tidak anti Islam atau Melayu sebagaimana tuduhan Umno tetapi beliau anti BN.”Saya bukan anti Melayu, saya bukan anti Islam tetapi saya anti BN kerana BN melakukan banyak perkara kotor seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain”.

“Tidak timbul soal saya anti Islam dan Melayu sebagaimana tuduhan Umno dan BN” katanya.Beliau turut mendedahkan bahawa Gerakan pula menuduh beliau anti bukan Melayu kerana merobohkan gerai orang Cina di Pulau Pinang.
“Macam ini susahlah saya dituduh anti Melayu dan Islam oleh Umno dan dituduh pula anti Bukan Melayu oleh Gerakan”.

“Saya bukan anti Melayu atau Bukan Melayu tetapi anti BN” tambahnya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat anjuran DAP Melaka di Dewan Sekolah Cina Pay Fong di Bandaraya Melaka malam tadi.

Baru-baru Umno menuduh saya anti Melayu kerana merobohkan gerai Melayu di Pulau Pinang.

“Saya hendak beri tahu gerai Melayu yang dirobohkan hanya 30 peratus, 70 peratus lagi adalah gerai bukan Melayu, itu semua kerana mereka tidak mengikut peraturan”.

“Kalau 30 peratus gerai Melayu dirobohkan 70 peratus gerai bukan Melayu adakah itu dikatakan anti Melayu” soal Guan Eng.

Beliau juga hairan bagaimana beliau dituduh sebagai anti Islam sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sehingga RM24.5 juta dalam bajet 2010.
“Semasa rakan baik saya, Koh Tsu Kon menjadi Ketua Menteri, Bajet pada tahun 2008 untuk Islam adalah RM12.5 juta, bila kita menang bajet 2009 ialah RM20 juta dan bajet 2010 pula ialah RM24.5 juta, hampir satu kali ganda berbanding bajet BN, adakah ini menunjukkan saya anti Islam”

“Kalau saya bagi bajet RM24.5 juta dikatakan anti Islam, jadi Koh Tsu Kon bagi bajet untuk Islam hanya RM12.5 jadi Koh Tsu Kon ini anti apa?” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Turut berceramah pada program itu ialah Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo, Adly Zahari, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Anthony Loke dan Sim Tong Him.

Orang ramai penuh sesak memenuhi Dewan tersebut. Derma yang berjaya dikutip ialah kira-kira RM8,000.

Oleh Sofi Wahab – Sumber KedahLanie

Kehilangan RM52b ekuiti saham Bumiputera dipersoal!

EKORAN mengetahui bahawa Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang  kehilangan RM52 bilion baki yang pernah kerajaan peruntukan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.

Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.

“Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi,” soal beliau pagi tadi.

 

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.

“Kalau RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang) diumumkan Perdana Menteri,” beliau menambah.

Bercakap dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen, Guan Eng seolah-olah mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN sebagai punca pada kemunduran rakyat, khususnya kaum Melayu.

“Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno (atau) baik Mca (atau) baik Mic atau gerakan yang kebas…apa yang rakyat dapat (keuntungan),” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Di Raja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat ‘penyangak-penyangak’ di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.

“Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di tanah air, beliau seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni terbabit secara telus dan terbuka.

30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberika, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.

Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB. -END

Sumber instinctive-stage G3.0

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

“Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

“Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan,” katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

“Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif,” tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

“Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik,” jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.

Sumber Harakahdaily.

PRU13: Pas bersenjatakan keris??

Di bawah ini ialah komen saudara Hussin, seorang pembaca berkaitan N3 M3M bertajuk “Siapa menderita jika Tok Guru bahagia?” Baca dan pikirkanlah….

hussin said…

ini semua bermula apabila virus ‘pertemuan dalam gelap (pdg)’ mulai menyerang pas selepas pru 12.

virus ‘pdg’ ini telah menyebabkan pas terserang wabak selsema ‘ug’ yang kronik. secara kebetulan pula, serangan berlaku sewaktu wabak selsema babi sedang glamour. seperti wabak selsema babi, wabak selsema ‘ug’ juga bersifat sekejap hilang sekejap diloudspeakerkan semula. berbeza dengan wabak selsema babi yang tidak ketahuan puncanya, punca wabak selsema ‘ug’ dikenalpasti. tetapi ciri2nya tetap menyerupai selsema babi, dalam dah tak ada lagi ancaman, dia timbul semula. sebagaimana dunia masih berjaga2 terhadap ancaman wabak selsema babi, rakyat pas juga perlu berjaga2 terhadap ancaman wabak selsema ‘ug’ kerana, walaupun cuba disembunyikan, kehadiran virusnya dapat dikesan di mana2.

tgna telah mencadangkan ubat mujarab ‘egm’ bagi menghapuskan wabak selsema ‘ug’ ini. tetapi ia berjaya ditepis oleh pembawa virus ‘ug’ yang diberi peranan sebagai ‘jantung’ pas di jalan raja laut. maka dengan mudah ‘egm’ (penawar) ditolak dan diganti dengan ‘mesyuarat khas’ (panadol). cuba bayangkan, bagaimana si sakit boleh menentukan ubatnya sendiri!

jantung berfungsi membekalkan darah kepada seluruh badan. apabila jantung itu sudah rosak diserang selsema ‘ug’, darah yang dibekalkannya sudah dicemari dan seluruh badan akan mudah diresapi virus selsema ‘ug’.

setelah berjaya menakluki tubuh pas melalui jalan raja laut selepas muktamar 55, selsema ‘ug’ mulai mengganas menyerang tgna. ia menjadi mudah kerana virus ‘pdg’ juga wujud di kelantan, maka untuk selsema ‘ug’ merebak di sana tidak menjadi sukar. mangsa pertamanya ‘terburai’ dengan tohmahan ‘penasihat sesat’. semasa kejadian ini, saya pernah komen, entah di mana, bahawa selepas ini, tgna akan menjadi sasaran. usia serta kesihatannya tidak mampu menangkis serangan wabak selsema ‘ug’ ini. kini, kita sedang berhadapan dengan situasi ini!

khalid samad sudah ‘diajar’! mungkin juga ahmad awang? seorang demi seorang yang kuat imuniti terhadap selsema ‘ug’ dineutralisekan. kini giliran tgna. “buang exco itu” akan menjadi mudah apabila tgna sudah dineutralisekan. manakala pembawa2 virus selsema ‘ug’ ini semuanya diberi tempat atau diselamatkan. hassan ali yang terang2 bertindak membelakangkan keputusan muktama 54 dan 55 – memperkasakan pakatan rakyat – dalam keadaan selesa. harun din turut selesa walau pun menentang keputusan parti berkaitan isu kalimah Allah. dia dimaafkan, cukup senang! bayangkan, rakyat pas, jika pas bermursyidul amkan harun din!!!

mungkin pas akan masuk pru 13 dengan keris terhunus?wallahu’alam

March 28, 2010 9:01 PM

Jawapan aku pada soalan ini…
Mungkin PAS akan masuk PRU 13 dengan keris terhunus?

Nauzubillah!!
Posted by A Mum Of Three Mohd

Siapa menderita jika Tok Guru bahagia??

  Sayu hati apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata yang dia bahagia sekiranya tidak dilantik sebagai Mursyidul Am Pas. Alasan yang diberi kerana kesihatannya dan dia berasa kurang mampu untuk menghadiri majils dan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas di luar Kelantan.

Ya…. Tuan Guru bahagia tetapi kita?? Apakah kita akan gembira sekiranya beliau tiada dalam Majlis Syura Ulama Pas terutamanya sebagai Mursyidul Amnya. Jika ini berlaku maka malanglah bagi Pas.

Kita dapat lihat… Pas di bawah pimpinan Allaharyam Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz, begitu progresif sekali. Dari sebuah parti yang dianggap parti orang kampung, Pas muncul sebagai parti yang disokong dan didokong oleh rakyat pelbagai kaum baik di bandar mau pun di luar bandar…. dari golongan agama dan begitu juga professional…. Sokongan kepadanya begitu menyeluruh sekali. Begitulah dinamiknya Pas di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Dengan strategi kerjasamanya dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat sebagai parti Islam yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya menegakkan keadilan untuk semua rakyat, selari dengan ajaran Islam itu sendiri. Pas dilihat begitu hebat sekali.
Alhamdulillah… kesannya amat membanggakan sekali. Pas mampu menang di kawasan-kawasan yang dulunya sukar untuk ditembusi oleh mereka. Calon-calon yang ditonjolkan oleh Pas amat berintegriti dan dihormati oleh kaum bukan-Melayu.
Dan…. ikon yang mengubah perpektif dan persepsi rakyat terutama kaum bukan-Melayu terhadap Pas ialah Tok Guru Nik Aziz. Mereka mempunyai rasa hormat yang amat tinggi kepadanya. Tok Guru Nik Aziz dan Kelantan adalah contoh atau model kepimpinan ulama yang mereka respek dan yang mereka boleh percayai.
Namun….. sejak belakangan ini, Pas mula dicurigai semula, lantaran wujudnya puak UG dan tindak tanduk mereka. Ya…. wujudnya golongan UG merugikan Pas dan akan terus merugikan Pas. Tambahan pulak, dengan senario yang berlaku sekarang….. seolah-olah proses pembersihan dalam Pas sedang berlaku. Proses menyahkeluarkan golongan anti-UG dalam Pas sedang berlaku.
Ya Allah…. ngerinya aku!! Proses yang terbalik telah berlaku. Sepatutnya…. proses pembersihan adalah di kalangan golongan pro-UG, ini tidak. Nauzubillah….. apa sudah jadi…. dan apa akan terjadi pada Pas nanti??
Persoalannya sekarang…. mampukah ulama seperti Haron Din atau Tuan Ibrahim atau whoever ler, menyaingi aura dan kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz?? No way…. mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan sokongan bukan-Melayu bagi memenangkan Pas. Sorry to say ler, buat masa ini, tindak tanduk mereka tidak menjurus ke arah itu. Sebaliknya, menimbulkan kecurigaan dan kesangsian di hati mereka. Mengapa??
Pas kini dilihat telah dikuasai oleh golongan UG sudah menjadi parti perkauman. Mereka telah memprojekkan Pas sebagai parti Melayu-Islam…. parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan agama Islam tetapi bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam yang syumul. Tok Guru dilihat sebagai ikon ulama yang melambangkan keadilan dalam Islam. Islam yang adil untuk semua, baik yang beragama Islam, mau pun yang bukan-Islam. Pas yang ada sekarang sudah ada bau perkauman gara-gara golongan UG.
Tetapi tidak Tok Guru. Beliau ialah ikon Islam for All dan Pas for All dalam parti Pas. Begitulah sinonimnya Tok Guru dengan Pas di mata para penyokong dan pendokong Pas terutama mereka yang bukan-Islam. Tok Gurulah attraction mereka kepada Pas.
Berat hati mengatakan bahawa ketiadaan Tok Guru sebagai Mursyidul Am Pas serta mereka yang menolak UG dalam kepimpinan tertinggi Pas, Pas akan menerima kesan negatif dari segi sokongan bukan-Islam. Penguasaan golongan UG dalam Pas akan merugikan Pas kerana kemungkinan Pas akan berpeluk dan berkahwin dengan UMNO itu, tetap ada. Itu tidak mustahil lagi… Malang sekali, itu ‘political suicide’ namanya.
Jadi, apakah akar umbi Pas serta para penyokongnya akan membiarkan ini berlaku pada parti yang kita sayangi. Merenyeh-renyeh atau berkahwin dengan UMNO adalah petanda kehancuran Pas!! Nauzubillah…. bala jangan dicari!!
Apa-apa pun… syukur alhamdulillah apabila Tok Guru Nik Aziz berkata yang beliau sudi menjadi Musyidul Am Pas sekiranya beliau dilantik semula. Ini merupakan affirmative answer yang boleh buat kita gembira. Inilah pengorbanan seorang pemimpin kepada parti yang dicintainya.

So… kita tunggulah sehingga esok dan tengok sama ada proses pembersihan yang disebut-sebut itu akan melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Hopefully….. tidakler!!