Blogger PAKATAN RAKYAT Sila ambil PERHATIAN!

Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..

Oleh Wan (Putrajaya)

MT Admin,

Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.

Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .

Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO – CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.

Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.

Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.

Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .

Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.

Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Seterusnya di sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/01/amaran-buat-blogger-pakatan-rakyat.html

Sumber Laman M@rhaen

Dah Teruk Negara Kita Ni Weh!

Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jetset’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia ni bukan lah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudhana kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang ter jadi setelah berlaku tsunami  di Asia dan gempabumi di Haiti baru-baru ini.

Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, ini lah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.

Kuasa membeli  kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar  pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.

Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan di waktu kecemasan?

Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!

Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, ini lah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.

Melihat dari apa yang berlaku dalam negara dan pembacaan penulisan bebas luar negara, kita diserang kebimbangan yang amat. Apa tidaknya, peramal ekonomi telah mengatakan dunia akan menghadapi ‘double dip recession’. Berita-berita kurang enak tentang bank di Amerika yang bakal kaput jumlahnya menghampiri 200 buah. Citibank kerugian $7.8 billion pada suku keempat tahun lalu. Pengangguran bertambah setiap ketika. Apakah krisis kewangan baru akan melanda?

Berita-berita ekonomi yang menakutkan itu walaupun berlaku di Amerika, ia sebenarnya ibarat getaran ombak yang tentunya akan sampai juga ke negara kita kemudiannya. Kita sebenarnya belum pun pulih dari kemelesetan yang disebabkan oleh ‘subprime mortgage’ tahun lalu. Bagaimana agaknya kesan kemelesetan kali ini?

Beberapa hari lalu telah didedahkan bagaimana Simpanan wang Luar telah menyusut dengan teruk sehingga mencapai 50% Keluaran Dalam Negara Kasar. Pengaliran keluar modal itu yang bernilai RM355 billion adalah dua kali ganda apa yang dialami Russia dan yang paling teruk berbanding negara membangun lain. Yang menakutkan ialah tatkala negara lain menunjukkan pemulihan, modal dalam negara kita terus menerus keluar.

Di sebalik keghairahan laungan dan kokokan 1Malaysia, kalau boleh kita pohon rakyat menyoal pemimpin ini apakah kedudukan sebenar ekonomi negara? Jangan sekadar bertepuk tangan sahaja! Keluarlah dari kepompong menjadi kaldai tunggangan mereka. Bukalah minda tidak kira apa usia anda- tua atau muda. Bebaskan lah belenggu yang mengikat kebebasan pemikiran anda. Soalnya , sampai bila…..???

Sekarang, saya mahu berkongsi maklumat dengan anda tentang beberapa perubahan dasar kerajaan dalam Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Saya juga akan sambil lalu mencuit sana-sini supaya deria rasa kita kembali tajam dan pintar membuat tafsiran. Berat sebenornya nak buat kerja ni….

Desas-desus sudah pun kedengaran tentang pemotongan elaun yang akan menimpa sektor pendidikan. Ada elaun yang dikurangkan dan ada pula yang dibatalkan terus. Tentu sahaja para guru sudah mula mencongak untung nasib mereka untuk beberapa bulan mendatang. Manakala wang bantuan anak miskin KWAM, Amalan Makanan dan Pemakanan sudah pun berkurangan dan ada yang dibatalkan. Peruntukan pembangunan sukan sudah jatuh ke tahap asas sahaja, seperti bola getah dan gelang lenggang. Baucer tuisyen sudah mula dihapuskan.

Ada guru yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji takuk lama selama dua tahun kebelakangan ini.

Sektor kesihatan pula terjejas dengan bekalan ubat-ubat tertentu (yang mahal) sudah tiada. Selain kesan buruk terhadap pesakit yang kurang mampu, kepuasan bekerja di kalangan para doktor pakar juga akan terjejas. Ingat, betapa para doktor dilatih menjiwai kemanusiaan dan ehsan. Jika masalah pesakitnya terkantul di atas kertas rawatan dan slip ubatan, mereka akan tertekan dan tentunya memilih jalan keluar menyertai sekstor swasta.

Seorang rakan telah menelefon dari Kementerian Kesihatan menceritakan bagaimana sebuah hospital kerajaan di Kulim telah menanggung hutang utiliti mencecah RM1 juta dan ambulan yang mahu mengambil minyak petrol di stesen minyak telah tidak dilayan kerana hutang yang tidak dijelaskan! Kenapa agaknya?

Seorang sahabat anggota TLDM pula menceritakan bagaimana mereka telah diberi cuti tambahan kerana kapal tidak belayar sedangkan jadualnya mesti berada di laut lepas menjaga perairan negara. Terkejut saya apabila diberitahu yang mereka sekadar menghangatkan enjin kapal di jeti kerana kekurangan bahan api untuk belayar! Ayooo…… inikah penangan 1Malaysia?

Perhatikan tugu-tugu 1Malaysia yang bertaburan dalam negara. Perhatikan iklan yang bertayangan di mana-mana. Perhatikan juga peruntukan Bajet 2010 yang berjumlah RM100 juta untuk Rosmah Mansor dengan anak patungnya yang bernama PERMATA. Kenapa perlu diteruskan Monsoon Cup apabila kantung negara menyusut? Kenapa perlu diwujudkan sistem cukai GST kerana tiada wang sedangkan boros untuk Formula One? Kenapa mahu menjual pesawat MIG 29 atas alasan mahal kos selenggara, kemudiannya mahu merancang pembelian pesawat baru pula yang tentunya mahal? Apakah ia lebih menjimatkan?

Yang terpenting sekali, kenapa tidak mengelak, menghenti serta menghapuskan kebocoran dan ketirisan aliran perbelanjaan negara kerana melaluinya kita mampu berjimat berbilion Ringgit?! Perhatikan kes penyelewengan PKFZ yang menghanguskan puluhan billion RM. Juga program PLKN yang jelas menguntungkan kroni sahaja.

Kita sebenarnya mewarisi sistem pemerintahan TKT Dr Mahathir yang teruk dan korup. Apa jua yang membusuk sekarang adalah berpunca dari bisul yang dijana dan dibiar merebak semasa zaman TKT. Tidak kisahlah samada secara langsung atau tidak, hakikatnya sebagai Kepala pemerintah segala kesilapan akan terhempap atas batu kepalanya. Itu sebab kita kata, jawatan adalah amanah bukannya cara mudah mengumpul kekayaan.

Akan tetapi Mantan PM ini dilihat lebih senang menuding jari terhadap sesuatu isu dengan sikap mudah lupanya akan kesilapan sendiri. Tun mahu dilihat maksum dan berjasa kepada negara. Dia juga mahu menjadi Negarawan yang tersohor dalam catatan sejarah negara. Hakikatnya, TKT Mahathir lah sebenarnya punca kepada semua masalah yang mewarnai negara sekarang. Bapa Korupsi.

Dakwaan yang dibuat seorang penulis sehinggakan bukunya ditahan mungkin boleh dipertikai dari segi angka wang yang diseleweng. 100 billion zaman Che Det, 270 billion zaman Tun Abdullah. Berapa pula di zaman Najib Tun Razak? Semua rakyat berhak membuat andaian masing-masing. Walau apa jua dalih dan kelentongan Mahathir, secara tidak langsung dia mengakui akan berlakunya penyelewengan di zaman pemerintahannya itu.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah kedudukan kewangan negara amat meruncing. Kita sedang jatuh bebas ke jurang kemelesetan yang amat dahsyat. Ulasan oleh pakar serta apa yang kita nampak berlaku setiap hari dilihat senada dan mengiyakan tanggapan negara kita menuju ke arah yang tidak sihat dari segi ekonomi. Kenaikan harga barangan, tariff, tol akan menyagat kita.

Hasil dari segala kemungkaran ekonomi dari zaman TKT Mahathir sehingga sekarang menjadikan negara kita kekurangan kecairan. Ini diterangkan oleh langkah penjualan  pelbagai Saham-saham baru PNB, penjualan bon-bon kerajaan, pinjaman luar negara dengan jaminan kerajaan untuk mengumpul dana serta kesan yang kita terangkan di atas tadi.

Lalu, apa lagi yang kita tunggu? PRU 13 adalah medan yang amat penting untuk rakyat membuat keputusan bijak.

- Dr. Nologareng

Sumber Laman M@rhaen

Rakyat Malaysia mudah lupa akan perbuatan UMNO…

Tun Dr. Mahathir pernah berkata ‘Melayu mudah lupa!’ Sebenarnya bukan sahaja Melayu mudah lupa tetapi kebanyakan rakyat Malaysia dari semua kaum pun mudah lupa juga.

Daya ingatan yang singkat inilah yang membawa kemenangan kepada Barisan Nasional sehingga kini. Mujurlah pada tahun 2008, daya ingatan rakyat telah diberi satu jolokan oleh skandal pita Lingam itu. Jika tidak, saya yakin parti-parti pembangkang tidak boleh memenangi 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan 10 buah kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ada orang yang meramalkan bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada hujung tahun 2010 ini. Namun demikian walaupun pilihanraya umum diadakan hujung tahun ini ataupun dalam tahun 2013, daya ingatan rakyat mesti sentiasa diperkukuhkan dengan satu senarai ‘Masterlist’ yang menyenaraikan skandal-skandal BN yang melibatkan penyalahgunaan wang/kuasa.

Senarai ini mestilah dipaparkan, dipamirkan dan diedarkan pada setiap forum, ceramah, roadshow dan konferens Pakatan Rakyat terutamanya dalam ceramah kepada orangramai.

Senarai skandal BN (dibuat secara rawak oleh penulis ini):-

1) Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan penyelewengan wang sebanyak RM12.5 billion
2) Kes pembelian Eurocopter
3) Kes pembelian kapalselam Scorpene
4) Kes kehilangan 2 enjin jet dalam tahun 2007
5) BALKIS
6) Istana Khir Toyo
7) Pita Lingam
8) Kematian A Kugan semasa berada dalam tahanan – tahun 2009
9) Kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam selepas disoal-siasat – tahun 2009
10) Kes pembelian dakwat untuk pengundian dalam Pilihanraya Umum – tahun 2008
11) Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu – Oktober 2006
12) Kes Private Investigator Bala – Julai 2008
13) METRAMAC
14) BMF
15) APs
16) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam lokap
17) Rampasan kuasa di Perak – Februari 2009
18) Kes perempuan bogel yang dipaksa mencangkung sambil menarik telinga
dalam tahanan – November 2005
19) Kekecohan semasa Bersih Rally – November 2007
20) Kekecohan semasa Hindraf Rally – November 2007
21) Protes kenaikan harga minyak, orangramai dipukul dan dicederakan – Mei 2005
22) Protes mengenai KESAS

Dapat dilihat diatas bahawa daya ingatan penulis adalah agak baik. Senarai sebeginilah yang patut diedarkan kepada rakyat untuk disimpan sebagai rekod dan sebelum hari mengundi, rakyat perlu digesa untuk mengkaji semula senarai ini sekali lagi.

Jika Pakatan Rakyat membuat satu senarai seperti diatas, saya yakin rakyat Malaysia akan diberi peringatan yang sewajarnya.

Saya percaya orang cerdik-pandai dalam Pakatan Rakyat boleh membuat senarai yang lebih canggih lagi. Oleh itu, sila mula buat senarai ‘Masterlist’ sekarang juga, takut lewat nanti, akan lupa pula.

oleh Selena Tay – KedahLanie

Untuk Insan Bernama Perempuan – Kewajipan menutup aurat


sebar2kanlah artikal ini untuk makluman semua
Disediakan oleh: Siti Sumayyah Sha’arani

“ Katakanlah, hai Nabi, kepada isteri-isterimu, anak-anak gadismu dan isteri-isteri orang-orang beriman, “Hendaklah mereka menutupkan baju kurungnya ke badan mereka (waktu keluar rumah)”. Yang demikian lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Ahzab : 59)

Allah telah memerintahkan kepada Nabi s.a.w agar menyuruh umatnya menutup aurat. . Sebagaimana firman Allah, para lelaki dan wanita beriman hendaklah membatasi pandangan mereka kepada lawan sejenisnya. Mereka juga hendaklah menahan pandangan yang menimbulkan syahwat. Dan caranya adalah dengan menutup aurat.

Islam menyuruh umatnya melakukan sesuatu perkara bukan tanpa sebab yang jelas. Semuanya mempunyai penjelasan. Seperti ayat Al-Quran di atas, Allah memerintahkan agar Rasulullah menyuruh isteri-isterinya dan anak-anak gadisnya untuk berpakaian sopan dan rapi agar mereka tidak diganggu orang. Ini kerana, yang biasa dan selalu diganggu di jalanan ialah wanita-wanita dan para gadis yang berpakaian minima, tidak sopan dan meransang ghairah orang yang memandangnya. Menutup aurat boleh mengelakkan mereka dari diganggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan aurat? Aurat wanita ialah menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya kepada lelaki ajnabi (bukan muhrim). Ini bermaksud, seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangannya wajib ditutup. Tiada pengecualian dalam hal ini. Setiap wanita beriman hendaklah patuh kepada perintah Allah ini untuk menjaga kemuliaan wanita.

Di antara batasan-batasan aurat yang perlu dijaga oleh wanita seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anak-anaknya, anak-anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya yang laki-laki, anak-anak saudaranya yang perempuan, wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan pria yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum melihat aurat wanita. Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(Surah An-Nur : 31)

Seperti maksud firman di atas, Allah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga auratnya termasuklah; pertama: kaki: “Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan”. Maksudnya di sini, para wanita dilarang memakai perhiasan di kaki yang mempunyai bunyi-bunyian seperti loceng, yang mana bila dihentakan kainya, berbunyi loceng tersebut. Kadangkala bunyi loceng di kaki boleh mendebarkan lelaki. Selain itu, kaki juga hendalah ditutup dengan stoking.

Yang kedua, sebagaimana firman Allah: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya”, para wanita hendaklah menutup kepala dan dada mereka dengan sempurna kerana disitu terletak fitnah yang sangat besar. Ini bermakna, seluruh kepala hendaklah ditutup dan dilabuhkan hingga ke dada sepenuhnya. Nabi s.a.w juga ada bersabda : Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan rambut wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya dengan *tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan”. (Sahih Bukhari). Untuk menutup bahagian ini pula hendaklah dengan sempurna, dan bukan bahagian yang nipis.

Seterusnya, mata. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya…” .Wanita-wanita juga hendaklah menjaga pandangan mata mereka dari memandang aurat lelaki dan juga benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka hendaklah sentiasa menundukkan pandangan mereka.

Terakhir, di dalam ayat ini Allah telah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga kehormatan mereka. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya”. Kehormatan di sini bermaksud mereka hendaklah mempunyai perasaan malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. Mereka haruslah merasa malu untuk mendedahkan aurat mereka, seterusnya menjaga perlakuan dan mengelakkan fitnah dari mata-mata yang memandang.

Selain itu, di antara batasan-batasan aurat lain yang perlu dijaga oleh wanita termasuklah suara. Firman Allah: “ Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidaklah seperti wanita lain. Jika kamu bertaqwa, maka janganlah perkataanmu merayu sehinggamenimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (untuk berbuat jahat). Ucapkanlah perkatan yang baik (makruf)”. (Surah Al-Ahzab:32). Suara mereka tidak boleh terlalu lunak dan mencairkan hati-hati yang berniat jahat. Sebaiknya bercakap dengan suara yang perlahan, tetapi jelas dan tenang seterusnya menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Islam juga telah menggariskan dengan jelas garis berpakaian yang sesuai dan mengikut syarak. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki. (Sahih Bukhari). Seorang wanita hendaklah berpakaian seperti seorang wanita selayaknya dan tidak mengikut pakaian kaum yang lain. Begitulah, setiap suruhan oleh agama Islam mendatangkan kebaikan untuk umatnya. Dengan menjaga aurat, kita dapat menjaga kehormatan diri dan memelihara daripada fitnah. Dengan memutup aurat, kita dapat mengelak siksaan api neraka yang maha dahsyat.

*tusukan di dalam hadith berkenaan bermaksud tattoo.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my

 

  – KedahLaNie

PAS tidak perlu ‘rasuah politik’

KUALA LUMPUR, 19 Jan: PAS tidak perlu rasuah termasuk politik untuk membiayai aktivitinya selagi semangat pengorbanan para pemimpin dan ahli masih menjadi aset parti, kata Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Haji Mohamad Sabu.

Mengulas pendedahan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low bahawa rasuah politik adalah ibu segala rasuah di negara ini, beliau berkata, segala usaha perlu dilakukan untuk mempertahan dan melindungi PAS dari rasuah politik seperti itu.

Dalam kenyataannya semalam, Low berkata, ketiadaan ketelusan dan akauntabiliti mengenai sumber pembiayaan politik mengakibatkan penyalahgunaan sistem politik yang melemahkan proses demokrasi pilihan raya.

Ketika menolak rasuah politik sedemikian, Mohamad menekankan bahawa PAS selama ini hidup dengan semangat pengorbanan para pemimpin dan ahli-ahlinya.

“Kita menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada tahun 1990 dengan semangat perjuangan dan pengorbanan para pemimpin dan ahli-ahli PAS dan Semangat 46. PAS tidak menerima apa jua pembiayaan politik dari mana-mana tauke atau peniaga berkepentingan.

“Begitu juga ketika PAS bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mengulangi sejarah menjatuhkan pemerintahan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

“Saya sendiri bertanding di kawasan Nilam Puri di Kelantan pada tahun 1990 berbekalkan wang RM70 sahaja dan Allah membantu kemenangan kita kerana semangat pengorbanan ahli-ahli dan penyokong kita,” katanya.

Malah, kata Mohamad, PAS membina kompleks Markas Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar dan markas-markasnya yang lain di seluruh negara dengan hasil pengorbanan dan titik peluh ahli-ahli dan penyokongnya sendiri.

“Sejarah tersebut membuktikan bahawa kita boleh hidup dan bergerak dengan hasil pengorbanan dan titik peluh kita sendiri.

“Kita bina markas-markas PAS. Kita tidak bina tugu rasuah,” katanya sambil merujuk tuduhan penulis buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” bahawa ibu pejabat Umno – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – dibiayai sebahagiannya oleh para pembayar cukai.

Mohamad menegaskan, lebih baik menadah kopiah memohon derma dari ahli-ahli dan penyokong PAS dari mengemis rasuah serta menjatuhkan maruah parti kepada tauke-tauke dan peniaga-peniaga berkepentingan sehingga akhirnya menyebabkan peluang dan keuntungan beredar kepada orang yang sama.”Saya penuh yakin ahli-ahli dan para penyokong PAS memandang jijik dan memerangi mana-mana pemimpin politik yang tiba-tiba hidup kaya raya dengan sumber-sumber yang meragukan.

“Saya juga yakin PAS boleh mempertahankan kemenangannya serta menambahkan kerusi dalam pilihan raya akan datang tanpa menjual maruah kepada mana-mana tauke dan peniaga berkepentingan,” katanya.

Ketika mengulas cadangan menggubal Akta Parti Politik bagi membendung gejala rasuah di kalangan ahli politik di negara ini, Low berkata, rasuah sedemikian seringkali menjadi punca penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaan.

Mohamad bagaimanapun tidak percaya akta sedemikian akan digunakan terhadap Umno dan BN selagi parti tersebut masih berkuasa.

“Boleh jadi digunakan terhadap orang-orang Umno dan BN, tetapi hanya ke atas mereka yang tidak disenangi dan hendak dibuang oleh pemimpin yang menguasai parti tersebut dan kerajaan yang dikuasainya,” kata beliau.

Abdul Aziz Mustafa   – Harakahdaily

Bersedialah Melihat Anak2 Gadis Kita Jadi Pelacur Selagi UMNO Terus Memerintah (Nauzubillah)

Ramai yang agak marah bila saya kata begitu dalam artikel saya sebelum ini. Tapi, ini bukan saya kata kosong-kosong. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan kita dari negara jiran yang kita panggil Indonesia. Ertinya, ia bukan sekadar teori sahaja tetapi perkara yang berlaku dengan benar dan di depan mata.

Dahulu, Indonesia adalah sebahagian dari negara OPEC, yakni negara pengekspot minyak terbesar di Asia Tenggara. Sewaktu zaman Suharto memerintah, Indonesia dibanjiri dengan duit minyak yang amat banyak sekali.

Oleh kerana Suharto adalah diktator, maka hampir keseluruhan duit minyak Indonesia telah dirompak oleh beliau dan juga kroni-kroni beliau. Juga, tidak dilupakan yang merompak itu adalah anak-anak dan cucu-cucu Suharto.

Pada waktu yang sama, Suharto telah menurunkan harga beberapa komoditi dan makanan (i.e. beras) untuk menghalang majoriti rakyat Indonesia dari memberontak menentang pemerintahan beliau. Sewaktu Suharto, rakyat Indonesia majoriti tetap miskin tapi tidak merempat kerana ada wang minyak yang membantu sedikit sebanyak. Pada waktu yang sama, majoriti wang minyak masih dirompak Suharto.

TIBA TIBA WANG MINYAK HABIS

3 tahun sebelum kejatuhan Suharto, PERTAMINA telah pun bankrap. Wang minyak telah habis dirompak Suharto sekeluarga serta kroni. Apabila jatuh sahaja Suharto, tiba-tiba Indonesia menjadi papa kedana. Segala wang Indonesia telah hilang dan dibawa lari oleh perompak-perompak yang disokong Suharto.

Dengan sekelip mata, segala harga barang menjadi terlampau mahal. Tiada lagi wang yang ada untuk memastikan harga barang kekal murah macam zaman Suharto.

KESILAPAN REFORMASI

Kesilapan besar mereka adalah selepas kejatuhan Suharto, kekayaan Suharto dan sekeluarga tidak diambil balik. Sepatutnya jatuh sahaja Suharto, kesemua ahli keluarganya harus di penjara dan tidak dilepaskan selagi kekayaan mereka tidak dipulangkan sepenuhnya.

Apabila harga barang naik dan ekonomi Indonesia hancur, maka ramailah rakyat Indonesia yang kelaparan. Dalam keadaan sebegitu, maka hampir 1.5 juta gadis di Indonesia diketahui menjadi pelacur sepenuh masa di Indonesia sekarang ini. Dan jumlah ini semakin bertambah bukan berkurang.

Mereka terpaksa melacur demi menanggung keperluan hidup serta mencari sesuap nasi. Kalau mereka tak melacur, nescaya mereka akan mati kelaparan. Tak heranlah Dr Masyitah dulu dah siap-siap bagi fatwa melacur kerana kesempitan hidup tak salah.

Itu sebenarnya amaran secara tersembunyi dari Dr Masyitah akan masa depan anak-anak gadis Malaysia dalam masa terdekat hasil dari wang minyak kita habis dirompak UMNO dan BN. Kita nanti terpaksa berbuat demikian juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO bermula dengan Daim Zainuddin.

GADIS2 INDONESIA JADI PELACUR KESAN WANG MINYAK HABIS DIROMPAK

Di Malaysia, kita masih ada lagi minyak. Namun, saya diberitahu oleh sumber yang berotoriti bahawa hasil minyak Malaysia makin habis. Di waktu yang sama, sepanjang wujudnya Petronas, telah hampir RM460 billion telah diberikan kepada kerajaan Malaysia oleh Petronas

Itu jumlah yang kita ketahui hasil dari Dr. Mahathir menyerang Pak Lah baru-baru ini. Kalau Dr M tidak mengamuk pada Pak Lah, kita pun tak tahu berapa kerajaan dapat dari Petronas.

Kita semua tahu kerajaan Norway menggunakan keuntungan dari hasil Petroleum mereka untuk disimpan ke dalam sebuah tabung bagi menjamin masa depan dan hari tua rakyat Norway.

Soalnya sekarang kemanakah wang minyak Malaysia telah dibelanjakan.

BEBERAPA SOALAN YANG MENJADI PERTANYAAN

Saya bawa kembali dari artikel saya sebelum ini. Cumanya, saya nak tambah sedikit, semalam saya check EPF saya dan saya tak nampak ada apa-apa caruman dari Petronas ke dalam akaun saya.

Saya juga membawa satu komen dari pembaca saya yang menjelaskan keadaan sebenar berkenaan dengan wang minyak kita :

Anonymous said…
I am 40 years old now. I have NEVER EVER seen a single sen of Petronas’s money for 40 years.
I believe as long as BN is still in power, I will NEVER EVER see a single sen of Petronas’s money for the next 40 years.
January 18, 2010 10:40 AM

 

Kena bayar ke Petronas lagi ada bila isi minyak. Petronas nak bagi tandas dia bersih pun tak boleh.

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik.

Harga kereta pun mahal. 1/8 gaji tiap2 bulan terpaksa pergi ke kereta kita.

Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kenapa Petronas tak boleh bagi “Geran Rumah” kepada semua rakyat Malaysia yang baru berkahwin bagi memudahkan pembelian rumah? Negara takda minyak seperti Australia boleh beri? Dalam RM 50k bagi satu famili pun apa salahnya.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?

Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

HUJAH JUAK UMNO DALAM ISU INI DIJAWAB

Ada seorang juak UMNO telah cuba untuk menjawab artikel saya dengan menyenaraikan beberapa program kerajaan Malaysia yang kononnya wang minyak dibelanjakan. Ikutilah jawapan dari Sebatang Kara terhadap percubaan juak UMNO bernama Grand Marquis :

“ Sebatang kara said…
GM yang kata:
Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.

Buat KLIA – Berapa kerat yang dapat manfaatnya kalo bukan kroni and the gang. Airport LIMO sapa yang punya. Lagi MAB bagi insentif kat AIRASIA (kalo rakyat marhaen guna istilah subsidi). Projek inipun projek mega untuk kroni and the gang.

Putrajaya – projek mewah untuk pemimpin rakus dan rakyat kelas elit.

LRT, Monorel – Bagi projek kat kroni, lepas tuh, kerajaan abis beberapa Billion lagi untuk bail out.

Lebuhraya – Hawaq, kalau naik tak kena bayaq kerr. Lagi nak naik tol ada laaa.

KLCC – Satu lagi projek kelas elit dan bukan untuk rakyat marhaen. Ingat dulu dalam parlimen ada dibahaskan pasal layanan pengurusan Suria KLCC terhadap peniaga bumiputra. Sewa dinaikkan sesuka hati setiap tahun dan perlu mengikut standard yang ditetapkan (standard oghang putih) sehingga Restoran seorang Cina Muslim ‘Kelantan Delights’ terpaksa ditutup akibat tak tahan dengan tekanan pihak pengurusan pihak Suria KLCC.

Sepang – Baru-baru ini FIA melaporkan bayaran penganjuran oleh Sepang adalah tertinggi untuk menganjurkan Formula 1.

Satu lagi Petronas saya tak puas ati nih. Saya tak pernah tengok satu pun program CSR yang dianjurkan oleh Petronas. Mereka lebih suka menaja program ratusan juta ringgit luar negara berbanding program CSR untuk rakyat marhaen.
January 18, 2010 12:44 PM

Ertinya wang minyak MALAYSIA kekal hilang dan hilang selama-lamanya. Kita sendiri takkan menyesal sampailah nanti anak2 gadis kita terpaksa melacur diri untuk menyara hidup. Nauzubillah min zalik.

SELAGI UMNO TERUS MEMERINTAH, BERSEDIALAH ANAK2 GADIS KITA JADI PELACUR

Itulah dia hakikatnya. Selagi UMNO terus memerintah, selagi itu duit minyak kita terus dirompak oleh puak-puak UMNO ni.

Bodohnya NGO2 Melayu dan Islam berjuang isu Kalimah Allah padahal isu wang minyak ini lebih besar dan bermakna bagi Islam dan bagi menjamin anak2 gadis kita tidak perlu melacurkan diri di masa hadapan untuk mencari sesuap nasik.

Tulang Besi

Posted by Tulang Besi
Sumber Perisik Rakyat\
Selagi Rakyat terutama melayu masih berfikiran hanya umNO/bn saja boleh memerintah maka selagi itu lah negara akan menjadi papa kedana.

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan. Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat.  Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.
 

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat  .

19.01.2010

Sumber Laman M@rhaen