September 30, 2009
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melawat dan melihat sendiri pembangunan di bawah pentadbirannya di Kelantan.
Beliau berkata, tidak perlu bekas Perdana Menteri itu datang ke pejabatnya (secara rasmi) untuk meninjau sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang mentadbir negeri ini yang dianggap mundur dan tidak membangun itu.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Dari Tuan Guru Mursidil AM |
Permalink
Posted by paslabuan
September 30, 2009
Selepas membedil Isa Samad, Mahathir menghalakan pula meriam buluhnya ke arah Sammy Vellu. Terkulat kulat Sammy Vellu menangkis serangan Mahathir tu.
Dalam masa yang sama, budak budak Bagan Pinang pula menembak Mahathir secara curi curi menggunakan mercun roket yang bunyi jer kuat tapi ciput jer bingitnya.
Pada aku, lantak koranglah. Itu masalah parti korang. Takde kena mengena dengan aku walaupun aku bersyukur sangat kalau korang sembelih sesama sendiri.
Yang aku marah tu, tak pasal pasal Mahathir yang umur dah tinggal tak berapa hari lagi tu menembak “bunga api kucing” ke arah TG Hj Nik Aziz sebagai membalas serangan mercun bola dan mercun ketupat yang TG Hj Nik Aziz baling ke muka seekor katak yang bernama Ibrahim Ali.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Fikir-fikir |
Permalink
Posted by paslabuan
September 29, 2009
TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.
Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.
Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Berita Terkini |
Permalink
Posted by paslabuan
September 28, 2009
Dakwaan ini dibuat galak kali sehingga Ketua Pemuda PAS Pusat yang duduk di Pahang pun guna hujjah yang serupa. Itulah dia hujjah yang kerap diulang dan diulang kononnya kasihan kepada pegawai2 kerajaan ini.
Dibawah diberikan beberapa rakaman di Youtube. Terserahlah kepada tuan-tuan untuk membuat keputusan. Bagi saya, tidak ada bukti pun menunjukkan pegawai-pegawai kerajaan dilayan seperti budak-budak.
Sedarlah, bahawa atas tindakan para pegawai2 kerajaan Selangor ini yang mengeluarkan peruntukan setahun (Januari ke Disember 2008) pada bulan March 2008, telah menyebabkan PAS tewas di majority kerusi di Selangor.
DAP tidak kalah walau satu kerusi dan PKR hanya kalah dibeberapa kerusi sahaja. Yang menjadi mangsa paling teruk adalah PAS. Dan, apa yang Teng Chang Kim lakukan ini adalah untuk membantu PAS supaya pegawai2 ini tidak lagi menghambakan diri pada UMNO.
Sikap Hasan Ali membela pegawai2 ini tanpa membawa apa2 bukti yang menunjukkan mereka dilayan seperti budak-budak adalah satu bentuk penghinaan kepada PAS dan seluruh jentera PAS. Juga, ianya berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.
Selain dari itu, boleh juga melihat kenyataan Dato Hasan Ali di sini :
Dan boleh juga melihat kenyataan Teng Chang Kim bagi menjawab beberapa persoalan dan isu yang ditimbulkan ke atas SELCAT:
Tulang Besi
Sumber Perisik Rakyat
Leave a Comment » |
Atikel pilihan |
Permalink
Posted by paslabuan
September 27, 2009
TELOK KEMANG, 28 Sept: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Informasi Semasa |
Permalink
Posted by paslabuan
September 25, 2009
Mahfuz: Pesuruhjaya PAS tidak faham pemisahan kuasa eksekutif, legislatif
Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan ‘kritikan’ pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Informasi Semasa |
Permalink
Posted by paslabuan
September 25, 2009
Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.
Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Fikir-fikir |
Permalink
Posted by paslabuan
September 18, 2009
KUALA LUMPUR, 17 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang menyeru seluruh umat Islam merujuk kepada panduan Al-quran dan Sunnah dalam menyelesaikan segala masalah dan perselisihan faham khususnya dalam bidang politik yang menentukan dasar dan hala tuju negara.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Dari Tuan Guru Presiden |
Permalink
Posted by paslabuan
September 18, 2009
KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk “What the Cabinet hid from the Malaysian public” adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Fikir-fikir |
Permalink
Posted by paslabuan
September 10, 2009
Pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.
Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Atikel pilihan |
Permalink
Posted by paslabuan
September 10, 2009
KOTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Dari Tuan Guru Mursidil AM |
Permalink
Posted by paslabuan
September 10, 2009
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Informasi Semasa |
Permalink
Posted by paslabuan
September 8, 2009
KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Fikir-fikir |
Permalink
Posted by paslabuan
September 4, 2009
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Selepas dipertikai penduduk Seksyen 23 Shah Alam sendiri, perhimpunan mengarak kepala lembu ‘berdarah’ yang didalangi oleh beberapa pemimpin Umno negeri itu menerima kecaman antarabangsa pula iaitu Yayasan Penganut Hindu Amerika (HAF).
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Informasi Semasa |
Permalink
Posted by paslabuan