Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

April 27, 2009

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Read the rest of this entry »


SPRM jadi ‘Kelab Penyokong Umno’?

April 27, 2009

SETIU, 27 April (Hrkh) - PAS menyifatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi ‘Kelab Penyokong Umno’ kerana melakukan diskriminasi terpilih terhadap pendakwaan kes rasuah dan politik wang.

Read the rest of this entry »


Musuh guna media arus perdana lagakan pemimpin PAS

April 27, 2009

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menafikan berlakunya perpecahan dalam parti sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana.

Read the rest of this entry »


Keputusan kabinet Najib takutkan rakyat memeluk Islam

April 27, 2009

KUALA LUMPUR, 27 Apr (Hrkh) – Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Read the rest of this entry »


Demi politik, Najib gadai Islam

April 27, 2009

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi ’survival’ politik, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Read the rest of this entry »


Skandal lagi..nasib lu ler !

April 27, 2009

Seorang menteri dan juga penasihat ekonomi kepada Presiden Taipei,Ma Ying-jeou meletak jawatan selepas mengaku ponteng kerja untuk keluar dengan kekasihnya ketika waktu pejabat. Peletakan menteri tanpa portfolio, Chu Yun-peng, dibuat selepas Next Magazine menyiarkan berita berserta gambar menunjukkan pakar ekonomi itu keluar dengan teman wanitanya ketika waktu pejabat.

Rakaman televisyen sidang media lewat malam kelmarin menunjukkan Chu meminta maaf dan mengesahkan peletakan jawatan bertulisnya diluluskan oleh Ma Ying Jeou.Wak : Nasib lu kurang baik jadi menteri kat Taipei..kalau lu jadi menteri kat Malaysia, usahkan bawak awek, lu sontot awek lu sampai lencun pun, lu tetap selamattt….!


Siapa yang memula angkara ?

April 27, 2009

Krisis politik Perak yang berlanjutan sejak 5 Februari lalu adalah satu misi terancang yang didalangi dan dicetuskan oleh Umno dan Barisan Nasional menurut pengerusi biro undang-undang DAP Perak, Nga Hock Cheh.

Read the rest of this entry »


Ni Binatang Apa Pulak Ni..? – malaysiakini

April 27, 2009
Tengok iklan gila dekat bawah ni… dunia makin maju, kepala otak manusia makin mundur. yang pakai tudung dok promosi bomoh nombor ekor. bangang tak abis-abis… nak marah pun tak boleh sebab ada mufti pun, dok sibok berpolitik.

Fatwa ke apa ke cuma keluar untuk back-up parti pemerintah, untuk kembangkan lagi pemahaman orang ramai terhadap Islam letak belakang. yang penting “Selamatkan Melayu”… Islam dok dalam tong sampah tak kisah.

Jadi tak heran kalau makin hari makin banyak poduk macam ni keluar dekat Malaysia… apa nak heran? Mufti peduli ape? ala… ada ajaran sesat pun tak leh nak setel. berape tahun dah?

Kalau hal pembangkang, matahari belum naik tau-tau dah kedalam. kalau hal pembangkang, belum habis ceramah, berita dah keluar dekat TV… aik… cepat pulak?


Pengalaman dalam PAS mengajar arti perjuangan. (Siri 1 : Sebelum jadi ahli)

April 27, 2009

Berjuang dengan Parti Islam Se malaysia secara tidak rasmi dalam kamus hidup ini sebetulnya sejak dini lagi seawalnya semasa saya masuk Islam pada tahun 1985. Mengucap dua kaliamah syahadah pada bulan September, baru habis peristiwa Memali pada Ogos tahun yang sama,sebab itu saya katakan “darah Memali terpercik ketubuh ini”.

Saya bergerak ke hulu dan ke hilir bersama bapa angkat seorang aktivis PAS yang gigih sampai sekarang di Machang kelantan, Siapa tidak kenal dengan Ust. Abdul Rahman Salleh Machang, dialah orang yang paling awal meniupkan semangat perjuangan Islam melalui wadah PAS ini.

Read the rest of this entry »


Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS

April 27, 2009
Nik Abdul Nik Abdul Azizi
nikabduh.wordpress.com

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam – macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Read the rest of this entry »


Sure/Jom Heboh : Harus Sana Sini Halam – malaysiakini

April 25, 2009
Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat triple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. “Everything’s at his fingertips”. Tengok je kat Lumut, Perak… Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perisytiharan Lumut sebagai Bandar TLDM.

Baca lagi dekat [sini].

TPU – Aku dah cakap dah… Ini Negara Bolehland, korang tak percaya… apa lagi lepas ni ya?

Aku ingat PM je yang flip flop, rupanya Mufti pun flip flop jugak… Binawe punya Mufti..!


Koh Tsu Koon Lebih Mufti Dari Mufti – malaysiakini

April 25, 2009
Hari tu bila YB Ngeh Ko Ham ambil potongan ayat suci Al-Qur’an dan tafsirnya maka berkokok-kokoklah tukang-tukang kokok-kokok dan jugak tukang-tukang salak-salak dari UMNO. kononnya DAP mempermainkan ayat Al-Qur’an dan yang paling bestnya ada pulak tukang-tukang kokok-kokok dan jugak tukang-tukang salak-salak dari UMNO berkokok-kokok sini dan jugak menyalak-nyalak sumbang kununnya YB Ngeh dianggap Ustad dalam Pakatan Rakyat.
Baca seterusnya di http://perisik-rakyat.com/2009/04/koh-tsu-koon-lebih-mufti-dari-mufti.html

32 disyaki anggota sindiket ‘black money’ ditahan

April 25, 2009
KUALA LUMPUR: Seramai 29 rakyat Afrika termasuk dua wanita yang mengaku sebagai pelajar kolej dan univerisiti tempatan ditahan dalam serbuan di Kepong hari ini kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan ‘black money’ dan dadah.

Turut ditahan dalam sebuan di sebuah apartment pada pukul 3 petang itu ialah tiga wanita tempatan.

Read the rest of this entry »


PAS MESTI TERUS RELEVAN…

April 25, 2009

Dengan kepercayaan yang diberikan, PAS mesti cekap mengambil peluang dan terus berusaha untuk relevan dalam konteks negara pelbagai bangsa.

Teringat akan tulisan Tony Phua dalam blog beliau http://tonypua.blogspot.com/ atas tajuk Supporting PAS? Persepsi orang bukan Islam terhadap PAS berubah kalu kita boleh projek imej universal dalam kepimpinan kita. Wallahu ‘alam.

In PAS they trust
KUALA LUMPUR, April 25 — B. Balendran is just like any other devout Hindu who celebrates Deepavali and does not eat beef. But in his free time, he attends political rallies by PAS and helps to recruit new members for its Supporters’ Club.

Read the rest of this entry »


Tok Mufti! Jom Heboh Dah Mula Hari Ini… Macam Mana Ni?

April 25, 2009

Apa Khabar Tok Mufti, Sakit Mulut Ke?

Selama 2 hari bermula hari ini(Sabtu) hingga esok (Ahad), Konsert Jom Heboh tajaan TV3 akan diadakan di Lumut, Perak.

 

Bila bercakap tentang Jom Heboh, sukar untuk kita mengelak dari mengingati Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.

Walaupun konsert itu mengikut Mufti haram, namun Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan BN sebelum PRU ke-12 tidak mengindahkannya. Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh.

Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.

Ketika Kerajaan PR menguasai Perak, konsert Jom Heboh dihentikan selepas TV3 secara sukarela menarik diri. Mengikut Menteri Besar ketika itu, Muhammad Nizar Jamaludin, “Kita tidak ada beri arahan pun (untuk tarik diri dari mengadakan konsert) , dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsip-prinsip kita,” Yang sehingga kini belum bercakap mengenai konsert Jom Heboh di Lumut itu ialah Harussani. Dulu pada tahun 2004 dan 2007 beliau tegas dengan fatwa “Sure Heboh” dan ” Jom Heboh” haram, sekarang adakah fatwa itu masih terpakai? Atau Tok Mufti sakit mulut tak boleh bercakap ke?http://pendikargunung.blogspot.com

Dan esok – selepas BN memerintah semula Perak – konsert itu diadakan semula kerana mungkin TV3 tidak perlu lagi menghormati prinsip sebelumnya ketika PR berkuasa.

Janganlah pula kata kerana Zambery sudah menjadi rakan kamcengnya, yang dulu haram sudah menjadi halal pula, Tok Mufti?