Terkenang Semasa Dulu… – malaysiakini

Pengkhianat bangsa dan raja Melayu ramai dalam UMNO.

Siapa yang berani tabalkan tengku ibrahim petra sebagai sultan kelantan ketika sultan kelantan masih hidup kalau bukan anuar musa.

Siapa yang berani bawak lari Ku Yah ke Siam dan kawin lari, adik Sultan Selangor sekarang kalau bukan Mat Taib me no spik inglish. mi no pil pom..!

Siapa yang cakap “kami nak deris, natang!” kata-kata kesat yang ditujukan kepada Sultan Mizan dan sampai sekarang polis tak siasat siapa malaun UMNO yang berkumpul di kediaman Idris Jusoh.

Siapa yang berani hilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu kalau bukan Dr.Mahathir.

Siapa yang berani minta dedahkan semua harta Sultan dan Raja Melayu kalau bukan Shahidan Kassim.
Siapa pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Kalau bukan…

UMNO..!
- Tok Iskandar
Sumber Perisik Rakyat

26,224 dibuang kerja

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac lalu, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,674 orang adalah rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu saja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Shamsuddin berkata, beliau menjangka lebih banyak pekerja akan hilang pekerjaan beberapa minggu akan datang sekiranya keadaan ekonomi semasa tidak segera diperbaiki.

Katanya, bajet mini yang diumumkan baru-baru ini juga tidak banyak memberi kesan terhadap syarikat atau memberi rangsangan segera kepada mereka bagi mengekalkan pekerja masing-masing.

“Selain pengurangan sumbangan sebanyak 0.5 peratus kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), tiada apa yang diperoleh daripada bajet itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pengurangan kadar sumbangan kepada tabung berkenaan boleh menyumbang kira-kira RM300 juta setahun kepada sektor pembuatan, namun ia tidak mencukupi kerana syarikat terjejas teruk akibat kejatuhan ekonomi kebelakangan ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar syarikat yang mengekalkan pekerja masing-masing diberi subsidi secara langsung, seperti yang dilaksanakan di negara jiran.

Shamsuddin berkata, majikan sedang berusaha sedaya upaya untuk tidak memberhentikan pekerja dan mengekalkan perniagaan masing-masing.

Mengenai cadangan bajet mini untuk menaikkan levi bagi pekerja asing, beliau berkata langkah itu tidak akan menghalang majikan daripada terus mengambil warga asing sebagai pekerja kerana rakyat tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor tertentu.

Contohnya, kata beliau, dalam sektor pembuatan kaca, rakyat Malaysia tidak mahu bekerja sebagai pengendali acuan kerana ia memerlukan mereka bekerja dalam persekitaran yang amat panas dan lembab bagi tempoh yang panjang.

Melalui bajet mini itu, kerajaan bercadang meningkatkan sekali ganda kadar levi terhadap pekerja asing iaitu daripada RM1,600 kepada RM3,600 setahun.

Satu lagi cadangan ialah levi yang sebelum ini dibayar pekerja akan dibayar majikan.

Harian Metro, 30 Mac 2009

 

 

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB – Nizar

Sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama’iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

http://kamparinn.blogspot.com/

Sumber blog DRS. KHALIL IDHAM LIM