Kenyataan Akhbar Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak (Public Account Committee- PAC) telah mengadakan mesyuarat kami pada 27.02.2009 pukul 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Perak.

Negeri Perak kini sedang mengalami satu krisis politik yang serious, yang mana telah menyebabkan banyak isu menjadi tidak tentu. Secara spesifiknya, Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka sebagai Kerajaan Negeri Perak yang baru dengan YB Zambry sebagai Menteri Besar manakala pihak Pakatan Rakyat pula berpegang kepada pendirian bahawa mereka masih Kerajaan yang sah atas sebab-sebab tertentu khasnya berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

PAC tidak akan mempersoalkan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam perkara ini. Sebagai satu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Perintah 70 Perintah-Perintah Tetap DUN Perak, PAC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua wang yang diperuntukkan dan dibayar dalam suatu keadaan dan suasana berkrisis ini adalah berpatutan dan berlandaskan undang-undang dan prosidur.

Jawatankuasa kami telah berpendapat dua perkara penting harus ditangani.

(a) Pelantikan Penasihat-Penasihat kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri

Pertama, PAC akan mempersoalkan pelantikan 3 orang “penasihat“ iaitu En. Chang Ko Youn, En. Veerasingham, YB Najmuddin kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri YB Hamdi dari beberapa sudut.

Dalam konteks ini, PAC telah mengambil pengetahuan bahawa ketiga-tiga “penasihat” telah dilaporkan mempunyai status EXCO seperti yang diumumkan. PAC berpendapat bahawa ia adalah sesuatu yang amat luar biasa kerana ia sememangnya akan melibatkan wang Rakyat yang besar dan suatu penyoalan dan penyiasatan harus dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

(i) Apakah dasar undang-undang berkenaan dengan pelantikan tersebut;
(ii) Apakah rasional dan tujuan pelantikan?
(iii) Apakah emolument yang dibayar termasuk gaji, elaun, kemudahan dan lain-lain
(iv) Apakah manfaat dan samaada perlunya pelantikan tersebut.

Kedudukan dua orang bukan ADUN dilantik untuk menerajui jawatan “penasihat” dan kelayakan kedua-dua ADUN sebagai Ahli Pentadbiran Negeri amatlah diragui.
 

(b) Kedudukan YB Mohd Nizar sebagai MB dan EXCO Pakatan Rakyatnya dan YB Zambry sebagai MB dan EXCO Barisan Nasional

Negeri Perak sekarang menghadapi krisis politik dan dalam proses ini, adakah wang Rakyat akan dibazirkan oleh pentadbir-pentadbir politik dan/atau kakitangan Kerajaan.

Dalam keadaan sedemikian, PAC amat mengambil berat tentang barisan EXCO mana yang harus dibayar gaji dan elaun dan diberikan segala kemudahan-kemudahan yang diperuntukan dalam undang-undang.

PAC telah membuat keputusan untuk memanggil YB Nizar dan Barisan EXCOnya dan YB Zambry dan Barisan EXCOnya, YB Penasihat Undang-Undang negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, jika diperlukan, untuk memberikan keterangan dan penjelasannya.

Dalam masa krisis ini, PAC mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan suatu peranan dalam melindungi hak Rakyat.
 
 

YB Wong Kah Woh
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak.

http://wongkahwoh.blogspot.com/2009/02/jawatankuasa-kira-kira-wang-negeri.html

Catatan:
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak terdiri daripada tujuh orang ahli, 5 daripada PR dan 2 daripada BN.

Timbalan Pengerusi – Zambry Kadir (P.Pangkor) dan Ramly Zahari – AJK

Kenyataan Akhbar 
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak, 
YB Wong Kah Woh pada sidang akhbar yang berlangsung 
di Pejabat Dewan Speaker, 
Bangunan Kerajaan Negeri Perak pada pukul 1 petang 28.02.2009

Dari Drama Pembunuhan, Ugutan, Penculikan, Rasuah dan Episod Memalukan di Parlimen.

Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besat Tan Sri Khalid di pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana Sdr. Karpal Singh mengemukakan bantahan diatas tekanan dan ugutan oleh pimpinan pemuda umno selangor. Saya terkejut dengan gelagar sebahagian ahli parlimen umno-bn yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk Sdr. Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen – bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

Derhaka, Maksiat Di Bolehkan?

Assalamualaikum ….. Bila kita perhatikan sejak mutakhir ini,kita di kejutkan dengan isu derhaka di media-media..Betul derhaka,suatu perbuatan yang keji dan dilarang, tetapi bila dikaji sebenarnya memang boleh derhaka pada sesiapa sekalipun kecuali kepada ALLAH dan RasulNYA..

Tetapi sekiranya mereka berdegil dan mahu derhaka juga pada ALLAH dan RasulNYA, boleh juga, kalau nak tau bacalah sampai habis, jangan cepat-cepat menghukum, Lain kali setiap cerita @ berita mesti dikenalpasti dan di nilai kesemua ceritanya, ini tidak ucapan 1jam tapi yang dikeluarkan 10 saat, baruah betullah…… jom layan pas tu baru komen ye….

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi’ah. Ia meminta nasehat kepada Ibrahim agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya.Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku nasihat dan cara yang terbaik untuk menghentikannya!”

 

Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, “Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang ku berikan, Maka kau boleh melakukan maksiat.”Tentu saja dengan penuh rasa keinginan nak tahu . Jahdar kembali bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?”

SYARAT PERTAMA:

Jika engkau melaksanakan atau melakukan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan Rezeki Allah,” ucap Ibrahim.Mendengar ituJahdar mengernyitkan dahinya lalu berkata, “Lalu dari mana Aku Mahu makan? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?”

“Benar,” jawab Ibrahim dengan tegas. “Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezeki-Nya, sementara Kau terus-menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahnya?””Baiklah,” jawab Jahdar tampak menyerah. “

SYARAT KEDUA:

Kemudian apa syarat yang kedua?””Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya,” kata Ibrahim lebih tegas lagi.Syarat kedua membuat Jahdar lagi terkejut. “.Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?”

“Benar wahai hamba Allah. Karena itu, pikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kau terus berbuat maksiat?” tanya Ibrahim.”Kau benar Aba Ishak,” ucap Jahdar kemudian. “Lalu apa syarat ketiga?” tanya Jahdar.

SYARAT KETIGA:

“Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat tersembunyi yang tak terlihat olehNya.”Syarat ini membuat lelaki itu terperanjat. “Ya Aba Ishak, nasihat macam mana ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya, pantaskah kau melakukan semua itu?” tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terperanjat. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi’ah tidak terkata dan membenarkannya.”Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat keempat?”

SYARAT KEEMPAT:

“Jika malaikat maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa engkau belum mahu mati sebelum bertaubat dan melakukan amal saleh.” Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyedari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Ia kemudian berkata, “Tidak mungkin… tidak mungkin semua itu aku lakukan.”

“Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari kemurkaan Allah?” Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.

SYARAT KELIMA:

“Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau ikut bersama dengannya dan menjauhinya!”

Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan dan keinsafan. dia berkata sudah pasti malaikat tidak akan membiarkan aku menolak keputusannya.Dengan wajah penuh sesal ia berkata, “Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.”

Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu’.

Amacam….puas hati,ingat setiap yang ALLAH ciptakan ini bukan Mak Bapak kita yang punya,kadang-kadang kita lupa,SO saya mintak ampun dari ALLAH yang baik Datang dari ALLAH Subhanahu Wataala dan yang buruk itu datang dari UMNO dan Syaitan Laknatullah.

Oleh sembah_derhaka

Sumber Tranungkite

Takhta kekal di tangan rakyat

 Elok kita memiliki buku ni yang disusun oleh Abu Bakar Hamzah

Petikan dari buku tersebut:
1. orang yang bertanggungjawab kepada allah di yaumil masyar nanti ialah alim ulamak yang tugasnya memberi nasihat kepada takhta dan istana. tetapi gagal menjalankan tugasnya dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semata-mata kerana gaji dan kedudukan – sultan azlan shah.

 

Continue reading