Dua EXCO Perak disorok oleh Najib?

Berita yang didengar tetapi tidak dapat dipastikan akan kebenarannya, kedua-dua EXCO tersebut mungkin diculik sepertimana yang berlaku terhadap penyiasat bebas P. Balasubramaniam. Siapa yang menculiknya, rakyat tentu dapat meneka.

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-
Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza

RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) – Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.

Continue reading

Erdogan Anak Jantan…

Recep Tayyip Erdogan….that should be the way…

Secara berdepan Erdogan menyatakan kepada Shimon Peres, “you kill people! When it comes to killing, you know it too well!!” lalu bingkas meninggalkan forum kerana ketidakpuasan hatinya di atas ketidakadilan David Ignatius, columnist Washinton Post yang menjadi moderator majlis itu. Shimon Peres diberi masa selama 25 minit untuk bercakap sedangkan Erdogan cuma diperuntukkan 12 minit.

Cuba bayangkan kalu Pak Lah atau Najib duduk bersama Simon Peres dalam situasi yang sama…

Teringat kenyataan Najib mengenai isu Palestin baru2 ini….BERNAMA – Only Superpowers Can Resolve Palestine Conflict – Najib dan Pak Lah semasa jadi Pengerusi OIC dan NAM…tak buat apa2. What the hell?

Turkish PM admonishes Israel president over GazaDAVOS, Jan 30 — Turkey’s prime minister stalked off the stage at the World Economic Forum red-faced yesterday after reproaching Israel’s president over the Gaza offensive by saying “You kill people.”….


Bacaan seterusnya di:
http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/01/erdogan-anak-jantan.html

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
 

Kiriman FirdausKopitiam Bang Nan

Sumber Laman M@rhaen

Keberanian dan Ketegasan Erdogan – PM Turkey

Kebanyakkan akhbar melaporkan keberanian Recep Tayyip Erdogan ketika di atas pentas bersama Presiden Israel Shimon Peres.  Erdogan dengan lantang menyuarakan sokongannya terhadap rakyat Gaza yang dibunuh oleh Yahudi. Erdogan akhirnya meninggalkan pentas kerana ketidakadilan moderator majlis yang berpihak kepada Peres dengan memberi masa lebih kepada pemimpin Yahudi itu.

Dalam pada Turkey mempunyai hubungan diplomatik denga Israel Erdogan lantang dan berani menyuarakan pendiriannya membantah kekejaman Yahudi. Namun, pemimpin negara Islam lain [walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik] hanya sekadar bermesyuarat tetapi tunduk terhadap tekanan yang dikenakan ke atas mereka.

Baca lanjut di sini:

Turkish PM Erdo?an storms out of heated Mideast debate: http://todayszaman.com/tz-web/detaylar.do?load=detay&link=165508
PM Erdogan: I Will Never Come To Davos: http://www.huliq.com/1/76900/pm-erdoghan-i-will-never-come-davos
Turkish PM walks off stage over Gaza:  http://news.yahoo.com/s/ap/20090129/ap_on_bi_ge/davos_forum
Turkey’s Erdogan storms out of Davos over Gaza debate: http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=35798

Oleh: Insan Berguna – Sumber Laman M@rhaen