Kemaskini video : Takbir Raya
Salam Aidil Fitri daripada PAS Wilayah Persekutuan Labuan
September 29, 2008
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada umat Islam terutamanya para pengunjung setia Laman Web kami. Kepada mereka-mereka yang pulang ke tanah besar Sabah berhati-hatilah bila memandu. Umat Islam di Labuan pula marilah kita eratkan lagi tali persaudaraan dengan kunjung mengunjongi dan saling bermaafan antara satu sama lain, sambil kita tidak melupakan ada yang tidak dapat merasai keseronokan dan kemeriaan hari lebaran ini. Semoga puasa sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu memberikan kita pengajaran dan keinsafan untuk menguatkan lagi iltizam dan keimanan kita untuk terus mengamalkan perintah-perintah Allah dan berdoa semoga dapat menemui Ramadhan tahun hadapan.
Habuan seks: Zul Hassan dipecat
September 29, 2008Kerajaan negeri Perak hari ini memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan (gambar) yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.
Jangan tahan keluarga Teresa di bawah ISA
September 28, 2008KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar merayu kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar agar tidak menahan keluarga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok untuk “menjamin keselamatan” mereka.
KENYATAAN SAMY VELLU BERLAINAN DARI FAKTA SEBENAR
September 27, 2008Merujuk kepada kenyataan yang di keluarkan oleh presiden MIC S Samy Vellu bertarikh 25 September 2008 menerusi paparan di Malaysiakini terdapat beberapa pencagahan fakta yang di keluarkan menerusi kenyataan akhbar yang beliau keluarkan dimana seolah menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor seolah tidak bertanggung Jawab dan tidak mengambil perhatian terhadap masalah Kuil yang dihadapi di Selangor khususnya.
Peralihan kuasa: Lari dari mulut harimau ke lubuk buaya?
September 27, 2008KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) – Rakyat bimbang peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ubah seperti lari dari mulut harimau masuk ke lubuk buaya, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.
Kalau Abdullah mereka buang, kenapa tidak Najib?
September 27, 2008KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) – Malaysia akan dipimpin oleh seorang lagi pemimpin yang lemah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar manakala Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula menjangka Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan dibuang seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kedai jual arak sebelum 1990 – 86 buah, sekarang – 8 buah
September 26, 2008KOTA BHARU, 25 Sept (Hrkh) – Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.
Angkara ISA buat anak isteri tahanan hidup melarat
September 26, 2008SANDAKAN, 26 Sept (Hrkh) – Tiada yang begitu menyayatkan hati apabila menyaksikan pengorbanan yang dilalui Nasimah Jamal, 16, apabila terpaksa membanting tulang empat kerat untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sekeluarga.
Siapa IMRAN ABDULLAH? Orang yang sama Perangkap Hakim Mahkamah Syariah? – Part 2
September 25, 2008Dalam pendedahan pertama saya sebelum ini berkisar soal penglibatan BPR dan Pemimpin Umno bagi memerangkap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, seperti yang kita maklum Pengarah BPR Perak Shamsiah telah jelas terbukti seorang penyokong kuat UMNO, dalam pendedahan pertama juga kita dedahkan bagaimana mereka memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah. dalam kita merungkai misteri siapa punya angkara dalam Konspirasi keatas Exco Perak dalam keadaan terdesak kerana mereka mahu merampas Perak sebelum 31 Ogos 2008 dan menjadikan kes ini sebagai bahan kempen menentang Anwar dii Permatang Pauh,kita akan menumpukan kepada watak utama dalam kes ini, iaitu Imran Bin Abdullah? siapa Imran Bin Abdullah? tahukah anda Imran Abdullah adalah orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah?
Hapus tahyul hanya Umno boleh memerintah
September 24, 2008BANDAR JENGKA 24 Sept (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan ‘tahyul’ yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).
“Duit raya sekupang”, inflasi naik 8.5 peratus
September 24, 2008KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) – Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.
Lim Guan Eng sebak…
September 24, 2008
Guan Eng moved to tears as he consoles fire victims
Melayu, Cina dan India boleh hidup lebih aman tanpa Barisan Nasional. Lim Guan Eng kelihatan sebak memeluk mangsa, seorang India Muslim.
Inilah yang mungkin beliau selalu katakan….ingin menjadikan Khalifah Omar Abdul Aziz sebagai role model pemerintahannya. Wallahu a’lam..
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
Kiriman Firdaus – Kopitiam Bang Nan
Sumber Laman M@rhaen
Anwar bertemu TG Nik Aziz & Tg Hj Hadi sebelum Mengadap YDP Agong
September 24, 2008
Hari ini Anwar telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru hj Hadi di JKR 10, pertemuan yang dibuat secara tertutup itu telah menimbulkan kembali desas desus bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat! apakah dalam waktu terdekat ini Anwar akan dipanggil mengadap Yang Dipertuan Agong? malah pada awal minggu lalu Yang di pertuan Agong telah mencemar duli menerima mengadapMajlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) pada hari Selasa bersamaan 16 September 2008! Ya.. 16 September!
Anwar bertemu Nik Aziz dan Abdul Hadi di Kota Bharu
September 23, 2008
KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.
Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.
Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.
Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.
Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir.
…
http://siasahdaily.blogspot.com/
Sumber Tranungkite
Posted by paslabuan
Posted by paslabuan
Posted by paslabuan 
