Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti KeADILan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Dato’ Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.
Monthly Archives: July 2008
Muhamad Sabu pelawa Adnan, Tajol dan Khir sertai PAS
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – PAS mempelawakan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob, bekas Menteri Besar Perak dan Selangor, Dato’ Seri Tajol Rosli dan Dato Seri Mohd Khir Toyo menyertai parti itu kerana perjuangan mereka dalam Umno sudah tidak memberi apa-apa makna setelah Umno ditolak rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.
Kehadiran Anwar di parlimen buat Perdana Menteri terus tertekan
KOTA BHARU, 31 Julai (Hrkh) – Pastinya parlimen akan bergegar lagi dengan kehadiran tokoh yang begitu digeruni Barisan Nasional (BN) sekiranya memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.
PAS sifatkan tawaran Adnan ‘gula-gula’ politik
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – PAS Pahang menyifatkan tawaran Menteri Besar negeri itu, Dato’ Seri Adnan Yaakob bersedia memberikan kerusi Menteri Besar dan exco sebagai ‘gula-gula’ politik kerana pelawaannya itu berbentuk kebendaaan.
Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan – Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Wan Azizah lepas kerusi Permatang Pauh
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepas kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Oleh malaysiakini – sumber Tranungkite
Cabaran perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat
PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat. Itulah jaminan pemimpin-pemimpin PAS dan kehendak ahli serta penyokong PAS keseluruhannya.
Anwar ke Jawi beri keterangan, kemuka hujah ulama
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Ketua umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadap beliau oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kenyataan Media: MCA bosan kempen fitnah oleh UMNO!
“ Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh MCA yang mengutuk tindakan UMNO menganiayai Anwar Ibrahim
“MCA PJ UTARA 7 BRANCHES
PRESS CONFERENCE
THE SAIFUL BUKHARI MEDICAL REPORT
TUESDAY 29 JULY 2008, 11AM”
Ladies and Gentlemen of the Press.
We meet here today because we, being members of 7 branches of MCA PJ Utara representing more than 1000 members of MCA, wish to do our civic duty to the Rakyat.

Mu Nak Wat Gapo Jib?
Orang boleh sahaja pertikaikan tulisan Raja Petra. Namun bagi kita yang mengenali beliau dari jauh sejak tahun 1998, beliau ialah seorang penulis yang hebat dengan fakta. Seringkali tulisannya sedikit ditambah perencah dan perasa untuk menimbulkan saspen serta kejutan.
Harga minyak dunia turun, kerajaan didesak tunaikan janji – Dr Hatta
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan harga minyak di negara ini selari dengan penurunan harga minyak dunia.
Khalil Yaakob ‘juara’ bida nombor plat kereta negara
MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti ‘irama dan lagu’ yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka.
Tawaran Tajol Rosli,Pemuda Perak akan buat laporan polis
IPOH, 30 Julai (Hrkh) - PAS Perak hari ini akan membuat laporan polis ekoran tawaran Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu dengan janji untuk memberikan jawatan Menteri Besar.