LABUAN: Yang Di Pertua Parti Islam seMalaysia (PAS) Bahagian Labuan, Matusin Abdul Rahman mahu pihak kerajaan yang membenarkan khidmat pekerja wanita asing sebagai GRO di pusat-pusat hiburan di pulau ini ditamatkan.
Katanya, sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan masyarakat yang bukan sahaja beragama Islam meluahkan kebimbangan kegiatan yang dibenarkan oleh kerajaan itu boleh merosakkan akhlak generasi muda warga tempatan.
“Kita tidak nampak kegiatan yang dibenarkan oleh kerajaan di pulau ini sebagai usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi Labuan atau sebagai syarat memenuhi kehendak pelancong dan golongan pekerja profesional asing untuk datang ke sini, ‘ katanya kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.
Menurut Matusin, hasil kajian yang dilakukan oleh pihak PAS jumlah pelancong asing yang mengunjungi pusat-pusat hiburan untk melanggan GRO terlalu kecil jika dibandingkan dengan golongan belia yang memasuki pusat itu.
Malah katanya, golongan profesional yang bekerja di Labuan menafikan tidak semua golongan itu memerlukan khidmat GRO untuk tujuan hiburan dan sebagainya.
Dalam waktu yang sama katanya, PAS juga banyak menerima rungutan dan aduan daripada golongan surirumah tangga warga tempatan yang mendakwa suami mereka terjerumus kelembah maksiat sehingga lupa tanggungjawab terhadap keluarga.
Menurut Matusin lagi, hasil kajian PAS mendapati tidak kurang daripada 300 hingga ke 400 pekerja wanita asing kebanyakannya diimpot dari Filipina bekerja sebagai GRO di 42 pusat-pusat hiburan yang mendapat kebenaran daripada kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Dalam Negeri.
oleh JAINUDIN DJIMIN - New Sabah Times.


June 22, 2008 at 11:46 pm
hahah! Kan elok tu, bagi kepada pemimpin kobau, lumbu BE END tu terutama kek sabah sebab diaolang pun dua kali 5 gak!
June 23, 2008 at 1:32 am
Bagus tu.Dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi dalam sector maksiat di pulau bebas cukai.Mamat gersang dari semenanjung/KK ramai juga yang kerja kat ranca-ranca tu.
June 23, 2008 at 5:43 am
Saya cadangkan agar USTAZAH DR. MASITAH di Jabatan Perdana Menteri dihantar bedakwah di Labuan. Dr. Masitah teringin sangat nak berdakwah dalam kes2 sebegini. maklumlah kitakan dalam darurat minyak naik harga.
June 23, 2008 at 9:12 am
aku duk sini diorg siap bela kat umah. Panas panas silap ari bln tenggelam pulau ni……………… fikirkanlah arak bebas diminum dimana-mana………..begitu juga maksiat zina………….fikirkanlah. Macam tiada penguatkuasaan dari pihak tertentu.
June 25, 2008 at 6:35 pm
Di Labuan hanya ada tiga item yang murah dan mudah didapati dimana-mana.Pertama arak kedua rokok dan ketiga pilipin girls.Yang lain semuanya mahal belaka