“
Apabila Mahathir keluar dari umno , dengan pantas kilat, Musa Hitam pembunuh orang kampung Memali bangkit dan menuduh Mahathir sebagai Duri dalam Daging. Ini mungkin hadiah balas Musa kepada Dollah kerana melantiknya sebagai orang kuat projek Wilayah Iskandar, projek Batu Putih kedua Malaysia. Kita merenung sejenak siapa sebenarnya duri dalam daging dalam umno.
Monthly Archives: May 2008
Benarkah Azwandin Hamzah baru masuk Umno bersama Ezam?
Malaysiakini melaporkan semalam 7 bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan bersama-sama Ezam menyertai Umno. Klik disini. Diantara yang dikatakan bersama-sama Ezam ialah Azwandin Hamzah.
AMK Sokong Daftar Pemilih Diubah, Rashid Perlu Letak Jawatan Dahulu
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang positif langkah yang ingin diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggantikan daftar pemilih yang akan melibatkan pendaftaran semula pengundi.
Makanan murah, penduduk mesra punca pelancong pilih Kelantan
KOTA BHARU, 29 Mei (Hrkh) ? Kalau diambil kira kedatangan pelancong yang semakin bertali arus ke sini terutamanya musim cuti persekolahan sekarang, tiada sebab matlamat mencapai enam juta pelancong tahun ini tidak menjadi kenyataan.
Azalina halang pelancong di lima negeri Pakatan Rakyat
SHAH ALAM, 30 Mei (Hrkh) - UITM Shah Alam mendapat arahan daripada pihak atasan supaya tidak menerima dana daripada Kerajaan Selangor dan tidak membenarkan sebarang jemputan kepada exconya untuk menghadiri program berkenaan pelancongan.
Khalid Ibrahim: Permata dalam genggaman Selangor
Saya semalam berkesempatan berjumpa MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabatnya atas urusan khas. Temujanji saya dan seorang pemimpin kanan pada awalnya ditetapkan jam 6 petang, tetapi kemudiannya dimaklumkan oleh SETPOL beliau 630 petang.
57% mahu Anwar PM
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Lembah Kelang, 57.0 peratus penduduknya bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Malaysia. Hanya 15.6 peratus tidak bersetuju manakala 27.4 peratus memberikan maklum balas tidak pasti.
Kajian itu juga mendapati faktor Anwar sebagaimana berikut:
PAS parti penentu
PAS kini menjadi parti penentu dalam kemelut perebutan pengaruh dalam politik Malaysia, kata Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS.
‘Keputusan itu hasrat peribadi Ezam’ – Anwar
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) – Walaupun Ezam Mohd Noor sudah dilihat mula ‘mencerca’ KeADILan dan rakan-rakan politik yang lain, namun secara ratanya pimpinan dan aktivis politik bersikap sebaliknya malah Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak melafazkan sebarang kritikan terhadap beliau.
Umno akan terus kucar-kacir sehingga Disember – Mohd Sabu
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) – Umno-BN dijangka akan terus mengalami pergolakan dan perpecahan sehingga Disember ini.
Ezam Masuk UMNO Untuk Jadi Balachi KJ
Saya baru berinteraksi dengan kawan lama saya, Saudara Shahrein (bukan nama sebenar). Beliau seorang bekas aktivis KeAdilan di salah sebuah negeri di Selatan tanah air.
Beliau kata tujuan Pak Lah beriya-iya sangat nak ambik Ezam masuk semula kepada UMNO adalah kerana Ezam akan menjadi alat beliau untuk menumpulkan pengaruh Najib Tun Razak. Ezam (dan kuncu-kuncunya) akan menjadi alat Pak Lah/Khairy Jamaluddin di dalam menghadapi percubaan Najib Tun Razak di dalam merebut jawatan Presiden UMNO.
TUJUH JAHANAM, BUKAN ENAM JAHANAM
Saya amat tertarik dengan satu berita yang disiarkan dalam Harakahdaily bertarikh 28 Mei lalu, bertajuk “Peguam Negara lebih minat Batu Buruk daripada Pulau Batu Puteh” . Berita itu ditulis oleh Intan Abdullah merujuk kata-kata sinis yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu [http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14796&Itemid=28].
Media perdana diseru elak daripada jadi alat Umno/BN
KUANTAN, 26 Mei (Hrkh) – Media perdana negara perlu lebih bertanggung jawab dalam tugasannya menjaga kepentingan rakyat dan negara serta mengelak daripada menjadi alat menjaga kepentingan kepemimpinan Umno/BN yang korup.
Isu doktor ada ‘lesen untuk membunuh’ gamatkan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) – Gara-gara kesilapan Timbalan Menteri Kesihatan Dato’ Dr Abdul Latif Ahmad (BN-Mersing) menyatakan bahawa kecuaian para doktor boleh ditakrifkan dan dikhuatiri menjadi sebagai ‘license to kill’ (lesen untuk membunuh) menyebabkan Dewan Rakyat hari ini menjadi gamat dan kecoh.
Mufti Perlis cubit PAS cubit Umno, tetapi tercubitkah?
Ramai yang mengatakan PRU ke 12 merupakan suatu “Tsunami Politik”, Presiden PAS TG Hj Abd Hadi mengatakan ia bagaikan “gunung berapi politik” suatu pengajaran dan iktibar buat Umno dan BN, apa pun rupanya bukan hanya orang politik dan orang awam sahaja terkena arus tsunami atau ledakkan lahar gunung berapi itu, rupa-rupanya Tok Mufti pun tak terkecuali.