KUALA TERENGGANU, 28 April (Hrkh) - PAS menaruh keyakinan bahawa pendidikan asas Islam yang diterapkan melalui Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) sejak dua dekad lalu mampu melahirkan generasi kepimpinan yang berjaya.
Nik Aziz tuntut Kerajaan Pusat minta maaf
April 29, 2008KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) – Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menuntut kerajaan Pusat meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Kelantan kerana kesalahan tidak menyalurkan bantuan tertentu kepada negeri itu sebagaimana mengikut amalan sistem demokrasi.
SPR terus tempang dan cacat
April 29, 2008Tidak cukup dengan memperkenalkan peraturan yang tidak efektif dan masuk akal, iaitu dengan mensyaratkan waris mana-mana pengundi yang telah meninggal dunia agar menyerahkan salinan sijil mati kepada pihak mereka sebelum nama pengundi tadi dapat dikeluarkan dari daftar pengundi induk, SPR terus bernafsu kali ini mahu mengawasi pula kempen melalui internet!
Cadangan PM akhirnya ditolak
April 29, 2008Pada 11 April lalu saya menulis:
Kata Dollah tujuan pemakluman tadi adalah untuk mengelakkan sebarang konflik dikemudian hari samada dalam hal penjagaan anak-anak mahupun bila berlaku kematian. Oleh itu jika atas asas itu maka pemakluman perlu, maka elok sangatlah ianya dilakukan hanya setelah sipolan memeluk Islam, dan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa agama.Masyarakat akan selamat dan Islam juga terpelihara.
Babi oh babi
April 29, 2008Tersohor betul kes babi ini setelah dibangkitkan oleh Umno Selangor dan Ketua Pembangkang Khir Toyo. Tadi dalam DUN Kelantan pun, Ketua Pembangkang di sana turut menyentuh isu babi ini.
Ramai Tak Faham Konsep Negara Islam Sebenar
April 25, 2008
Desakan oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya PAS menggugurkan agenda parti untuk menubuhkan negara Islam adalah satu kenyataan yang dibuat atas dasar tidak faham matlamat penubuhan negara Islam yang sebenar.
Pakatan Rakyat sangat bernasib baik kerana isu ini tidak diperdebatkan semasa kempen pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Sesiapapun yang membuat kenyataan dan pandangan sewajarnyalah berhati-hati umpama menarik rambut didalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.
Kelab Penyokong PAS Melaka Dilancarkan
April 24, 2008“
Kelab Penyokong PAS Melaka dilancarkan sebentar tadi oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.
Setelah sekian lama ianya dinantikan, akhirnya Kelab Penyokong PAS menjadi realiti apabila En Lim Swee dilantik sebagai Pengerusi kelab tersebut sebentar tadi.
Mongolia mungkin akan putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
April 24, 2008
Jika kes pembunuhan Altantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil, pemerintah Mongolia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Itulah diantara maklumat baru yang diberi oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu dalam sidang akhbarnya bersama dengan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen PKR siang tadi.
Klon Zainuddin Maidin
April 24, 2008Saya terbaca di dalam akhbar hari ini petikan ucapan daripada Menteri Penerangan baru, Ahmad Shabery Cheek berkaitan usaha Anwar untuk menarik wakil-wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat (PR), Katanya,”…BN tidak bimbang tentang cakap-cakap bahawa wakil–wakil rakyatmereka akan berpaling 
tadah kepada PR sebagaimana yang didakwa oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Sebaliknya, PR yang patut bimbang tentang wakil-wakil rakyat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana rakyat sangat marah tentang projek ternakan babi moden di Selangor yang menelan belanja RM100 juta….“.
Saya ingat selepas Zainuddin Maidin (Zam) dah lupus maka berakhirlah sudah zaman kebodohan Menteri Penerangan UMNO. Rupa-rupanya ada pula klon Zam yang empunya nama Ahmad Shabery Cheek (….he has the “chick” to say such worthless words….).
BPR kepada Suruhanjaya, sekadar ‘gincu’ untuk politik Abdullah
April 22, 2008KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) - Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai sebuah suruhanjaya bebas dianggap pelbagai pihak sekadar bersifat ‘kosmetik’ bagi mencantikkan wajah politik beliau yang semakin buruk berikutan kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lalu.
Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!
April 22, 2008
Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;
Utusan Meloya dan Berita Hairan – Kuburkan Segera Mereka
April 22, 2008
Jika kita baca Malaysiakini hari ini dan semalam, ada artikel yang menyebutkan bahawa KDM telah melonggarkan syarat untuk permit akhbar. Dan yang paling menarik, lidah rasmi Parti KeADILan Rakyat(PKR) kononnya akan diberikan permit.
Perkembangan ini amat menarik untuk diikuti. Adakah ini bermakna penguasaan media oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan terutamanya terhadap kaum melayu selama ini akan terkubur terus? Jika selama ini kita setiap hari dimualkan dengan berita berunsur bodek-bodekan dan lambung-lambungan dua akhbar ini, nampaknya sekarang bolehlah kita menarik nafas sedikit sebab sudah ada alternatif kepada dua akhbar ini.
Khir penyumbang kekalahan BN- roslan sms
April 22, 2008Presiden MIC yang kecundang di kerusi tradisinya di parlimen Sg Siput khabarnya telah menuding jari ke arah bekas MB Selangor, Khir Toyo sebagai salah satu punca kekalahan besar BN dalam PRU lalu. Beliau marah mengapa Khir kini beria-ia mahukan PM Dollah Badawi meletakkan jawatan dan memikul tanggungjawab sedangkan menurut beliau Khir sendiri lebih merupakan liabiliti yang mengakibatkan kekalahan BN itu.
Bekas Menteri Mana Raba Punggung Pelayan? – MSO
April 22, 2008SEORANG gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan gangguan seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya. Read the rest of this entry »
Cadangan tanpa pindaan tidak akan bermakna-Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
April 22, 2008Parti Keadilan Rakyat menganggap cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi sebuah badan bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen, dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini sepatutnya dilakukan pada empat tahun lalu ketika beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menentang rasuah.
Posted by paslabuan
Posted by paslabuan
Posted by paslabuan 
