SAYANGKU, Jangan Tunggu Negara Kita Bankrap

Sayangku, kau menuduh puak puak yang memprotes seperti Dr Lo Lo Ghazali, Dr Badrul Amin, Dr Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad dll cuba memecahbelahkan negara.

 

Aku terkedu, terdiam sebentar memikirkan tuduhan berat Sayang itu.

Sayangku,

Negara kita kaya, maka kalau berlakunya rasuah kita masih lagi berdiri. Billions RM hilang begitu saja kerana corruption. Hampir 1 billion hilang di lumut, tanpa diketahui kemana perginya (untraceable). Projek projek dinegara kita paling tidak 30-40% lebih tinggi dari harga pasaran kerana rasuah. Projek kapal selam, berapa ratus juta yg overprice.

Sayang membuat tuduhan, bahawa puak protes hendak meranapkan negara. Tapi Sayang perlu sedar bahawa majoriti pemimpin yang Sayang undi dan kerabat kerabat mereka itulah yg meranapkan negara sedikit demi sedikit.

Kalau hadis Rasullulah mengatakan, cegah lah kemungkaran dgn cara ……., maka orang orang yg Sayang tuduh meranapkan negara itu, melakukan salah satu dari cara yang Rasullulah cadangkan dalam mencegah kemungkaran.. Kalau tidak kerana puak puak protes  ini, yang memberi tekanan dalam isu isu mcm V Lingam, maka orang orang macam kita tidak tahu betapa busuk dan bertaik nya, dibawah sana .

Kalau pihak protes tidak mendedahkan, maka kita tidak tahu bahawa PM dapat kapalterbang baru tapi agensi lain yang kena tanggung.

Continue reading

Menanti catatan tentang keajaiban Almarhum Ishak Baharom

Catatan ringkas
Ahmad Lutfi Othman
ImageKematian Almarhum Ustaz Ishak Baharom memang satu kehilangan besar buat umat Islam khususnya pendokong gerakan Islam. Saya sendiri menyimpan gumpalan kenangan bersamanya, terutama ketika Almarhum dipecat daripada jawatan Mufti Selangor sepuluh tahun lalu.Buku saya, Mufti lawan Mahathir, dicetak berulang kali dan Almarhum sendiri pernah mengulasnya dalam beberapa ceramah. Saya melanjutkannya dalam buku Menyanggah Fatwa Mahathir. Ingin saya kongsi beberapa catatan sepanjang saya berhubung dengan Almarhum selepas ini, selepas menyiapkan penerbitan khas Harakah nanti, insya-Allah.

Continue reading

Bila Pembangkang ‘Berkalau’..

Bila Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan Bernama menasihatkan rakyat agar tidak terperdaya dengan politik ‘kalau’ pembangkang, maka saya sedikit celaru dan melihat ini satu bentuk ketakutan baru yang dialami pimpinan pemerintah.

Mutakhir ini, kelihatan pembangkang khususnya PAS dan KeADILan begitu agresif menyatakan komitmen mereka untuk mempermudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menjanjikan penurunan kos sara hidup termasuklah pendidikan percuma, bekalan air percuma dan juga penurunan harga petrol termasuk barangan-barangan lain.

Dalam keadaan segenap lapisan rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup yang begitu membebankan, pastinya jaminan di atas bukan sesuatu yang sukar difahami.

Tetapi melihat kepada budaya politik ‘kalau’ ini, saya fikir bukan sahaja pembangkang, pemerintah sendiri pun ‘berkalau’ di saat mereka menghenyak negeri Kelantan agar kembali diperintah mereka.

Continue reading

DIVIDEN KWSP: BN JANGAN AMBIL KESEMPATAN

KENYATAAN AKBAR – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pengumuman kerajaan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membayar dividen sebanyak 5.8 peratus pada tahun ini. Ia adalah satu berita baik untuk rakyat, khususnya pencarum KWSP. Walau bagaimanapun, DPP Pusat mengingatkan Kerajaan BN supaya tidak mengambil kesempatan daripada peningkatan dividen ini untuk mengelirukan rakyat atau menyalahgunakan dana rakyat untuk kepentingan kroni.

Continue reading

PAS Wilayah Persekutuan – Tetap Akan Tanding Enam Kerusi Parlimen

Kuala Lumpur: PAS Wilayah Persekutuan memutuskan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding di enam kawasan parlimen termasuk Labuan, dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Selain Labuan, lima kawasan tersebut termasuklah Titiwangsa, Setiawangsa, Putrajaya, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Haji Ishak Surin dalam satu kenyataannya kepada media. Keputusan ini dipertegaskan setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah enggan berunding isu pembahagian kerusi.

Menurut Haji Ishak, atas nama semangat musyawarah dan pakatan bersama, pihaknya telah berkali-kali menuntut agar PKR bersama PAS duduk semeja membincangkan isu pembahagian kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tetapi sehingga kini, mereka tidak berminat membincangkan perkara ini.

“Kami menghormati pakatan BA. Sebab itu kami mahu runding. Jika, di saat akhirpun masih tak mahu bincang, enggan berunding maka tak ada apa yang kami boleh buat. Kami terpaksa putuskan kerusi mana yang kami akan tandingi,” tegas beliau kesal.

Continue reading

BN tolak pelaksanaan kebajikan terhadap rakyat

Oleh Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Hrkh) – Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan. Dalam satu kenyataan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata cabaran Annuar supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.

Continue reading

PAS tawarkan sebuah negara berkebajikan buat rakyat Malaysia

KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya ke-12.

Antara yang dijanjikan parti itu ke arah “negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kasihatan percuma di hospital kerajaan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

Continue reading

Undi kami, pendidikan percuma kepada semua rakyat – Anwar Ibrahim

TANGGA BATU, 18 Jan (Hrkh) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu lagi tawaran kepada rakyat Malaysia sekiranya memberikan kemenangan kepada Barisan Alternatif untuk memerintah dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar berkata, beliau akan mempastikan pendidikan secara percuma diberikan kepada semua pelajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat Universiti.

“Turun harga minyak masih ada untung lagi, untuk itu kita akan pastikan semua sekolah rendah, menengah dan universiti anak-anak dan ibubapa tak payah bayar semuanya percuma.

“Pendidikan dari sekolah rendah percuma sehingga ke universiti percuma, RM 4.50 tak payah bayar RM 100 tak payah bayar, jangan ikut macam menteri keris kata RM 4.50 tak payah bayar tapi RM 100 kena bayar,” katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh urang ramai.

Continue reading

PAS Labuan Siap Sedia Hadapi PRU ke-12

PAS Kawasan Labuan telah bersedia sepenuhnya untuk bergerak dan berhadapan pilihan raya umum ke-12 yang dijangkakan diadakan pada bulan Mac 2008 ini. YDP PAS Kawasan, Saudara Matusin Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah membuat persiapan semenjak Oktober tahun lepas dan berkeyakinan penuh untuk menambahkan undi sekaligus mengurangkan majoriti calon Barisan Nasional.

Menurut Matusin lagi, pihak Jentera Operasi Pilihan raya PAS Wilayah Persekutuan sudah memutuskan bahawa PAS akan meletakkan calonnya di kawasan Parlimen Labuan.

Continue reading

Kes Sharlinie bukti Malaysia tidak selamat – Salahuddin Ayub

PETALING JAYA, 14 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, Malaysia kini sudah tidak selamat lantaran lambakan kes jenayah yang kian meningkat.

“Saya rasa Malaysia sudah tidak selamat. Bahkan saya sendiri pun berasa takut untuk membenarkan anak-anak saya keluar untuk menjalankan kegiatan rekreasi tanpa pengawasan orang dewasa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda PAS menyeru masyarakat agar dapat berganding bahu bagi membanteras jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing tanpa hanya perlu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.

Katanya, penduduk setempat hendaklah sama-sama berperanan bagi membantu menjaga keselamatan memandangkan kadar jenayah negara yang kian meningkat dari masa ke semasa.

“Kita sudah tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan pihak keselamatan apabila kes yang hampir sama berulang dalam tempoh terdekat sebagaimana kejadian malang yang menimpa Arwah Nurin Jazlin Jazimin serta beberapa mangsa sebelum ini,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui apabila mengadakan lawatan ke rumah mangsa penculikan Sharlinie Mohd Nashar, 5, di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara hari ini.

“Kita telah mengadakan runding mengenai keselamatan untuk membincangkan kes-kes mutakhir ini kerana kita tertanya-tanya sampai bilakah kita harus menyaksikan lebih banyak lagi kes seumpama ini berlaku?” ujarnya nada kekecewaan.

Bagaimanapun, beliau menyeru pihak polis agar dapat mempertingkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan mereka selaku anggota keselamatan negara bagi membanteras kegiatan jenayah.

“Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu mengikis sikap ‘menjaga tepi kain orang’ yang sering kali menjadi amalan sesetengah kawasan terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar, kerana ia ternyata merugikan banyak pihak,” ujarnya.

Dalam pertemuan Pemuda PAS dengan ibu Syarlinie, Suraya Ahmad, 28, beliau turut berkongsi rasa simpati di samping berdoa agar Sharlinie segera ditemui dengan selamat.

“Saya amat berharap dan akan terus berdoa agar Sharlinie ditemui dengan selamat,” tambahnya.

Pada masa yang sama, ketika ditanya Salahudin mengenai gerak hati beliau mengenai anak peremuannya itu sama ada masih hidup ataupun sebaliknya, Suraya hanya berkata bahawa beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah semata-mata.

Di kesempatan itu, Salahudin bersama rombongan Pemuda PAS Pusat turut menghulurkan sumbangan serta buah tangan bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

“Kami telah mengarahkan pemuda PAS seluruh negara mengadakan solat hajat serta bacaan yasin sehingga Sharlinie ditemui di samping menggerakkan pasukan Unit Amal Malaysia untuk mengedarkan risalah bagi membantu mengesan mangsa.

“Saya memahami tekanan yang dirasai oleh keluarga adik Sharlinie dan saya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusan ini dipermudahkan,” jelasnya.

Tegas Salahuddin, kes-kes seumpama ini memberikan tanggapan kepada semua pihak bahawa ibubapa serta penjaga perlu lebih berwaspada serta mengawal gerak geri anak-anak mereka ketika berada di luar rumah.

Semalam, Pemuda PAS kawasan Petaling Jaya Selatan serta Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat telah turut sama mengadakan kunjungan ke rumah Sharlinie serta mengadakan solat hajat serta bacaan surah yasin di sana.

Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu 9 Januari lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Sehari selepas itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam, satu lagi kes berlaku di taman yang sama. – mr